Assalamulaikum wbt.
Rentetan entry Birthday Gift sebelum ini.
Alhamdulillah syukur...31 Ogos 2013..2 hari selepas birthday aku dan sesambil meraikan Hari Kemerdekaan ke 56 tahun. Dan juga mengambil berkat bulan Syawal. Akhirnya...Allah izinkan pintu hati aku terbuka untuk menerima jodoh pilihan-Nya. Amin.
Sebelum jam 3.00 pm, 31 Ogos 2013 - aku single lagi
Sebelum jam 3.00 pm, 31 Ogos 2013 - aku single lagi
Selepas jam 3.00 pm, 31 Ogos 2013 - aku dah pre-double. (Yang double lambat lagi laaaa)
Yeahhh....I'm officially En. Syg's fiancee.. (ayat galak tak hengat)
The moment aku dirasmikan sebagai tunangan orang...
Ini second action aku kena buat ala-ala cium tangan mak En. Syg. Action yang pertama failed sbb ramai yang tak sempat nak capture gambar. Tu buat aksi sambil control gelak. Kat sebelah tu adik aku dok cakap control-control.
Ini pula wajah kelegaan muka mak aku bila anak pompuan brutal dia akhirnya ada juga orang yang nak.
The hantarans..
Plan asal 5 balas 7. Tapi akhirnya...5 balas 11. Haa..amik kau. Dalam aku mati kutu dok pikir ape nak bagi, Allah bagi rezeki kat aku. Kawan-kawan mak aku yang baik hati dah sponsor 4 bekas hantaran yang berisi kuih putu beras, coklat dan juga agar-agar kering. Aku pula lepas tu terus jadi jeles sebab semua kuih itu nampak cantik dan sedap tapi aku tak boleh nak baham.
Inilah hantaran dari pihak beliau....tema warna hijau ala-ala hutan tropika siap ada burung dan rama-rama...
Ini pula balasan dari aku. Tema biru muda dan kuning ala-ala sarang burung dan reban ayam. Aku peduli ape, guna shredder paper tu yang paling senang. Hasil kerja tangan aku dan juga adik ipar aku. Kerja last minute ni. Tapi tetamu yang datang semua cakap cantik (thank you)...especially kat sirih junjung tu yang aku panggil sirih gam sbb semua daun tu aku gam. Payah sangat nak lekat guna pin. Dah la otak blank takde idea, mata pula mengantuk..yang aku tau janji siap.
Last sekali nak tunjuk muka-muka adik-beradik dan ipar-duai yang menyerikan majlis aku ni. Tq ye hampa sebab balik walaupun last minit punya plan. Aku kan suka buat SURPRISEEEE!!!!
Bila masa hampa ambil gambar ni tak panggil aku?
Tak lupa juga buat budak bambam ni yang seawal pukul 5.30 pagi dah buat false alarm sampai kejutkan semua orang dalam rumah.
Simple kan aku punya majlis. Plan last minit punya keje. Takde pelamin bagai macam orang lain. Budget ciput punya majlis. Panggil makan pun jiran tetangga dan anak beranak mereka aje. Apa yang penting..objektif majlis tercapai dan majlis berlangsung dengan jayanya.
Syukur pada Allah kerana mempermudahkan segala urusan.
Last but not least...the lord of the rings.....
4 uncang teh :
ala..pengantin sibuks nau ngan pre-double, kitorang camwhore la kat belakang..muahahaa...
habis tu dah disurunya amik gambo....so sibuk2 la ngan gambo pre-double
tahniah jun.... kami semua tumpang happy... :-)
tq siti....doa hampa semua juga...amin
Post a Comment