Friday, January 18, 2013

Oh! My English Teacher

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:45:00 PM
Assalamualaikum wbt.


Selak-selak balik paper Metro Ahad yang beli minggu lepas nampak satu iklan pasal course English speaking. So ade la letak gambar trainer dia. So bila aku belek- belek balik rasa mcm kenal aje. So cepat-cepat aku post kat fb tanya geng-geng sekolah lama untuk confirmation. So sah la, trainer tu adalah English teacher aku masa kat MRSM dulu yang kami panggil Sir Faisal.

Sir Faisal ni tetap maintain je dengan janggut tu. Dia ni sangat lembut. Tak pernah tinggikan suara. Sangat kreatif dan inovatif masa ngajar. Korang tau la kan, budak asrama mana cukup tidur. Time kelas especially untuk subjek-subjek macam english ni la time nak mengantuk dan menguap ala-ala badak sumbu. Hahaha... Lagi-lagi cikgu pula baik, lembut dan cakap pun lembut, ape lagi mata tu di gayut-gayut untuk tidur.

So Sir Faisal ni kalau masuk kelas mesti akan bawa jajan macam kerepek, sweets atau asam masin supaya students dia tak mengantuk. Kalau tak pun sebelum mula kelas dia suruh buat simple exercise dulu supaya kami semua fresh untuk belajar.

Masa kami Form 5, Sir Faisal ni pergi sambung study. Time tu baru rasa kehilangan cikgu yang best. Tapi nasib baik masa tu dah nak exam SPM so silibus dah sempat habis.

Nak tau result english SPM aku...cukup-cukup makan je janji kredit. Hahaha...

Send from my Windows Phone

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea