Thursday, December 17, 2009

Maal Hijrah 1431

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:16:00 PM



Hijrah itu pengorbanan,

Hijrah itu perjuangan,

Hijrah itu persaudaraan,

Hijrah membentuk perpaduan,


Itu bait2 lirik lagu nasyid maal hijrah. Betul...hijrah itu merangkumi semua sifat dan konsep 1 Malaysia yang di laungkan oleh Perdana Menteri kita. Pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan juga perpaduan. Tanpa itu semua, negara tidak mampu untuk terus kekal aman dengan rakyat yang berbilang kaum, bangsa serta agama.
Bagaimana dengan anda? Apa pengertian serta konsep hijrah anda?
Hijrah itu meluas maksud dan pengertiannya. Hijrah boleh meliputi perpindahan dari sikap negatif kepada positif, perpindahan dalam meningkatkan taraf hidup, meningkatkan nilai serta jati diri dan lain2 lagi. Pemahaman yang betul mengenai hijrah membolehkan kita merenung serta bermuhasabah mengenai diri sendiri dalam menambahkan nilai2 positif untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.
Selalu, kita pasti akan menanam azam baru setiap kali datangnya tahun baru masehi. Sebagai umat islam, keutamaan mestilah kepada tahun hijrah. Jadi sebagai permualaan terhadap anjakakan paradigma kehidupan ini, maka semoleknya kita menanam azam untuk tahun hijrah kebangggan umat islam sejagat.
Jadi..apa perancangan hijrah anda?
Insya Allah sempena kedatangan tahun hijrah 1431 ini, aku akan melakukan hijrah supaya....,
* menjadi seorang yang lebih positif dan optimis dalam meneruskan kehidupan yang lebih mencabar.
* menjadi seorang yang lebih berkeyakinan dalam meneruskan hidup.
* menjadi seorang yang matang seiring usia tetapi sentiasa muda sebagai tanda kegembiraan di dalam hati.
* menjadi seorang pekerja yang lebih berdedikasi dalam menjalankan amanah Allah.
* menjadi seorang pelajar yang sentiasa berusaha untuk berjaya.
* menjadi seorang yang lebih terurus dari segi masa dan disiplin.
* menjadi seorang hamba yang semakin patuh dengan perintah-Nya.
Untuk merealisasikan semua penghijrahan ini, banyak pengorbanan yang perlu di lakukan. antaranya:
* tak boleh selalu melakukan xtvt surfing bila tiba masa terluang. kena fokus kepada kerja dan pelajaran.
* tepati masa dan jgn jadi malas apabila ada masa terluang. <-- aku mesti tido bila ada kesempatan free time.
* buang semua sifat negatif terutamanya sifat merendah diri dan kurang keyakinan aku selama ni.
* korbankan masa bersama keluarga untuk fokus kepada pelajaran.
* korbankan keinginan hati dan perasaan supaya tidak hilang fokus dalam pelajaran. <--- untuk seketika aje.
Mungkin akan ada lagi byk pengorbanan yang perlu dilakukan untuk melaksanakan penghijrahan dalam diri aku. Tapi mungkin aku tak sempat nak fikir dan tak sempat nak taip kat sini. Tapi itulah yang nyata...setiap penghijrahan memerlukan pengorbanan. Kita tak mungkin mampu mencapai semua tanpa melepaskan sesuatu yang kita sayang. Itu hakikat. Jangan menjadi tamak sbb takut yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran.
Di kesempatan ini juga aku nak ucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada pasukan bolasepak Malaysia yang telah berjaya menyumbang emas kepada negara selepas 20 tahun memenanginya ketika Sukan SEA tahun 1989 di Kuala Lmpur ketika itu (masa tu aku umo 9 tahun). Ironinya...kemenangan mereka ini berlaku betul2 ketika umat islam sedang bersiap sedia untuk menyambut tahun baru hijrah 1431. Mungkin inilah hikmahnya....berkat doa seluruh rakyat Malaysia dan juga keizinan dari-Nya, akhirnya kemarau panjang pingat emas untuk bola sepak berjaya diperolehi setelah banyak pengorbanan dilakukan oleh para pemain. Diharapkan dengan kemenangan yang diperolehi ini akan meningkatkan kembali imej sukan bola sepak di mata kawan dan lawan.
Selamat menyambut Maal Hijrah 1431 H.

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea