Wednesday, January 30, 2013

Red Modani by MODANI

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:53:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Hari ni nak cerita pasal kasut pula. Dah lama stop entry pasal kasut kan. Almaklumlah kegilaan membeli kasut dah beransur hilang seiring dengan penambahan hutang kad kredit. Huhuhuhu....

Korang tau la kan aku ni dulu gila kasut. Shoemaniac aka shoeholics. Asal jumpa kasut cantik tak kira jenama terus beli. Sampai la satu ketika kira-kira 3 tahun lepas kot masa Taiping Sentral di buka kat sebelah Tesco Taiping. Ada la satu outlet kedai kasut jenama Red Modani by MODANI ni yang dibuka. So time tu aku pun gedik-gedik la masuk dan try dan akhirnya membeli sepasang sepasang kasut. Time tu of course la aku membeli kasut high heel. Feeling gojes gitu.

Start dari tika dan masa itu, aku memang jatuh cinta dengan jenama kasut ni. Design, cutting tapak dan keselesaan sangat-sangat memenuhi piawaian aku. Biarlah orang lain gila dengan kasut jenama lain yang lebih glamer, tapi bagi aku Red Modani tetap di hati. Harga pun sangat berpatutan, dan yang paling penting ianya adalah produk buatan Malaysia. 


0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea