Wednesday, June 23, 2010

Edisi Lambat Publish untuk Cikgu Tipah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:18:00 PM
Ni entri edisi lambat keluar. Idea dah ada tapi ayat pulak tak boleh nak karang.

Dua minggu lepas musim kenduri kahwin. Almaklumlah cuti sekolah. Mana-mana pasangan yang plan nak puasa sesama dan nak merasa berebut untuk balik berhari raya bulan 9 nanti, maka musim cuti sekolah yang baru aje lepas tu adalah masa yang sesuai untuk membuat walimah. Jadinya, dalam banyak2 jemputan yang sampai, terselit la kenduri kawan sekampung aku ni merangkap kawan sepermainan sedari kecik iaitu Puan Tipah. Bak kata orang Banjar Kulaan.....

Inilah gambar yang sempat aku snap menggunakan kamera hp aku jenama Sony Ericsson C905 dengan kamera 8.1 megapixel (upss!!! terlebih sudah...i'm sorry)

Simple aje pelamin dia tapi cantik. Kalau guna fresh flower mesti lagi menarik ni. Takpe la...guna bunga plastik jimat budget.

Paparazi bernama irjune san berjaya juga snap ini picture walaupun time ni aku dah redah masuk belukar kat tepi tu. (Ohhh..lupa..korang bukannya nampak pun).

Jangan ingat guna kamera hp je tak boleh nak closed-up. Tengok, dari jauh aku zoom gambar still ok lagi.

 
Masa ni aku menyelit juga nak amik gambar Puan Tipah kat pelamin. Nasib baik badan dikira kecik...boleh la nak selit2 belakang tiang rumah. Macam main cak cak ba la pulak.

Masa ni aku terpaksa tarik tangan Puan Tipah. Asyik berkepit aje dengan laki dia, meh dulu berkepit dengan aku untuk ambil gambar.


Nota_jari: Please ye...jangan tanya bila pula turn aku sbb aku dah banyak kali lalu kat U-turn.


0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea