Monday, September 22, 2014

Pizza Roti Gardenia

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:42:00 AM
Assalamualaikum wbt.

En.Syg tanya malam tadi, bila nak update blog sebab dia kata lama dah aku tak update blog. Hmm....aku ada je update blog cuma maybe dia tak perasan kot sebab dah hampir 2 bulan cpu hanya tinggal cpu sebab monitor rosak. Lagi pula...tahun ni aku memang ngaku slow sikit bab update blog compared ngan tahun lepas yang sangat banyak idea untuk di kongsikan bersama.

Oklah...ni nak citer yang kawan aku ada la share satu resepi pizza daripada roti gardenia kat wasap group kami. Dia kata suami dia yang tolong carikan. Hmm...bagus punya suami...tlg cari resepi and request isteri suruh masak. Eh...En.Syg pun ada juga cari resepi and request suruh aku masak....tapi belum sempat nak masak lagi. sabar ye Abg...nanti syg masak kat Abg peperoncino yang Abg nak makan tu.

Oleh sebab nampak macam senang, dan aku pun teringin nak makan pizza (nak makan pizza Domino's sebenarnya), so aku pun pulun beli barang dan masak pada hari Sabtu lepas. Dan inilah hasilnya.....

Masak dalam pemanggang ajaib je. Ini versi pagi ni, aku sempat jamah sepotong je, yang lain En.Syg dan adik aku yang habiskan. Petang tu aku masak sekali lagi untuk minum petang pula.

Nak resepi ye....oklah...aku malas nak menaip sebenarnya. So aku tepek je gambar yang kawan aku share dalam wasap ni. Dalam gambar ni dah ditulis resepi dia.
Beza dia...untuk topping tu aku gantikan dengan sos spagetti yang aku masak dulu dengan ayam cincang (buat macam kuah spagetti tu), and then aku letak la tomato, sosej, capsicum dan parmesan cheese serta chedder cheese. Lepas habis ni En.Syg request suh letak topping tuna pula. Ok...akan cuba dilaksanakan.

p/s: dah lama rupanya aku tak share entry pasal resepi kat blog aku ni ye...hahahha

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea