Thursday, September 15, 2011

Kebanggaan Menjadi Anak Jati Perak

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:17:00 AM
Saya bangga menjadi anak Perak kerana:

  1. No IC utk yang lahir di negeri Perak ialah 08. Saya suka no 8 dan bagi kaum Cina no 8 ni adalah no bertuah....sebab tu saya suka.
  2. Plat pendaftaran kereta untuk negeri Perak bermula dengan huruf 'A'. Kalau untuk result exam, gred A adalah yang terbaik. Sebab tu saya suka.
  3. Salasilah Kesultanan Negeri Perak masih lagi bersambung dengan keturunan Kesultanan Melayu Melaka. Kalau betul-betul belajar sejarah, memang tak putus sebenarnya keturunan Kesultanan Melayu Melaka dengan kerabat Perak walaupun satu masa dahulu Kerabat Perak pernah diculik oleh Kerajaan Acheh untuk menjadi pemerintah Acheh satu masa dahulu.(Rujuk Portal Raja Kita - Perak)
  4. Walaupun saiz negeri Perak kecil sedikit dari negeri Pahang, tetapi negeri Perak antara negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti negeri Selangor.
  5. Negeri Perak ada 10 daerah yang mana daerah ke 10 adalah daerah Kampar yang telah diwartakan beberapa tahun yang lepas.
  6. Muka bumi negeri Perak ni pelbagai. Ada kawasan bukit, lembah, tepi laut, pedalaman. Korang boleh menikmati kepelbagaian bentuk muka bumi negeri Perak ni bila melalui Lebuh Raya Utara Selatan. Bila melalui kawasan Tanjung Malim sampai ke Ipoh dan seterusnya ke Kuala Kangsar, itu adalah kawasan berbukit tetapi bila melalui dari Kuala Kangsar ke Parit Buntar, itu adalah kawasan lembah yang subur. Laluan lebuh raya pun takde la lurus macam nak pergi KL-JB, sbb korang akan masuk keluar terowong dan akan melalui gaung serta laluan pun bengkang bengkok....sangat mencabar bila memandu di laluan negeri Perak ni.
  7. Rakyat negeri Perak ni pelbagai. Kalau negeri Johor sangat dikenali dengan keturunan Bugis dan Jawa, tapi kat negeri Perak ni korang akan jumpa dengan keturunan Jawa, Acheh, Mendailing, Siak, Banjar, Boyan selain daripada keturunan Melayu Perak dan keturunan Orang Asli. Selain tu terdapat juga orang berketurunan Kedah dan Pulau Pinang terutamanya di Utara Perak yang lebih dikenali sebagai orang kampung.
  8. Oleh sebab saiz negeri Perak yang besar dan ada 10 buah Daerah, jadi bahasa yang digunakan di negeri Perak ni pelbagai. Kalau kita ke negeri Kedah dan Pulau Pinang, kita tau diorang akan guna bahasa utara saja. Tapi kalau datang ke negeri Perak macam loghat dan bahasa boleh di dengar. Antaranya, di Perak Utara yang bersempadan dengan negeri Kedah dan Pulau Pinang, penduduk lebih senang berbahasa utara, tetapi kalau ke daerah2 yang berada di tengah2 negeri Perak, barulah akan kedengaran bahasa Perak macam citer Hantu Kak Limah Balik Rumah yang ada panggilan awak, kome, deme, mike, ayo, cerciter....dan sebagainya. Itu pun bergantung juga kepekatan loghat Perak tu. Kalau di Kuala Kangsar loghat Peraknya takde la pekat sangat berbanding dengan loghat Perak penduduk Parit. Manakala bagi kawasan yang bersempadan dengan Selangor macam Tanjung Malim dan Teluk Intan tu bahasa yang digunakan lebih kepada stail percakapan macam orang KL....takde dah loghat Perak tu.
  9. Yang paling best kat negeri Perak ni adalah bila tiba musim durian. Aku tak tau la ape jenis durian musang king ke, durian burung ke durian klon ke durian kampung ke, yang aku tau durian tu sedap dan aku suka makan. tapi yang aku nak bagi tau adalah kat negeri Perak ni terdapat banyak kawasan yang mempunyai dusun durian yang besar antaranya kawasan Bukit Gantang, Kampung Gajah, Selama. Untuk pengetahuan ini kawasan bukit ni dan memang buah durian dia sangat sedap.Aku pernah dengar cerita ada yang sanggup datang dari jauh semata2 nak makan durian Perak especially durian Bukit Gantang yang sangat sedap. Terus terang aku cakap aku jarang makan durian beli sbb kat rumah aku arwah tok wan aku dah ready tanam 2 3  pokok durian masa dia hidup dulu untuk anak cucu dia. So kalau musim durian tu aku cuma perlu balik kampung, tunggu dan dengar je durian jatuh terus cari dan terus buka dan makan. Freshkan.....hahhahah......
  10. Kalau korang perasan negeri Perak je ada nama tempat yang ada kiri dan kanan. Contohnya Bota Kiri dan Bota Kanan serta Lambor Kiri dan Lambor Kanan. Aku tak tau la ape pasal ada kiri dan kanan ni tapi aku buat kesimpulan sendiri maybe sebab kawasan-kawasan ni di pisahkan oleh Sungai Perak kot. Tapi ingat ye nama aje sama tapi disebabkan ade kiri dan kanan maka ianya berbeza. Contohnya macam Bota tu. Kat Bota Kiri kebanyakkan penduduknya adalah orang utara atau orang Banjar. Jadi kalau datang ke sini masih lagi kedengaran loghat utara tu dan bahasa Banjar tu. Tapi kalau pergi ke Bota Kanan, kebanyakkannya adalah orang Perak yang berbahasa Perak yop dan yong tu. 
  11. Perak ni banyak bandar lama yang tertubuh masa zaman kegemilangan bijih timah dulu. Aku suka panggil bandar koboi walaupun takde la macam koboi sangat sbb bandar ni lagi best dari Kangar ni. Antara bandar lama adalah seperti Taiping, Gopeng, Bidor, Tapah, Teluk Intan dan lain-lain lagi. Kalau korang lalu di kebanyakkan bandar ni bangunan lama dia sama je.
  12. Sangat menjadi kebanggaan aku sebagai anak jati Perak ialah rentak lagu Negaraku diambil dari rentak lagu Terang Bulan yang menjadi lagu kegemaran penduduk negeri Perak satu masa dahulu dan juga merupakan rentak lagu rasmi Negeri Perak 'Allah Lanjutkan Usia Sultan'.
  13. Oleh kerana negeri Perak merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia, jadi negeri Perak bersempadan dengan 5 buah negeri iaitu negeri Kedah dan Pulau Pinang di utara, negeri Kelantan dan Pahang di Timur dan negeri Selangor di Selatan. 
  14. Pelukis kartun tersohor Malaysia yang glamer dengan siri Kartun Lat iaitu Datuk Lat asalnya orang Perak. Selain tu ramai juga orang seni dari kalangan orang Perak seperti Mamat Khalid, Datuk M. Daud Kilau, Jamal Abdillah, Datuk Jins Shamsudin dan lain-lain. 
  15. Aku bangga menjadi orang Perak sebab mak ayah aku pun orang Perak juga yang mana mak aku adalah berketurunan Jawa dan ayah aku pula berketurunan Banjar. 
Nota_jari: Sumber adalah dari pengalaman sendiri dan pakcik google serta makcik wikipedia.

4 uncang teh :

iEda saFuan said...

sukerrrrr! me juger lahir kat perak!

~*irjune*~ said...

ohooo...tetibe kamu mengaku lahir di perak...hahhaha...anyway.....sangat banggakan jadi anak kelahiran perak

gemini1706 said...

sukanya baca...dapat byk pengetahuan...tQ irJune... tok wan org perak gak..org parit buntar...dengan adanya tokwan..adanya mak dan adanya saya..syukur ya allah ... hehehe...

~*irjune*~ said...

Tq gemink1706

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea