Saturday, January 5, 2013

From 2012 To 2013

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:27:00 AM
Assalamualaikum wbt

Hari ni dah 5 hari kita meninggalkan tahun 2012 dan itu bermakna sudah 5 hari juga kita berada di tahun baru 2013. Kadang-kadang bila melalui hari-hari yang mendatang dengan tugasan kerja dan aktiviti rutin, otak ni terlupa yang 2012 dah jauh ke belakang.


2012 dah semakin jauh kita tinggalkan dan kita akan teruskan kehidupan di tahun 2012, tapi pada aku kenangan sepanjang tahun 2012 tetap terpahat utuh dalam sanubari. Bermacam-macam peristiwa dan perkara berlaku pada tahun tersebut. Berbanding kenangan pahit, 2012 memberi aku lebih banyak kenangan manis dan memberikan aku lebih ruang untuk tersenyum.


Jom kita recap momen-momen indah sepanjang tahun 2012:
  1. Aku selesai pengajian Master selama 2 tahun setengah di UTM. 
  2. Tiga kali aku gi Johor iaitu masa buat pembetulan tesis di UTM, kenduri kawin Mek Yani dan juga masa aku konvo.
  3. One of my bestie, Mek Yani bertemu jodoh dengan org Batu Pahat. 1st time aku drive gi Felda Keratong. Mak oii...jauhnya ke dalam.
  4. Cuti-cuti Malaysia ke Langkawi dengan Rafeah. 1st time bercuti berdua sahaja, sbb selalu bila bercuti harus bertiga. Ape pun holiday tahun 2012 tetap happening.
  5. 1st time sampai Batu Pahat rumah keluarga Rafeah. Makcik tu punya la 2 3 kali sampai rumah aku, tapi selepas hampir 12 tahun kenal, itulah 1st time aku sampai rumah dia. Famili dia sangat sporting. Kampung Rafeah pun mengingatkan aku kepada kampung mbah aku di Teluk Intan.
  6. Aku konvo master di UTM....hyep...i'm the UTM's alumni.
  7. Edward muncul dalam hidup aku. Hahaha...it's my new car la. Dengan rezeki yang ada aku beli kereta baru model Honda City. Tapi belum sempat 24 jam aku ganyang...dah kena masuk workshop for almost sebulan sbb ade kebocoran tangki akibat langgar besi kat jalan.
  8. Rafeah pun beli kereta baru juga...Mazda2. Hehehe...bestkan...kami dua orang dapat beli kereta baru. Alhamdulillah.
  9. Berlaku proses perpindahan opis lama ke opis baru kat kampus tetap. So selepas 7 tahun baru la dapat rasa feeling-feeling bekerja sebagai staf universiti. Selama ni opis kat rumah kedai je so just feeling mcm buka kelas tuisyen je.
  10. My sister dah pragnant. Alhamdulillah....2013 bulan 5 kita tunggu anak buah baru nak tengok dunia.
  11. Berat aku naik mendadak cecah 70kg. Dan buat pertama kalinya baru ada istilah diet dalam kamus hidup aku. So selepas berdiet dengan SD2, berat aku turun sebanyak 5kg dan maintain sampai sekarang.
  12. Involve dengan bussiness SD2 secara kecil-kecilan. Belum nampak kejayaan lagi tapi hopefully tahun 2013 akan bg banyak energy untuk aku bergiat cergas.
  13. Jalan-jalan pergi Ipoh untuk jumpa Cik Kam dan Awin. Selepas tu drive bawa Edward gi Cameron Highland dengan Awin. One day trip aje sbb hujan lebat kat Cameron.
  14. Dapat 2 ekor kucing siam. Seekor tu jantan aku dapat kat masjid masa bulan puasa haritu and i called him Somtat. Seekot tu betina, baru sebulan je stay dengan aku, jumpa kat tepi jalan and i called her Cemek. 
  15. 1st time aku naik kapal terbang dan fly to Sabah. Pergi Sabah pun 1st time juga ni. Attend conference kat sana, pun 1st time juga.
  16. Involve dengan international conference kat Sabah as presenter. Dapat stay hotel 5 bintang kat sana, Sutera Magellan Resort yang secara logiknya tak mampu aku nak stay jika tidak kerana yuran conference tu dah including penginapan.
  17. Sebab dah gi Sabah, aku rembat mutiara air masin as my reward.
  18. Selepas 15 tahun, aku reunite balik dengan classmate aku masa kat MRSM dulu iaitu Lynnda Faman. She still the same woman i met during my school time. Tak berubah langsung melainkan statusnya iaitu dah menjadi suri di hati suaminya. Miss u la Lynnda.
  19. Dapat kunci rumah baru....yahooo...tapi still tak pindah masuk lagi sebab banyak perkara nak kena setel dulu including banyak defect kat rumah tu, so need some pembaikan daripada pihak pemaju.
  20. End of the year, sempat spend time dengan adik-adik iaitu Jimah and suami, heri, mail dan ija pergi jalan-jalan Melaka. Jedin tak dapat nak join sebab dia nak final exam. 
  21. The most precious things....i met someone yang boleh dikatakan special juga la. Sekarang tengah berkawan and hopefully..kalau diizinkan oleh Allah swt, semoga dipermudahkan urusan pada tahun 2013 ni. 
Bila imbau balik, tak ke semua tu adalah berita-berita gembira untuk diri aku dan juga kalau diimbas kembali kegembiraan tu mesti ada kaitan dengan aktiviti kesukaan aku iaitu shopping.

Nota_jari: Picture credit to Google


0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea