Thursday, March 27, 2014

Ruang Membaca

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:55:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Bila En.Syg bagi idea supaya rak buku dari dalam bilik dibawa keluar dan diletakkan diruang tamu. Aku rasa macam sedikit skeptikal sebenarnya. Yelah....pada imaginasi aku nanti nampak macam serabut. Tapi aku cool, aku just bagi syarat kalau nak ubah En.Syg kene punggah semua buku kat rak tu dan bawa keluar sebab aku malas nak buat. En.Syg ni satu je perangai dia, kalau dia nak satu benda tu, dia akan buat bersungguh-sungguh. Lagi-lagi kalau time tu aku tengah sibuk siapkan keje (buat keje sampai ke rumah) dan dia pula tengah kebosanan...lagi cepat dia buat.

Bila aku tengok En.Syg dah angkut rak dan buku ke luar...aku pula rasa teruja nak tolong menyusun. Hahaha....over tak aku. Tetiba je..."bling...bling" idea dekorasi pun keluar. Keje yang tak siap tu tolak tepi. Maka aku pun dengan bantuan En.Syg ape lagi...ubah sofa ke kanan....tolak sofa ke kiri. Lepas tu cepat-cepat keluarkan benda-benda yang boleh dijadikan bahan untuk deko. Teruja aku tetiba rasa ada satu perubahan kat ruang tamu rumah aku tu.

Dan hasilnya.....lihatlah...(hahahha...ayat tak boleh blah)
Ini pula antara koleksi buku yang ada kat rak ini. Ini baru separuh aje ni. Separuh lagi still diletakkan dekat rak yang kat dalam bilik. (baca sini ye)
Bila dah siap menyusun semua bagai, aku sendiri yang rasa teruja dan rasa best pula. Over tak aku. Keh keh keh. Tu atas meja tu sebenarnya adalah lampu labu sayung yang kawan aku hadiahkan masa aku kahwin dulu. Bila aku teruja nak pasang, tetiba lampu tak menyala. So ape lagi, En.Syg pun tanggalkan la kabel tu untuk dia baiki, tapi tak siap pun lagi. Jadi aku letak la kat atas meja tu. Plan aku, aku nak spray labu sayung tu dengan kaler marah. Baru naik seri sikit. Sama juga macam bunga tu. Tu bunga lama tu. Aku ingat nak cari bunga lain la yang kaler merah. Baru nampak cantik. Betul tak?
Ini pandangan daripada ruang makan aku. Masa tengah kemas ni rasa macam best dan cantik je rumah aku ni (ayat perasan ni). Lantai pun putih berkilat. Tunggu la sikit masa lagi kalau tengah malas atau tengah sibuk dengan kerja, lantai pun dah sama kaler kelabu dengan sofa sebab habuk banyak sangat. Hahahahhahah

13 uncang teh :

sYaFiNaS said...

salam kenal akak...waaa....cantiknya....suka2...jemputlah singgah blog nat yea...destinasi cinta blog...tq...

~*irjune*~ said...

salam kenal nat...tq sbb sudi singgah blog akak....simple je pun rumah akak tu..

sYaFiNaS said...

nampak je simple...tapi cantik and kemas je susun atur tu....

Fizah said...

cantik irjune susun...simple nn nice =)

~*irjune*~ said...

tgh kemas nat...kalau tengah sepah...takde nak cantik...anyway...tq ye...hehhee

~*irjune*~ said...

tq fizah...sy mmg suka yg simple2 je...tak serabut otak dan ruang pun nampak luas...

cik mah said...

Cantiknyer ruang tamu...seronok tgok...rak buku tunpun cantik...jemput join GA cik mah ye...

~*irjune*~ said...

tq cik mah..

rak buku tu rak buku ikea yang murah je.

Insya Allah kalau sempat akan join GA cik mah..

cik hani said...

irjune..
cantek..kemas jugak walaupun letak kat luar.
nak membaca pun senang kerusi pun ada depan tu jer

Ayu Rashid said...

Cantik kerusi 2 bijik tu...
*pada akak sesuai jer letak buku dan workstation kat ruangtamu. Lagi2 yg ada anak kecik. Senang nak manage

~*irjune*~ said...

cik hani....sbb dah letak kat luar kena la kemas selalu. kalau letak kat dalam bilik konpem akan bersepah selalu....hehehhe...

Ayu Rashid....ruang tamu saya kecil je. itu pun dah share layout dgn ruang makan. nak letak workstation memang payah la. ini pun nasib baik lps letak rak buku tu nampak ok...

Nor Arinee Mat Saaud said...

Pandangan sy sedikit berbeza...pd sy rak buku itu kurang elegent letak kat ruang tamu...semua yg lain ie langsir n lain2 dh nampak mahal tp ade rak tu mencacatkn ruang u.cheap item really looks cheap

~*irjune*~ said...

Nor Arinee Mat Saaud...tq for ur comment. Semua barang dalam rumah saya semuanya murah2 shj. Sy lebih pentingkan praktikal, kemas dan selesa. Barang murah kalau kena gaya nampak ok. Mungkin susunan di rak buku tu perlu diperbaiki, sbb pd sy rak buku tu perlukan lebih idea deko dan susun atur supaya nampak lebih sesuai di ruang tamu.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea