Tuesday, October 14, 2014

Kisah Aku dan Sunsilk Hijau

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:29:00 PM
Assalamualaikum wbt.

Godek-godek Nuffnang rupanya ada masuk iklan Sunsilk Silhouette utk CPUV  bulan ni. So tetiba rasa nak buat satu entry pasal shampoo la pulak. Hahaha...saje je nak membodek kot-kot iklan ni boleh bertahan lama.
Source: Google

Ok...soalan cepu emas...shampoo apa yang sesuai dengan rambut korang?

Ini cerita pasal shampoo yang aku guna selama ni. Nak kata cerita ni ala-ala hikayat pun boleh juga sebab lebih tertumpu pada keadaan flashback la.

Ingat lagi masa mula-mula shampoo Sunsilk ni keluar, aku ada try la juga shampoo ni sebab harga dia lagi murah daripada shampoo satu jenama yang aku guna pada waktu itu. Tapi amat malang sebab tak sesuai dengan rambut dan kulit kepala aku. Masa tu aku pakai jenis yang kaler hitam tu. Lepas tu aku memang fobia la nak guna shampu Sunsilk ni.

Tapi sampai satu tahap shampoo yang aku guna tu dah makin kurang sesuai dengan rambut dan kulit kepala aku. Nak nak sebab jenis bertudung, so korang tau la kan macam mana berkuapnye kulit kepala kita ni. Hari ni bershampoo, esok dah gatal dah kulit kepala ni. Rimas dibuatnya. Kelumumur pun makin banyak.

Lepas tu aku try tukar-tukar la shampoo jenama lain termasuklah shampoo Sunsilk ni. Masa tu aku dah start keje dah. Dan kebetulan Sunsilk keluar range shampoo baru khas untuk kulit kepala. Bila pakai je terus ok. Rasa gatal kat kulit kepala pun kurang. 
Source: Google

Tapi tak lama aku pakai Sunsilk hijau ni. Sebab lepas tu aku try Sunsilk pink pula yang khas untuk rambut lurus. Almaklumlah rambut aku ni ala-ala rambut singa. So dalam hati teringin la nak bagi lurus dan lembut sikit. Untuk Sunsilk pink ni aku memang pakai complete set la; shampoo,perapi, dan mask rambut. Serius cakap rambut memang lembut sikit. Tapi bab nak memproses rambut tu yang aku jadi malas tu. Last-last...hampeh.

Lepas tu tukar lagi shampoo jenama lain. Main aci try test pakai je shampoo-shampoo ni especially harga yang masuk budget. Time tukar-tukar shampoo ni kelumumur rambut aku memang aktif la. Lepas tu rambut jadi keras kejung sebab dah tak pakai conditioner.
Source: Google

So last-last aku berpatah balik dengan Sunsilk hijau ni dan juga conditionernya. Serius aku cakap, ini antara shampoo terbaik yang aku guna untuk rambut dan kulit kepala aku. Lepas cuci guna shampoo, lepas tu guna perapi dia...huhuh...terasa rambut yang ala-ala kembang macam rambut singa terus kuncup dan lurus. Rambut pun berbau wangi. En.Syg pun suka..especially dia punya perapi tu. Kalau lepas dia shampoo and pakai perapi mesti dia datang dekat aku dan cakap,"lembut tak rambut abg". So aku tau la dia dah paw aku punya perapi.

So, korang...apa pula cerita shampoo korang. Nak share boleh je..

2 uncang teh :

NabilaHasyim said...

nampak cun sgt mcm ni.

bila sofa tu jd divider, mmg sesuai.

saya nye ruang tamu, xtau la boleh buat mcm ni ke tak....

~*irjune*~ said...

tq Nabila Hasyim

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea