Monday, July 23, 2012

The Dark Night Rises

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:01:00 PM
Assalamualaikum

Hi...korang dah gi tengok ke sekuel Batman terbaru bertajuk The Dark Night Rises. OoooO...rugi OO kalau korang tak tengok lagi. Aku baru je tengok citer ni Sabtu lepas. Dalam hati sebenarnya malas nak gi tengok, tapi kesian plak tengok muka kecewa adik aku, so aku pun bawa la dia gi tengok.



Bila kita tengok wayang time bulan puasa ni, perkara pertama yang terjadi adalah mengantuk ler. Mula2 masa nak tggu wayang mula aku dah mengantuk...lepas tu masa awal2 citer ni ade la dua tiga part tu sangat sangat sangat membosankan. So menguap aje la. Tapi bila sampai part hujung2 tu especially part climax tu....mmg membooolat la mata aku mendongak tengok skrin. Ooo...cuba korang bayangkan, walaupun kami sampai awal untuk membeli tiket tapi tiket dah penuh...so terpaksa la juga beli tempat duduk barisan H....mendongak ler skit. Tu pasal aku bosan kot.

Aku tak tau nak komen macam mana...tapi aku salute la dengan Pengarah dan Penulis Lakon Layar sekuel Batman ni...memang terbaik la jalan ceritanya. Ending yang sangat2 kemas dan logik untuk diterima akal. Tapi aku rasa macam ade lagi je sekuel terbaru sebab dalam filem kali ni watak Robin telah diperkenalkan. So mari sama2 kita doakan semoga akan ada lagi sekuel Batman yang terbaru 3 atau 4 tahun akan datang. 

Nota_jari: Picture credit to Google

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea