10 tanda anda adalah manusia yang kemaruk FB:
- post kan setiap kejayaan anda untuk pengetahuan umum.
- postkan setiap gambar peribadi anda dengan harapan dapat komen best2 dr kengkawan anda.
- postkan post mengenai suami/isteri anda yang telah membeli barang2 untuk anda.
- postkan mengenai kejayaan anak anda dalam peperiksaan sambil mengupload gambar markah kertas peperiksaan itu walaupun hanya berada di sekolah tadika.
- postkan menu masakan yang anda masak dirumah untuk ditunjukkan kepada kawan2 anda.
- postkan setiap barang yang anda beli especially jika ianya berjenama untuk pengetahuan umum.
- postkan kata2 romantik kepada pasangan anda untuk menunjukkan anda adalah pasangan yg romantik.
- postkan setiap aktiviti anda walau hanya aktiviti mengorek tahi telinga
- paling best...suka post gambar close-up sambil mata di bulat besarkan dan mulut di muncungkan dengan budget yang konon2nya anda adalah manusia paling comel di muka bumi ini.
- Paling best, ada pasangan suami isteri atau yang berkapel akan menggunakan FB sebagai medium komunikasi mereka. Nampak sangat kemaruk FB.
Perasan atau tak, setiap aktiviti kita di FB ni kadang2 boleh menimbulkan fitnah dan riak untuk diri kita sendiri. Antara semua aktiviti ini pernah juga terjadi pada diri aku sendiri, tapi Alhamdulillah ada kesedaran yang terbit dalam diri sendiri untuk aku menggunakan FB dengan cara yang betul. Marilah kita sama2 memperbaiki diri ke arah jalan yang diredhai.
Nota_jari: setiap tanda yang aku tulis kat atas tu adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku sendiri. Tiada kena mengena antara hidup dan mati. So sesiapa yang makan cili dia akan terasa pedas.
0 uncang teh :
Post a Comment