Friday, June 18, 2010

Ujian Allah Sentiasa Ada

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:21:00 AM
Semalam masa rehat untuk sesi bengkel Scilab, aku sempat sembang dengan Kak Dayang, senior utk jawatan aku kat tempat keje aku ni.

Kak Dayang: Jun kenal Fiza?

Aku: Yang lecture school Kak Dayang tu ke? Dia tu bujang lagi kan?

Kak Dayang: Ye, dia tu ada kanser ovari (ok maaf..aku tak ingat kanser apa tapi something yang ada kaitan dengan rahim or ovari) peringkat ke 3 dah. Sebab tu dia kurus. Sekarang tengah buat kimo...dulu rambut dah gugur, sekarang bulu mata pula start gugur.

Aku: Ye ke? Patut kurus aje, dulu dia tu kira jenis berisi gak tu. Sekarang ni Kak Dayang, tua muda tak lepas dari bahaya penyakit kronik. Muda belum tentu kita akan terlepas dari penyakit bahaya.

Kak Dayang: Dia gi klinik doktor tengok dah tau dia sakit ape.

Aku: Minta-minta la saya dijauhkan dari penyakit bahaya ni. Kahwin pun tak lagi ni. Banyak lagi yang perlu saya buat. Tapi kalau Allah nak bagi juga, harap-harapnya biarlah impian saya tercapai dulu, biarlah saya dapat merasa dulu nikmat bahagia alam perkahwinan, dapat berkahwin dengan org yang saya suka, saya cinta dan saya sayang. Dapat rasa nikmat jadi seorang isteri untuk pujaan hati.

Panjang lagi perbualan aku dengan Kak Dayang, tapi yang lain-lain tu kira off record la.

Lepas sesi berbual tu aku terfikir, maut menjemput tak kira masa, tempat dan umur. Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Aku sendiri pun tak tau apa akan jadi pada aku suatu hari ni. Macam aku, bakal menjejak kaki ke siri alam 3 lagi 2 bulan lebih, tapi ujian yang datang makin bertimpa. Aku rasa ujian yang paling besar yang sedang aku hadapi sekarang adalah ujian jodoh. Kadang2 kerana ujian ini aku berputus asa dalam hidup. Menangis dan menangis bagai manusia tanpa pedoman. Kadang-kadang bila aku waras, aku terfikir apakah hikmah semua ini terjadi pada diri aku.

Banyak kesimpulan yang aku buat disebalik apa yang terjadi. Antaranya:

1. Mungkin tuhan sengaja melewatkan jodoh aku supaya aku boleh mengejar semua impian yang aku rancangkan selama ini.

2. Mungkin Tuhan sengaja melewatkan jodoh aku supaya aku dapat puas berbakti kepada kedua ibu bapa dan keluarga aku.

3. Mungkin Tuhan sengaja melewatkan jodoh aku supaya aku akan dapat jodoh yang terbaik yang aku cari selama ini.

4. Mungkin tuhan sengaja untuk memberi peluang masa supaya aku menjadi semakin matang dan bersedia.

5. Atau..mungkin tuhan ingin menambahkan lagi ujian dalam diri aku dengan memberikan aku penyakit berbahaya. Yang mana tujuannya ialah andai ajal menjemput aku masih lagi solo, single dan bujang. Supaya selain daripada keluarga aku, tidak ada insan lain yang bernama suami yang akan sedih diatas kehilangan aku.

Semua ini....MUNGKIN!

Walau apa pun ujian yang akan datang dalam hidup aku, aku akan sentiasa berdoa semoga aku mendapat kesempatan untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan insan yang semakin mendapat tempat dihati ini sebelum ajal menjemput.
Nota_jari: Tetiba malam ni aku terasa rindu pada si pujaan hati yang MUNGKlIN akan menjadi milik ORANG LAIN. Macam pungguk rindukan bulan la pula aku ni. Hmmmm......

2 uncang teh :

Anonymous said...

yup! setiap yang terjadi ada sesuatu disebalik nya. Allah dah aturkan cantik2 dah ;)

~*irjune*~ said...

ye along...semua ada hikmah..cepat dengan lambat aje...

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea