Wednesday, April 14, 2010

Satu Petang di Alamanda

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:19:00 AM 6 uncang teh
Sabtu lepas aku dapat juga sampai ke Alamanda (ok...dah lepas berapa zaman baru aku sempat nak jelajah tempat ni)  lepas adik aku pujuk "bakal adik ipar" aku jadi tourist guide untuk ke sana. OhooooOOO...bakal adik ipar tu...kah kah kah...kejap2 aku nak gelak guling2 atas lantai ni.

Sampai kat Alamanda dah hampir pukul 4. Lewat sampai sbb sebelum tu adik aku tu siapkan keje dia dulu. So, melepak la aku di opis adik aku di atas puncak menara Maju Junction sambil membuat tahi mata...gua tido la beb...atas sofa lagi...ahahahhah....Sampai Alamanda, kami gi makan dulu."Bakal adik ipar" tanya aku nak makan apa, so aku cakap nak makan makanan yang takde kat Perlis...Ahahha..maka di bawanya aku ke satu restoran ni, lupa plak nama restoran tu. Aku order nasi goreng halia (takde kat Perlis ok), sedap jugak...hehhehe...(telan juga la sbb dah lapo kan)

Lepas tu masa untuk jalan2 rambang. Dalam jalan2 tu, sempat la juga aku merembat sehelai blouse Nichii yang berharga RM79.90....Ohooo...kisah aku tertipu ni...baju tu di sangkut kat area RM59.90, so aku igt ada diskaun la, sekali takde diskaun daaaaaaaaaaaaaaaa. Maka, silalah percaya itulah baju aku yang paling mahal sekarang ni. (nasib baik baju tu cantik).

Jalan2 lagi aku jumpa satu booth produk kosmetik dari Korea...so cute ..pink kaler lagi, Etude House. Adik aku citer BB cream jenama ni ok, so ape lagi, aku pun mentry test la BB creamnya. Lagi plak BB cream Silkygirl aku dah nak habis, jadinya kena la ready to backup.

Sekarang ni kalau kita semua perasan semakin banyak pengaruh Korea datang ke Malaysia ni. Bermula dengan drama Korea, fesyen dan stail Korea dan produk kecantikan Korea. Kalau kita perasan lagi, kat Malaysia ni ada outlet Skin Food kan, haaa tu la produk kecantikan dari Korea dan yang terkini yang aku perasan la Etude House.

Ok...back to what I was bought last Saturday....



Cutenye paper bag Etude House ni...tapi sila lihat apa yang telah aku sempat rembat...



Adakah korang nampak apa yang aku rembat..oooo..mata kabur ek..jadi meh sini aku tolong zoomkan..


BB cream la...kan ke aku dok citer pasal BB cream ni. Tekstur BB ni mmg halus n smooth..senang nak apply kat muka..Dan yang penting mestilah ada anti wrinkle n whitening....tau2 la dengan umo yang semakin menghampiri abad ketiga ni...kedutan pun dah semakin bertambah. Lagi2 plak kalau kaler kulit tu dah macam terlebih panggang...so kena la pakai mekap yg ada asas whitening




Blusher jgn dilupakan ok...Dah dapat diskaun 50%...rembat aje laa....


Ini nama dia lip concealer..pakai kat bibir sebelum pakai lipstick dan nescaya bibir anda akan jadi pink sepanjang hari...hahhahah


Ini pulak adalah lip gloss merah jambu kot.

Tapi yang pastinya, bukan aku sorang aje yang rembat semua ni, adik aku si Jimjim pun berusaha juga merembat benda yang sama. Hahahhaha...inilah kejayaan yang paling dinantikan. kah kah kah kah

Friday, April 9, 2010

Confessions of Shoeholics

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:37:00 PM 2 uncang teh
Angel: Ok..June..this is too much...too much. how can you waste your money just for...for..the shoe??

Me: I don'n know...For the first time I saw this shoe....I know I must get it. I love shoe...You know it.

Angel: Yes...I know you love shoe...but this shoe is so expensive compared to the other.

Me: You are wrong. All my shoes are expensive and have their own sentimental value. The different is, I bought it during sale time. If not, it expensive too...hahhahha...

Angel: So, when you want to wear it?

Me: I don't know...maybe one day...but the important is, buy it and have it. :D

Angel: ????

*********************************

Today..I received my order from Yunique Paradise, a pair of wedges which I ordered last month. This is the first time I tried to order shoe through online. Before, I just buy shoe from shoe store because it easy to me to choose the right one to comfort my foot. You know, it is not easy to find shoe which will comfy with your foot as you need to consider the size first. Different brand will have different size measurement...and also different contry will have their own size measurement. Here, enjoy the picture..



This is 4" t-strap wedges (virgin white).

Front view

Note: will consider small size if want to make next order. Luckily this wedges have strappy stripe.





Monday, April 5, 2010

Satu parcel di atas meja

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:49:00 PM 0 uncang teh
Balik keje petang tadi aku tengok ada parcel kat atas meja. Ingatkan parcel osmet aku, tapi bila aku belek...eh..itu nama dan alamat aku.Tapi parcel apa...takkan parcel kasut yang aku order online tu kot yang sampai..tapi parcel tu aku guna alamat opis, dan masih lagi dalam perjalanan ke Perlis (tak sampai2 lagi pun).Ye..tak salah...ejaan nama ayah aku pun betul, cuma yang peliknya alamat yang digunakan. No rumah, lorong dan taman dah betul. Cuma bahagian poskod aje..kalau alamat yang aku selalu guna adalah poskod Kangar (01000), tapi dekat surat ni pula dia guna poskod Arau (02600). Parcel ini dihantar oleh Kimberly-Clark Trading (M) Sdn. Bhd.


Sila lihat...barang cuma dihantar dalam sampul surat aje. Sampai buruk sampul surat ni...siap koyak2 gitu..Ada pencerobohan ke? Jadi dengan penuh rasa terujanya, aku pun buka la surat..eh parcel ni dan barang yang dihantar ialah..........


Oooo...what a cute box....dari Kotex rupanya....Kotex Luxe Ultrathins yang mengandungi 5 sampel pad wanita...hahahhahahhahaha...

Kaler pink lagi....kira ok la kan...ikut pengiraan minggu depan aku akan dapat cuti umum la.Jadi boleh la aku try..

Eh! kejap2 ada surat rupanya...haa..jom baca...

Boleh baca ke tak? Ok..tak kisah lah...korang baca aje ape yg aku nak highlightkan ni seperti kat kawah (huh! ayat skema la plak)

See...Limited Edition Kotex Luxe day ...so maknanya...diorang bg aku try limited edition punya product...woohoo...gembiranya.

Tapi sampai sekarang aku masih lagi pelik dan keliru....bila masa aku ada hantar atau isi form pasal Kotex ni. Seingat aku...takde dan lagi pulak, aku tak pernah guna poskod Arau dekat alamat aku sbb aku selalu guna poskod Kangar. Jadi...macam mana diorang boleh dapat alamat aku kat sini? Kalau alamat kg, mungkin aku percaya, tapi ini alamat rumah....Tapi tak kisah la....janji barang free kan..aku suka aje.

Tapi......ada sesapa yang boleh bantu aku???(Musykil)

Sunday, April 4, 2010

Beautilicious - Part 2

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:44:00 PM 1 uncang teh
Semenjak dua menjak ni aku suka prepare baju keja aku untuk seminggu sekaligus. Maksudnya, Ahad malam (kalau aku tak gi kelas master-ji la) atau pun Isnin malam aku akan iron baju untuk aku pakai sehingga hari Jumaat. Jimat sikit dari segi tenaga dan kos. Maklum la sekarang ni kan nak meluaskan konsep Green Energy.

Macam biasa minggu lepas aku mmg dah prepare awal2 baju untuk seminggu. Tapi bila sampai mlm Jumaat aku tgk baju yang aku dah prepare tu macam tak sesuai pulak untuk dipakai pada hari Jumaat. Jadinya, aku pun iron la blouse ngan slack untuk aku pakai pada hari Jumaat.

Pagi Jumaat tu aku pun semangat la bersiap...maklumlah nak try teknik ikatan tudung yg baru. Tapi ada cerita sadis la plak..tiba2 slack yang aku dah iron tu aku tak muat nak pakai. Ape ke halnye ni...baru je bulan lepas aku pakai slack tu.Adakah........oooooooooooooohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!! tiiiiddddaaaaaaaaaaak...aku dah gemuk. Ini mmg betul2 gemuk ni. Aku igt berat aje yang naik tapi rupanya...Tiiiddaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkk......

Dan akhirnya.....akibat dari kejutan di pagi Jumaat yang permai..aku pun memborong la barang ini..

Ye....pil pati halia Yusmira dan juga minuman kopi Lax 7. Pil halia ni aku dah amalkan sejak 2 tahun yang lepas. Memang bagus pun, sbb buang toksin dan angin dalam badan . Yang tak bagus pula sbb bila dah nama pun buang toksin, jadinya kena gi toilet selalu la sbb nature calling. Tapi paling tak tahan bila nature calling tu berlaku di awal pagi masa nak pi opis, mmg tak cukup tanah la aku pecut semata2 nak masuk toilet. Tak tahan beb!

Lax 7 plak aku beli sbg supplement aku la. Minum Lax 7 ni bagus sbb kita akan rasa kenyang. Paling bagus kalau minum masa bulan puasa, Insya Allah konpem tak terasa lapar. tapi satu je yang tak best...rasa Lax 7 ni. Memang tahan aje la kan. Tapi lepas makcik aku yang sama2 minum Lax 7 ajar aku satu cara untuk bg kopi Lax 7 ni sedap...tambah dengan Milo...maka jadi la neslo Lax 7. Hahahhahha....

Bila dah amalkan pil halia kena la ada losyen halia...macam ni....


Losyen halia ni bagus untuk di gosok di badan, kaki dan tangan terutamanya masa nak tido...memang best. Tapi aku selalunya guna untuk gosok kat perut untuk elakkan perut buncit...hehhehe

Selain tu, aku juga skrg cuba mengamalkan balik supplement Vitamin C. Sekarang ni aku tengah makan Vitamin C jenama Kordel's (Sitrus - CR).



Vitamin C ni bagus sbb ada Zinc dan Selenium yang bagus untuk rambut. Dah seminggu aku amalkan vitamin ni dan Alhamdulillah keguguran rambut aku dah semakin kurang.

Thursday, April 1, 2010

Patah tumbuh hilang lari berganti-ganti

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:21:00 PM 4 uncang teh
Mula2 minta maaf banyak2 kalau tajuk tak sesuai dengan entri. Tapi dah hari ni April Fool (sape yang fool kita ke atau bulan April atau org yg bagi gelaran pada bulan April ni...???), jadi tak pe la kan kalau sekali sekali buat tajuk gempak (tajuk yang takde kaitan sebenarnya).

Semalam, hari Rabu ada pasal malam kat Stadium Kangar. Kira pasar malam yg besar juga la. Yang paling aku suka pasal pasar malam ni ialah ada satu gerai tu dia jual bihun sup yang sangat marbeles. Lupa plak aku apa nama gerai dia tapi mmg kat kedai ni ramai juga la yang datang membeli.

 Semalam, lepas balik keje dan semasa hujan turun dengan renyai2nye aku pun pergilah pasar malam ni sorang sambil membawa payung cokelat yang mempunyai cop sekolah lama aku yang aku dapat masa reunion 25 tahun sekolah aku. Erk!! ayat takde titik ngan koma lgsg. Niat hati nak beli bihun sup yang marbeles tu la untuk dinner malam semalam. Tapi, tak lama lepas tu hujan pun stop so aku decide nak jalan2 dulu buat tawaf kat pasar malam ni. Lagi pun dah lama tak tawaf kat pasar malam ni. Jalan punya jalan last2 dari niat nak beli bihun sup, akhirnya aku rembat lagi 2 benda iaitu 2 helai tudung 4 segi kecik dan juga sepasang wedges putih yang bertapak gabus.



Kalau dah namanya pompuan gila kasut..macam aku ni la...kasut pasar malam pun aku boleh rembat janji cantik, selesa dan stylo. Dan yang paling best...harga kasut ni cuma RM16 aje.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea