Tuesday, June 8, 2010

A Tiny White Creature

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:18:00 AM
"Kak Jun, ana bawa kucing balik bela dekat rumah"

Ini sms osmet aku minggu lepas masa aku on the way nak balik ke Kangar dari kampung. Tapi aku tak balas pun sebab aku sebenarnya dah bagi kebenaran untuk dia bela kucing tapi dengan syarat kena pandai jaga kucing tu especially bab bahan2 kumbahan dia.

Dan bila sampai rumah...aku nampak seekor budak kenit sedang bermain2 dan berlari-lari dalam rumah aku. So cute lorrr....

Sekarang dah hampir 2 minggu budak kenit ni ada dalam rumah aku. Sangat manja dan bising. Tak boleh langsung tak nampak aku atau tuan dia, mesti bising satu rumah. Kalau kami tengah tengok tv, tak kaki tangan tuan dia yang dia main dan gigit, kaki tangan aku pun jadi mangsa dia juga. Kalau tuan dia malas layan..aku la yang kena layan dia...aku bangun masuk bilik...dia lari ikut masuk bilik juga...aku pergi dapur, dia pun sibuk pergi dapur, aku mandi dia setia tunggu depan pintu bilik air...aku tidur depan tv, dia pun tidur juga kat celah2 sofa depan tv tepi aku. Nak suruh dia makan pun kena tunggu juga, kalau tak dia makan sikit aje.

Inilah makhluk yang dah membuat onar dalam rumah aku. Ada dia, terasa hidup aku ceria sedikit berbanding sebelumnya. Rumah jadi sedikit kecoh dengan keletah dan telatah manja dan nakalnya. Let me introduce our new member of my home....the only "jantan" which allowed to stay with us...SHIRO..


Shiro with shocking face sbb kena flash kamera hp aku

habis dipanjatnya rak tv aku

rak tv pun kena clear up sbb budak kenit ni

aku baring atas sofa dia pun nak lepak lagi "atas" sofa juga

the tiny white creature with blue eyes

6 uncang teh :

cik jijah said...

aku nak bela gak kucing.. tapi encik suami tak bagi.. huhuhuu...

tapi shiro memang hensem.. mata yang cantek juaa

~*irjune*~ said...

ye cik jijah...he so hensemkan. tapi sedikit kurus sbb dia cuma makan makanan kucing je. lepas ni tuan dia nak bg dia makan nasi plak...so mesti cepat besar. tapi bila makan nasi..dia punya kumbahan konpom busuk...

a.h.f.i.e. said...

huahua..family kitorg pun baru je menyambut kelahiran 3 ekor miaw. soo tiny, soo adorable..hee..
beb bagi makan whiskas dry food aje, tp skrg ni sejak beranak, mak dia dok gasak makan nasik aje, kebulor menyusukan anak.

~*irjune*~ said...

tak boleh la beb...ni kucing jenis kucing terbuang..osmet aku jumpa masa gi kat feringgi...so dia jenis yg dah kenal nasi. kasi makan dry food dia tak kenyang. hari ni bg makan nasi gaul dengan makanan tuna kucing...hmmm...berselera dia makan. maghrib je dia lena. hehhe...umah aku pun dapat 4 eko anak kucing...dr 2 eko ibu. gi umah makcik aku plak tetiba je ada kucing baru kaler itam nampak biji mata je dengan 2 eko anak kucing baru seminggu kena beranak. hohohoh skrg ni musim kucing kot.

whooz said...

mata dia cantekkkkkk! hi Shiro!

~*irjune*~ said...

hi huzz...(jawan shiro)....;)

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea