Wednesday, July 11, 2012

The Amazing Spider-man 2012

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:02:00 AM
Assalamualaikum

Haloooo....
Korang dah gi tgk ke citer Spiderman 2012 ni. Ini reboot version tau bukan sambungan daripada Spiderman  lakonan Tobey Maguire. Maksud reboot version ini ialah jalan ceritanya dibuat semula dan tiada kena mengena dengan filem Spiderman sebelum ini.

 
Jika versi sebelum ini kita diperkenalkan dengan watak kekasih Peter Parker yang sangat terkenal iaitu Mary Jane Watson (sbb terkenal sampai design kasut pun ade sempena nama dia), iaitu kekasih semasa Peter Parker selepas habis sekolah. Tapi untuk versi reboot ini, watak Peter Parker dimulakan daripada ketika beliau di High School dan kekasihnya pada masa itu ialah Gwen Stacy. Rupanya inilah kekasih pertama Peter sebelum dia berjumpa dengan Mary Jane.

Oleh sebab reboot version, so isu dan watak penjahat pun kena la tukar dan lain sikit. Jika isu sblm ini lebih diberi tumpuan kepada kematian Uncle Ben iaitu watak pakcik Peter Parker, tapi aku rasa untuk kali ni punya isu yang diutarakan adalah mengenai kedua ibu bapa Peter Parker. So, inilah konflik yang akan berlaku iaitu mencari sebab dan mengapa kedua ibu bapa Peter Parker mati.

Bab lakonan memang tak mengecewakan. Lakonan Andrew Garfield sebagai Peter Parker/Spiderman memang tak mengecewakan. Kita langsung tak sedar bahawa ini adalah reboot version. Lakonan dia takde langsung dibayangi oleh lakonan Tobey Maguire yang pernah menjadi Peter Parker sebelum ini. Kali ini watak Peter Parker dibuat mengikut acuan Andrew Garfield sendiri.


Bab aksi...memang superp la. Kalau tengok 3D memang hidup la kot. Tapi aku tengok wayang biasa aje. Cuma pada aku la (taktau pada pendapat orang lain), ade sesetengah babak tu aku rasa macam bosan la sikit. Maybe sebab duration cerita ni yang sangat panjang iaitu selama 2 jam. So time tu memang aku menguap dan terfikir bila masa la Spiderman ni nak lawan dengan Lizardman (watak Dr. Connor yang jadi penjahat tu).

Kepada peminat komik Spiderman dan pengikut setia cerita Spiderman ni, jom ramai2 gi tengok cerita ni. Puas hati gak tengok. Time aku gi Ahad lepas tgk kat panggung kat hometown aku tu pun penuh panggung sampai kat seat yang bawah sekali. Nasib baik aku dapat seat kat atas so tak perlu la nak mendongak.

Nota_jari: Picture credit to Google

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea