Friday, October 30, 2015

Makanan Tambahan Yang Aku Amalkan Semasa Mengandung

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:09:00 PM
Assalamualaikum wbt.

Sembang-sembang lagi pasal tips - tips masa mengandungkan Umar Hayyan dulu. Sesambil sembang tu sesambil la aku nak ingat balik apa yang aku makan  masa mengandung dulu supaya kalau ada rezeki lepas ni boleh la nak ingat balik.

Masa mengandungkan Umar Hayyan dulu, Alhamdulillah memang mudah sangat. Bukan langsung takde alahan, ade tapi takde la teruk sangat macam pengalaman orang lain tu. Alhamdulillah masa awal mengandung tu aku masih lagi boleh masak untuk suami, masih mampu cium bau badan suami, dan masih boleh buat kerja dapur la. Dalam masa trimester pertama tu boleh kira ler berapa kali aku muntah atau loya yang boleh dikatakan agak teruk la juga.

Bila dah loya dan muntah ni memang akan buat perut dan tekak kita rasa sangat tidak selesa. Macam aku, bila lepas muntah rasa perit je tekak ni. Kadang-kadang macam ada benda tersangkut kat tekak tu. Sangat tak selesa. So untuk buat aku rasa selesa aku akan minum Gaviscone sesudu. Sebab aku selalunya muntah petang sampai malam, jadinya lepas muntah malam tu aku minum la sesudu Gaviscone tu. Memang rasa selesa especially kalau time nak tidur tu.

Masa awal mengandung dulu pun aku ni payah betul nak membuang. Dah nak jadi sembelit dah. Risau gak aku kalau asik meneran nanti jadi buasir. Selain tu dengan keadaan yang selalu meloya ni aku memerlukan sesuatu yang masam untuk dimakan. Masa mengandung dulu aku memang kurenggg sikit ngan asam-asam ni. Tengok mangga langsung tak teringin. Kalau makan mangga pun aku muntah. Ish...macam mana la dalam tv tu kalau nak bagitau wanita tu mengandung mesti gila nak makan mangga muda. Aku ni...langsung tak teringin betul.

Pasal sembelit aku ni pula, kawan aku syorkan makan ostematrix Shaklee untuk mudahkan aku memerut, aku try juga tapi tak serasi dengan aku. Tetap sembelit. Makan pisang, oren, yogurt...aku try...boleh la 2 3 hari memerut dengan tenang lepas tu jadi balik sembelit. Jadi pada suatu hari tu aku pergi le kat kedai yang menjual makanan yang diimport dari Arab. Nampak jus pati delima Gulsan. Bila baca kebaikan jus pati delima ni antaranya bagus untuk wanita yang alahan masa mengandung. Memandangkan aku tengah alah time tu aku pun beli la jus delima Gulsan tu. Aku amalkan sesudu pagi dan sesudu malam sebelum tidur. Masa mula-mula memang rasa masam sampai berkerut-kerut muka. Lepas dah beberapa kali, rasa sedap pula. Masam yang sedap, and ada rasa manis-manis sikit. Bila aku amalkan amik jus pati delima Gulsan ni, alahan pun jadi kurang dan yang paling best dapat memerut setiap hari. Seronoknya... En.Syg pun kalau dia 2 3 hari tak memerut, amik je jus pati delima Gulsan ni terus la tak cukup tanah lari cari toilet. Hahahah....Lepas tu kawan aku kata kalau amalkan pati delima ni dapat maintain HB elok. Aku tak tau la kan, tapi masa hujung-hujung peknen tu HB aku drop sikit tapi takde la teruk sangat sampai low. Still dalam julat lagi la. Masa HB drop tu ada stop kejap jus delima Gulsan tu. Bila amalkan balik HB aku naik semula. Alhamdulillah...

Selain tu aku amalkan makan kurma masa mengandung dulu. Macam yang kita tahu kurma ni makanan sunnah dan banyak khasiatnya. Jadi amat bagus untuk wanita mengandung mengamalkan makan kurma sebagai snek harian. Selain memberi tenaga, kurma juga memudahkan kita bersalin. Aku makan kurma ni sampai time nak masuk labour room pun dok mengunyah kurma lagi.

Susu...haaa...susu ni memang kena amalkan la. Perempuan mengandung memang digalakkan minum susu. Selain bagus untuk pembentukan tulang bayi, ianya juga bagus untuk tulang kita juga. Sebab, semasa pembentukan tulang bayi ni diorang akan serap kalsium ibu. Jadi ibu kene ready 2 kali ganda kalsium dalam badan untuk kegunaan dua orang. Masa mengandung dulu mula-mula aku minum susu Anmum macam biasa. tapi ada pula yang kata susu Anmum manis nanti anak besar. Yeke??? Bila bosan asyik minum susu Anmum aku tukar susu pula minum Frisomum. Pagi malam minum susu. Kadang-kadang sampai tiga kali aku minum. Tapi still tak cukup lagi tu. Ada sekali aku cramp kat opis, langsung tak boleh nak jalan. Pergi klinik doktor bagi lagi pil kalsium. Haaa...amik. Nak makan ostematrik takut nanti tak boleh nak memerut. Takpe, makan je pil kalsium yang doktor bagi ngan minum susu. Punya la banyak bekalan kalsium aku sampai kawan aku kata nanti anak aku cepat tumbuh gigi. Haaa...memang kot...umur 10 bulan dah 7 batang gigi. Kahkahkah.....so kawan-kawan yang peknen tu sila minum susu ye. Kalau tak boleh minum susu, amalkan pil kalsium ye atau ostematrik Shaklee.

Tak boleh nak minum susu lembu, haaa...silakan minum susu kambing ye. Masa mengandung dulu pun aku amalkan minum susu kambing dari jenama HiGoat. Sedap...tak bau kambing. Hahahah....Masa mula-mula tu aku beli susu kambing jenama apa ntah tapi berbau hamis walaupun dia kata takde bau kambing. Jenuh paksa En.Syg yang habiskan susu tu. Selain tu ada orang kata kalau kita amalkan minum susu kambing semasa peknen Insya Allah baby tak kena jaundice.
Nak minum susu soya sebab nak kulit anak putih? Aku tak galakkan sangat nak minum susu soya ni sebab nak bg kulit anak putih tu hanya mitos semata-mata. Tapi takde pula aku nak melarang korang tak minum susu soya langsung. Minum aje la cuma jangan amalkan. Sekali sekala nak minum tu boleh. Sebab ada sesetengah pendapat kata susu soya ni org Yahudi yang perkenalkan. Wallahualam. Aku pun tak tau la betul ke tak tapi terpulang la kan kat korang. Masa mengandung dulu ada la juga 2 tiga kali aku minum susu soya sebab teringin.

Lagi apa yang aku amalkan ek? Haaa...minum air kelapa. orang kata minum air kelapa ni bagus untuk kulit anak bersih dan takde kerak-kerak kat kepala. Aku takde la amalkan setiap hari pun. Tapi minum juga ler dengan kerap. Nak minum air kelapa ni seeloknya bila kandungan dah cecah 6 bulan keatas. Bila kandungan dah betul-betul kuat. Jangan minum semasa usia kandungan 6 bulan ke bawah. Haaa...silap hari bulan keguguran pula. Sebab air kelapa ni macam kuat juga. Kalau tak tahan memang boleh keguguran.

Selain tu last but not least, aku amalkan minum sesudu minyak kelapa dara pada waktu pagi dan sesudu sebelum tidur. Minyak kelapa dara ni banyak khasiatnya. Selain minum aku juga ada la 2 3 kali sapu minyak kelapa dara ni kat kawasan perinum.Orang kata untuk memudahkan kita bersalin. Kalau amalkan minum minyak kelapa dara bagus untuk kulit baby juga, nampak bersih je bila bersalin nanti. Selain tu masa aku amalkan kelapa dara ni pun amat memudahkan untuk aku memerut. Cuma tak sekerap masa aku minum pati delima Gulsan tu la.
Aku juga ada amalkan makan kismis dan buah cranberry kering yang aku beli dari kedai barangan Timur Tengah. Aku beli cranberry kering tu masa awal-awal peknen tu juga la masa tengah loya-loya sebab buah cranberry kering ni rasa macam masam-masam sikit. Kismis pula aku main aci hadap je kalau makan, takde ikut bilangan ganjil pun sebab sedap. Hahahah...

Aku rasa ini aje la kot yang aku amalkan masa mengandungkan Umar Hayyan dulu. Alhamdulillah...mungkin sebab apa yg aku makan masa mengandung dulu dan juga izin dari Allah swt, jaundice Umar cepat turun. Ada gak orang tanya aku amalkan makan apa masa mengandung yang boleh jaundice Umar turun cepat, haaa....inilah yang aku amalkan. Tapi aku tak tau la mana satu yang mujarab.

Apa-apa pun, semuanya kita kena berserah kepada Allah swt. Kita boleh berusaha tapi selebihnya hanya dengan izin dari Allah. Wallahualam

Notes: Semua gambar adalah diambil dari internet melalui Google.

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea