Monday, May 30, 2011

Grand Holiday 2011 at Penang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:15:00 PM
Tu diaaa...macam la grand sgt...gi Penang aje pun. Macam la tak biasa....sekolah pun kat Penang...mengaji pun kat Penang...kiranya aku ni membesar kat Penang je. Cuma bila part keje, aku tercampak kat Perlis ni....huh! panas gila skrg ni.

Citer holiday ni sebenarnya dah basi dah pun. Cerita 3 minggu lepas sebenarnya, tapi sebab sedang elok balik dari holiday terus kerja semakin bertambah, jadi aku pun delay la dulu keinginan untuk update blog ni. Sian blog aku ni sampai bersawang berhabuk penuh dah jadinya.

Macam biasa, last minute plan...kawan aku ajak gi holiday. So, elok2 aku habis je exam final master-ji semester ni, terus kami gi holiday. Maklumlah tahun 2010 kami langsung takde gi holiday mana2 sbb masalah2 kewangan, mental dan fizikal, jadinya tahun 2011 ni nak pulun holiday puas2 la. Sekali  kawan aku syorkan holiday kat Penang. Alamak...Penang ke....kenapa Penang....tapi kawan2 aku tu yg sorang dtg dari JB dan yang sorang lagi ni dr Shah Alam, jadi terpaksa la aku mengalah gak dengan decision untuk bercuti kat Penang.

Kat Penang, kitorang lepak kat Bayview Hotel. Dapat booking superior deluxe hillview (ini je yang mampu sebenarnya) tapi yang sebenarnya roadview yang paling clear...hahah...Bilik memang nice, and dapat minta bilik yang ada katil king size, ok la kan....kami ni 3 dara pingitan, bila dapat katil king size tak perlu la nak tolak2 katil super single kasi cantum.

Katil yang cantik keadaannya sebelum kena lanyak dek engineer ganas

Nice kan bilik dia...kira ok la sbb nak lepak 2 malam kat sini. Tapi walau lepak 2 malam pun bukannya banyak tempat yang kami sempat jengah....Kawan aku dari JB tu macam wish dia masa kat Penang; jeruk la...char koew tiaw la....pasembor la...laksa la...macam2...nasib baik tak sempat nak makan nasi kandar Penang. Tapi lucky la dia sbb most of her wish masa dia nak mai penang terlaksana.

Mula-mula ambil gambar bertiga sebelum mekap masing-masing cair

Masa kat Penang kami sempat gi Padang Kota Lama a.k.a Port Cornwallis dengan Bukit Bendera. Siap bergambar bagai kat sana. Masing-masing perasan jadi model ala-ala America Next Top Model tu tapi kategori tak cukup tinggi and tak cukup langsing. Yang perasan jadi profesional photographer pun ade walau pun amik gambar cuma pakai kamera henpon Sony C905 aku je. Nasib baik camera tu 8.1 mpixel..jadi gambar pun menjadi la skit. Luckily aku tak sesat drive kat Penang. Aku memang tak berapa suka jalan kat Penang especially area town sbb banyak jalan yang one way and aku tak berapa familiar sgt. So selalunya kalau gi penang aku gi area Bayan Lepas, Bayan Baru dengan Balik Pulau je. Maklum la aku dulu sekolah kat Balik Pulau so jalan2 area tu aku tau la....

Model sedang mencairkan mekap masing-masing

Inila kesan kalau berjemur terlalu lama, sampai hitam legam dan dah jadi batu dah Francis Light tu.

Rafe...nasib baik ko sentuh kat sipi dia je...ahhaha

Aksi yang jarang dilihat oleh mata kasar

Agak-agak kalau aku masuk dalam meriam ni and kena tembak...boleh tak sampai kat Korea Selatan?

Model sedang bersantai

Sebelum masing-masing terjun dari atas Bukit Bendera

Extra kat belakang tu lagi menonjol daripada model 2 org tu

Model tiang lampu...wakakaka

Petang sikit tu singgah balik kat Padang Kota Lama semata-mata nak bagi kawan aku yang sorang tu memenuhi impian untuk makan pasembor Penang selain impain kami yang ingin memenuhi perut yang sangat sangat sangat kelaparan dan kehausan.

Tu dia...ini bukan makan...ini melantak namanya

Ini la pompuan...sebelum makan sempat lagi berposing sakan

Malam pulak masa untuk meronda-ronda pasar malam kat Batu Feringgi. Walaupun kaki dah pancit jalan terjengkit-jengkit tapi kami bertiga ni gagah juga la menapak dari Bayview kat hujung dunia ke arah Park Royal untuk menyibuk jadi pembeli kat pasar malam ni.

Aku dah pancit, tapi model 2 org ni boleh lagi menyengih

Sila spot objek tersembunyi

posing je lebih, belinya tak pun..hahhaha

View sunset kat Feringgi ni nice gak. Tepi laut la katakan. Jadinya dengan kamera henpon yang sangat hebat, sempat juga la capture gambar-gambar yang kononnya perasan macam gambar yang diambil guna kamera dslr.



Subhanallah...cantikkan ciptaan Allah

Tu la sikit2 corat-coret holiday kat Penang. Walaupun takde la jelajah keliling pulau, tapi sebab dapat spend time kat hotel dengan 2 org kawan baik aku ni, rasa dah puas hati sangat la. Masa balik tu rasa syahdu la plak tapi still spending time sama-sama sebab balik tu kitorang terus gi Shah Alam sebelum masing-masing bawa haluan untuk teruskan hidup. (Hohohoh..tak boleh blah ayah syahdu tu)

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea