Friday, October 3, 2014

Power Bank

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:14:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Akhirnya..petang semalam sampai juga power bank yang En.Syg beli dari Lazada. Risau gak aku kot-kot tak sampai sebab ini 1st time kami beli barang dari Lazada. Rupanya Lazada guna courier Gdex. Hmmm....dah la En.Syg guna alamat kampung dia, risau juga aku kot-kot Gdex tak masuk kampung. Nyesal pula tak letak alamat rumah kami sendiri kat Kangar.
Inilah power bank yang En.Syg order tu. Aku tak ambil port pun bab order ni sebab yang aku bagi tau kalau boleh nak Amps dia lebih dari 10 ribu la. So En.Syg order yang 20ribu Amps. Harga pun ok...dalam 79 ringgit kot rasanya. Tapi tak tau la original atau tak. Kalau ikut kat dalam Lazada tu dia tulis ori la.

Tapi sebab nak saiz Amps tinggi, mak oii gila besor power bank ni. Dah sama saiz ngan wallet aku pula. Berat pula tu dalam 450gram. Maka bertambahlah berat handbag aku tu nanti.

Tujuan aku beli power bank dengan saiz Amps yang besar ni bukannya apa, senang aku nak cas handphone aku especially kalau dok selalu akses internet dan main game kan senang nak habis bateri. Ini pun sebagai persediaan aku time nak bersalin nanti. Dibuatnya aku boring tggu turn nak masuk labour room tu aku main game hp, tetiba habis bateri, tak ke kelam kabut aku nak cas. Ada power bank ni kan senang.

Selain tu sebab breast pump yang aku dah beli tu boleh guna power bank sebagai power supply. So tu pasal aku request kat En.Syg nak power bank dengan saiz Amps tu besor, supaya senang nak cas hp dan dalam masa yang sama boleh guna untuk breast pump.

Eh...aku tak story lagi ek pasal breast pump yang aku dah beli. Ok...nanti bila-bila rajin aku cerita la ek.

Ape pun...aku nak cakap..."tq Abg sbb belikan syg power bank ni. Syg assume ni hadiah birthday sayang la ek. Heheheh...Sayang Abg..."

4 uncang teh :

cik mah said...

Bgus2..mmg bergunalah gtu...

whooz said...

Sgt berguna time kat spital or time pantang nanti..hahahaha!
Along pun beli utk tujuan tu 😜

whooz said...

Sgt berguna time kat spital or masa dlm pantang nanti 😜😜😜

~*irjune*~ said...

hahha....mmg pun. Kalau tak...rasanya takde la nak merasa lagi guna power bank sbb asik charge hp cara biasa je.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea