Friday, July 19, 2013

Mirror Mirror On The Wall

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:20:00 PM
Assalamualaikum wbt.

"Mirror mirror on the wall, who is the most beautiful in this world?". Teringat pula dialog mak tiri Snow White tu.

Okla...ni nak cerita pasal cermin pula. Rumah aku ni nama aje semi-D tapi kecik ya amat. Memang jauh berbeza dengan rumah makcik aku yang aku sewa dulu. Walaupun rumah makcik aku tu teres setingkat, tapi luar dah jadi rupa banglo dah aku tengok. Luas sangat, sebab dah direnovate sebanyak dua kali. 

Oleh sebab saiz rumah aku yang sangat kecik (sempit), maka ruang tamu yang berkongsi pelan lantai dengan ruang makan pun kelihatan sempit la. Jadi aku kena la menjadi sekreatip yang mungkin supaya rumah aku tu kelihatan besar walaupun sebenarnya takde la besar sangat pun. Maka, tips-tips yang aku dapat dari sumber internet, pembacaan majalah deko dan rancangan ubahsuai rumah haruslah diaplikasikan.

So, kat sini la cermin memainkan peranan penting. Fungsi cermin yang boleh memantulkan objek boleh menjadikan ruang kelihatan lebih luas (skema macam ayat majalah la pulak).

Ok..dari mula aku beli rumah, aku dah plan nak letak cermin dalam rumah aku tu supaya kelihatan lagi luas. Tapi yang menjadi aku sakit kepala tu kat mana nak aku letak cermin, dan nak beli cermin yang macam mana. Kalau nak diikutkan cermin yang dah siap frame tu bukannya murah pun. Paling koman harga yang boleh aku dapat murah dalam 300 lebih, tapi ikut design dan saiz. Lepas tu aku pening pula nak letak cermin tu kat mana, dah berebut tempat dengan frame gambar yang lain la pula. Last-last aku decide nak letak kat dinding yang bertentangan dengan pintu masuk yang aku dah cat dengan warna feature wall. So aku nak cermin tu akan jadi titik fokus kat dalam rumah aku la.

Setel bab lokasi. Ni bab nak pilih design cermin pula. Mula-mula nak beli cermin yang siap frame, tapi mahal. Lepas tu aku plan nak custom made saiz cermin tu buat bentuk bulat...tapi malas la pula nak ke kedai. Jadinya aku Google aje la idea hiasan cermin tu macam mana. Maka dapat la idea untuk menggunakan cermin Ikea Lots tu. Harga murah dan lepas tu simple aje. Yang penting tahu nak lekat macam mana.

So aku pun beli la 2 pek cermin Lots ni. Dalam satu pek ni ade 4 keping cermin saiz 30cm x 30cm. Cukup la kot aku fikir masa tu. Tapi belum sempat nak design letak macam mana, aku rasa macam tak cukup la pula. So aku minta kawan aku belikan cermin tu lagi 2 pek. Jadinya dah ade 16 keping cermin la. Bila dah siap masuk rumah, gantung frame Allah Muhammad tu, aku pun jadi risau kalau-kalau aku membazir sebab beli cermin yang banyak. 16 keping babe...ko nak buat ape cermin banyak-banyak. Dah la dinding aku tu kecik je keluasannya.

So malam tadi lepas siap mandi dan solat maghrib (aku tak gi terawih sebab kena jangkitan sakit mata), gigih la aku mengukur, menyusun, melekat masking tape ke dinding untuk merealisasikan idea susunan cermin aku. Budget aku, lepas siap susun dan lekat cermin ni boleh la aku beli console table plak untuk hiasan (hahahaha..berangan tak abis). 

Nampak tu masking tape yang aku lekat kat dinding. Kalau tengok betul-betul sebenarnya senget ni. Tapi biarlah..

Dah buang masking tape, dah susun meja elok-elok...hmm...takde la nampak senget sangat. Ok la tu.

Akhirnya berjaya juga aku melekatkan semua cermin ni. Ngam-ngam dapat buat susunan 4x4 kat dinding. So, kesimpulannya aku takde la membazir sangat.

4 uncang teh :

Azi said...

So, dalam byk2 cermin tu, yg mana satu kata hg paling cantik?

~*irjune*~ said...

semua kata aku cantik...muahahaha...

Anonymous said...

Salam kenal..suka idea deko awak..err tnya berapa kos awak beli cermin ikea tu dik?

~*irjune*~ said...

tq cik Anonymous,
Nanti sy buat entry pasal kos cermin ikea ni.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea