Sunday, January 13, 2013

Idea Deco

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:45:00 PM
Assalamualaikum wbt.


Bila dah dapat kunci rumah baru ni, mulalah berangan nak cat rumah dengan warna-warna yang mencerminkan personaliti diri. Selain tu dah mula survey perabot-perabot yang bersesuaian dengan konsep yang ada dalam kepala otak ni.

Itulah yang terjadi kat aku. Berkenan betul aku dengan warna hijau terang seperti dalam gambar diatas. Konsep hijau-putih. Nampak moden dan simple. Tapi bila fikir balik, bila kita buat konsep warna macam ni, warna yang digunakan adalah terbatas kepada hijau, putih atau kuning (untuk yang berani bermain warna). Bak kata kawan aku, kena pandai main warna baru nampak berseri. Tapi bagi aku yang takde langsung kemahiran kesenian ni, confirm huduh la jadinya.

Untuk rumah aku, tunggu bila dah siap baru aku tunjuk ek.

Send from my Windows Phone

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea