Monday, January 25, 2010

Dia ensem ke tak?

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:43:00 PM
Aha...Dia ensem ke tak? Ayat ape ni? Nampak sangat cam memilih rupakan. Tapi sebagai manusia...sape yang tak nak dapat pasangan lawa, ensem, cantik, kacak dan bergaya kan. Betul tak...betul tak?? Ngaku aje la.

Apa persepsi anda bila dimaksudkan dengan ensem? Siapakah yang anda bayangkan apabila merujuk kepada orang ensem atau mamat ensem. Adakah orangnya adalah seperti:

1. Fahrin Ahmad - aktor kegilaan ramai wanita di Malaysia


2. Takuya Kimura - Pelakon popular Jepun yang takde la ensem tapi mempunyai aura memikat yang sungguh tinggi.



3. Pierce Brosnan - Mantan watak James Bond 007 yang menjadi kegilaan ramai wanita ketika dalam filem James Bond walaupun dah berumur 40-an ketika itu.



4. Afdlin Shauki - Antara artis Malaysia yang mempunyai perwatakan bersaiz XL tetapi sangat hebat berkarya

 

Walau apa pun tafsiran anda, itu semua mengikut apa yang mata anda pandang dan macam mana anda menilai keenseman seseorang tu.
 ..................................................................

Ok..balik pada cerita aku, setiap kali ada orang yang sangat baik hati nak kenalkan aku dengan seseorang, pasti mulut tak reti kontrol aku ni akan kuar ayat ni,"ensem tak dia?". Hahahaha....ayat tak boleh tahan tu. Macam la aku ni jelita sangat macam Miss World atau Miss Universe atau paling koman pun Ratu Kebaya tahun 80-an.

Kawan2 aku selalu marah kat aku sebab ketara sangat nak cari pasangan ensem. Semua asyik bg nasihat suruh pandang hati jangan pandang rupa. Aku cuma boleh sengih aje la sbb semua yang bagi nasihat tu dah ada bf ensem atau suami ensem.  Filosopi aku merangkap falsafah aku bab ni senang aje...kalau hati suka otak setuju kira ok la tu. Kalau pandang dengan mata, pada aku semua org ensem tapi kalau pandang dengan hati dan ada kompromi dengan otak, tak semua akan masuk dalam golongan ensem yang aku cari.

Sebelum ni (atau better ayat selama ni), aku banyak kenal dengan lelaki (atau jantan) dalam hidup aku. Ada yang gigi rongak macam ni (ish menakutkan plak aku tgk)

                                         
(gambar hiasan - credit to Google search image)

Ada yang rendah macam ni
   
(gambar hiasan - credit to Google search image)

Dan ada gak yang gelap macam ni

                                    
(gambar hiasan - credit to Google search image)

Tapi semua jenis manusia ni pernah menjadi kelompok manusia yang pernah aku sayang suatu waktu dahulu. Masa aku jumpa manusia ni hati aku teramatlah suka tapi otak aku tak suka. Aku sayang tapi last2 kene reject! Tengok aku di reject oleh manusia yang boleh dikategorikan sebagai tak ensem!

Kalau aku direject oleh manusia ensem seperti ini:

                                             
 Kwon Sang Woo

Mungkin aku tak kisah kot sebab macam aku cakap awal2 aku bukanlah sejelita Miss World atau Miss Universe jadi no hal la kalau kene reject sebab sendiri yang cari nahas. Betul tak.

Jadi selepas itu maka bila ada yang baik hati nak kenalkan aku dengan sesiapa mesti akan keluar ayat double standard aku tu. Tapi ini bukan bermaksud aku akan reject sesuka hati macam manusia2 jenis diatas mereject aku, tapi aku nak pastikan kriteria yang aku cari itu dipersetujui oleh hati dan otak aku. (No more sms votes please...).

Kalau ikut lelaki idaman aku, aku suka dengan watak Cikgu Onizuka dalam citer Great Teacher Onizuka (GTO) yang dipegang oleh pelakon Takeshi Sorimachi.

                              
Dia tak ensem tapi stylo dan gila2...i like it

Semenjak aku tengok citer ni tahun 2001, memang inilah lelaki impian aku. Chinese look (ni pengaruh cerita Cina, Korea dan Jepun), tinggi, kulit takde la putih jambu atau gelap arang sangat dan yang penting mesti otak gila2 dan stylo. Tapi ada ke realiti macam ni yang boleh terima aku yang macam ni. Takde kan. Jadi aku amat-amatlah menerima hakikat akan semua ni. So kalau yang datang cari aku seperti Kapten Jack Sparrow pun aku terima.(Hahahhahaha)

 
 Kapten Jack Sparrow pun otak gila2 dan stylo

Sebab aku tau kalau Kapten Jack Sparrow ni di grooming oleh imej consultant yang kaki kutuk macam aku ni mesti boleh jadi macam pelakon idola aku ni

 
Johnny Depp

Tapi yang pasti taste aku masih lagi lelaki Melayu yang bukan jenis layu. Sebabnya aku nak husband aku tu nanti bila tua tetap segak macam Dato' Jins Shamsuddin atau Dato' Mustapha Maarof.

Segakkan...

Nota_jari: Ye..aku memang materialistik, rupalistik, dan lipstik. Cuma aku bukan plastik.
                   Sumber gambar : Google Image search engine

14 uncang teh :

shida said...

jun...
bg aku ensem tu tak penting... yang penting... aku suka tgk org tu.. sbb mata ni yg nak tgk dia...tp tak mau la hensem sgt2...

~*irjune*~ said...

hahhaha...jgn kata tak ensem pah. kalau mata hg suka tengok tu kira ensem la tu. itu aku cakap..ensem ni ikut persepsi masing2. jgn sesekali kata tak ensem sbb bila mata hg suka tengok hati hg suka nak sayang dan otak hg suka nak pikir..kira dia dah ensem la kat dalam hidup hg.

zuesaran said...

aku suka yg mcm afdlin...dr dulu aku suka sbb aku suka nak peluk..sekarang pon aku pggl laki aku teddy bear..hihihi

KASIH said...

memandangkan dah jadi kaki teh.. boleh la komen..

belum kawen yer?... bagus!! sok kalau nak cari boyfren.. hensem mesti ada.. agak2 sedap di pandang tu kira okey la tu.. wangi pun mesti ada..hensem tapi busuk wat apa..
tips ni saya dapat dari ... buku memikat...hikhikhik

~*irjune*~ said...

zue: itu la aku kata...ensem ni ikut persepsi masing2. jgn sesekali kata laki sendiri tak ensem sbb nnt bila pompuan lain pandang laki hg ensem konpem hg jeles kan. jadi berbanggalah dengan keenseman laki sendiri.

kasih:thanks sbb sudi melawat dan menjengah blog saya. hihihi..tak sangka ada pelawat yang dah sudi jadi kaki teh. suka minum teh ek?
btul tu Kasih, selain ensem badan mesti wangi tapi itu takpe boleh kasi cukur bulu ketiak ngan pakai parfume hari2.

zuesaran said...

betul tu June n Kasih..bau badan mesti wangi..alhamdulillah my hubby sgt2 jg kebersihan n bau..lebih dr perempuan..walaupon dia bersaiz XL,tp sgt fussy bab kebersihan nih..memang betul..mata mesti sedap memandang, sbb kita nak tgk dia setiap masa....dan nak rindukan dia waktu di pejabat....

cik jijah said...

hmmm.. aku dah kawin.. dan sgt sgt cintakan suami aku (sila muntah).. tapi aku nak vote jugak for JOHNNY DEPP!!! hehehehe..

~*irjune*~ said...

cik jijah...aku takkan muntah jika ko sayangkan laki ko tapi aku akan muntah berkali2 jika ko merampas johnny depp aku. ahahhahaha

shida said...

ceh... omputis yang tak bersunat tu jugak yang menjadi rebutan korang...

weh jun.. aku tamau puji laki aku la... nanti dia perasan.. susah...

~*irjune*~ said...

shida: alaa...lelaki muslim yg bersunat pun belum tentu dia baik. harap sunat je lebih. hahhahahha....

buat pe nak puji depan2..puji belakang2 la. pujian tanda hg bangga jadi bini dia. jgn lgsg tak puji. ape perasaan hg kalau dia tak puji hg depan kawan2 dia. (huh! aku macam kaunselor la plak)

shida said...

weh... mana leh hg banding muslim ngn non muslim...
mesti la muslim lagi bagus.. sbb bersunat... baik utk kesihatan weh...

jun..aku rasa lelaki jarang nak bercerita pasal kecantikan bini depa kat kwn2...

~*irjune*~ said...

btul..laki jarang nak cerita kecantikan bini depan kawan2 tapi laki ni depa akan buat kesimpulan berdasarkan pemerhatian. Tak perlu nak warwarkan sbb dia tau apa istimewanya bini depa. ok..aku tau hg nak kata aku tak kahwin lagi so aku tak layak bg komen la kan tapi cakap based on pengalaman dan pemerhatian. senang citer makcik aku ni mulut dia jenis macam aku...outspoken compared to laki dia iaitu pakcik aku yg sangat softspoken. tapi ada sekali tu aku dgr pakcik aku cakap dengan ayah aku dia kata, dia sbnrnya lagi suka dengan pompuan yg cakap outspoken sbb dah tau itu diri pompuan tu yg sebenarnya dr nak puji pompuan yg sangat bergaya ayu. dari situ aku dah tau yg pakcik aku puji bini dia dan sangat sayangkan bini dia. hg tak pernah dgr makcik aku cakap..berdesing je kalau dia nak tegur. tak kira anak ke..menantu ke...anak sedara ke...dia sound sama rata.

shida said...

mak aiii...
hg ni jun... lileks leerrr.. jgn marah.. aku tak wat kesimpulan ponnn...

~*irjune*~ said...

kah kah akh..aku emo sikit la plak

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea