Showing posts with label hello kitty. Show all posts
Showing posts with label hello kitty. Show all posts

Thursday, January 30, 2014

Aksi Si Mokmok & Tilamnye

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:29:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Tengoklah aksi kucing aku ni sedang tidur. Amboi....nyenyak betul dia tidur atas tilam yang gebu tu.

Actually tilam tu mak aku buat untuk lapik dia untuk tengok tv kat sofa. Tapi datang kucing aku sekor nama Mokmok ni dia gi buat tempat tidur.

Haisy....kalo dia tidur atas tilam ni memang lena. Buatlah apa pun takde dia nak buka mata. Mengeliat lagi ada la.

Kucing-kucing. Nasib baik la kami satu famili memang sayangkan kucing. Jadi tidurlah ko wahai kucing sampai lena. Jangan ko berak atau memancut merata-rata sudahla....kalo tak....siaplah kena marah dengan kami.

Send from my Windows Phone

Monday, December 16, 2013

Fanatik Durian

masa minum teh ~*irjune*~ pada 6:44:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ini antara kucing aku kat kampung. Nama dia Tontot sebab ekor dia kontot. Antara kucing yang amat fanatik dengan durian. Tengoklah gambar ni. Menyerbu je bila nampak durian. Lepas dapat makan seulas dua, dia pun ok la.
Kucing korang suka buah ape pula?

Send from my Windows Phone

Wednesday, February 6, 2013

Cemek Dah Besar

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:04:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Anak kucing aku dah semakin besar, suka main-main dan sangat sengal. Inilah kawan aku dekat rumah bila aku balik dari keje dan bila terpaksa bercuti Sabtu Ahad di Perlis. Yang sekor lagi kucing aku tu sudah jadi samseng Taman Muhibbah. Almaklumlah kucing jantan. Sekarang ni muka cemek dah semakin berubah kaler. Dah ada hitam-hitam kat keliling mata dia tu. Konfem huduh la lepas ni.


Tuesday, December 4, 2012

My Siamese Kitten

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:11:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Lama dah tak update pasal kitten kan. Terperap pula gambar-gambar kucing aku dalam laptop ni. Ini adalah kisah mengenai kucing yang aku bela di Perlis.

Last time masa bulan puasa dulu, aku dapat sekor kucing Siam jantan yang pakcik jiran aku bagi. Kucing tu dia dapat kat masjid. So dia tanya la aku nak bela ke tak sebab kucing tu sangat manja dan jinak. Lepas aku gi check sendiri kat masjid tu, aku terus jatuh hati dengan dia. Walau pun dia dah besar tapi aku suka sbb warna mata yang hijau pastel dan kadang-kadang dah macam musang pun ada. So, jom berkenalan dengan kucing siam aku yang pertama iaitu SOMTAT.

Somtat

Baru-baru ni pula masa aku on the way nak balik rumah selepas balik dari Perak aku jumpa seekor anak kucing kat tepi jalan. Mula-mula tu aku dah terlepas jauh dari kucing tu tapi aku patah balik selepas aku kesian dengan anak kucing tu. Tapi memang dah rezeki aku, bila aku patah balik anak kucing tu still ada dan datang kat aku bila aku panggil. So ape lagi, kidnap, bawa naik kereta dan balik rumah la. Dan sekarang aku dah bela anak kucing tu dan kebetulan pula dia anak kucing betina yang macam kucing siam. So jom berkenalan dengan kitten baru aku iaitu MEK.

Mek

Hahaha...seiras kan kucing aku. Banyak yang cakap Mek ni adik Somtat. Corak yang sama dan maybe dari keturunan yang sama, Kucing  Siam. Tapi bulu Mek ni lembut sikit dari Somtat dan ekor pun lembut aje. Ekor Somtat pula ade terpatah sikit kat pangkal. 

Dua-dua kitten aku ni manja. Well kucing siam kan memang dikenali sebagai kucing yang manja. Kalau tengok keletah dua-dua ekor kitten ni memang lawak. Tapi Mek lagi manja kot sebab kecik lagi. Hahahaha....

Saturday, November 10, 2012

Kenangan Dahulu

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:01:00 AM 2 uncang teh

Assalamualaikum wbt


Dahulu, inilah keadaannya bila time makan. Berebut dan penuh serumah. Sekarang ni cuma tinggal separuh je kucing-kucing tu sebab half of the cats dah mati before and after raya. Tragis betul kematian mereka.

Rindu betul dengan suasana ketika kucing banyak. Sekarang cuma tggal kucing-kucing tua je.

Send from my Windows Phone

Monday, July 11, 2011

Cerita Si Broadband

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:08:00 PM 0 uncang teh
Ini saya nak bercerita......

Hai....nama saya Broadband. Kadang-kadang tuan saya panggil saya si jalur. Ada masa dia panggil saya si cedas. Macam2 la nama yang tuan saya panggil ikut sedap mulut dia je. Tapi tak kisah la kan janji saya ada juga nama. Oh! saya ni kucing betina. Nak tau kenapa nama saya jadi broadband....sebab corak bulu saya tu corak jalur so bila Puan Besar (Mak tuan saya tu la) bagi nama kat saya jalur lebar, tuan saya tukar pi panggil saya Broadband. Ntah ape ape ntah tuan saya tu.

Asal saya dari Perlis. Tuan saya kutip saya dan adik beradik saya kat tepi jalan. Bab ini memang saya berterima kasih kat tuan saya sbb sudi nak kutip kami adik beradik ni ikut dia balik ke Perak. Kalau tak mesti kami adik beradik mati kebuluran di tepi jalan tu. Oleh sebab kami dikutip dari Perlis, jadi Tuan Besar (ayah tuan saya) bagi kami gelaran Cucu Tok Perlis. Hmmm......ade kaitan ke?

Inilah adik beradik saya. Diorang ni memang kebulur makan. Tuan saya nak snap gambar pun diorang boleh tak perasan sebab kusyuk sangat menjilat buah durian. Tapi saya tegak aje sbb saya terkejut bila tuan saya snap gambar kami. Yang sebelah kiri kaler oren belang putih tu nama dia si kuning. Dia ni aje yang jantan. Manakala yang sebelah kanan tu nama di si lembik la, si lembab la....ikut suka ape yang tuan saya nak panggil la juga. Dia ni betina macam saya.

Masa kami mula2 datang dulu kami ni kecil la sangat.

Inilah saya masa mula2 sampai dulu.

Ini pula si kuning

Ini pula si lembik.

Ye saya tahu background gambar kitorang ni tak cantik, almaklumlah masa awal2 datang ke rumah tuan saya ni tak tahu lagi susun atur rumah jadi kat bilik air ini aje la yang sempat kami explore.

Sekarang ni kami dah besar sikit. Terima kasih kat tuan saya serta Tuan dan Puan Besar sebab sudi menanggung makan minum kitorang. Tuan saya tu siap bekalkan kitorang dengan makanan jenama Tesco lagi. Tapi ape pun favourite kitorang tentulah nasi dan ikan goreng. Nyum nyum nyum....memang makan sampai kenyang dan lepas tu boleh tido.

Ye...saya dengan si kuning memang kamceng sikit. Kami selalu buat honar dalam rumah. Main sana main sini, lari sana lari sini.

Si lembik ni pula memang suka buat hal sendiri. Tengoklah, dia ni memang selekeh sikit. Tuan dah bagi mandi pun suka main selekeh-selekeh.


Oklah, saya dah penat bercerita la. Nanti lain kali kalau tuan saya izinkan saya cerita lagi. Sekarang ni saya nak tido.

Ape lagi, saya nak tido la...bye....
 Tamat...............

Monday, May 30, 2011

Cucu Tok Perlis

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:40:00 PM 0 uncang teh
Orang cakap rezeki ni ade kat mana2. Aku cakap..yup betul. Dan rezeki tu boleh datang dalam bermacam-macam bentuk dan keadaan. Sama la macam rezeki yang aku dapat masa on the way nak balik Perak Jumaat lepas. Dah memang rezeki aku ditemukan dengan cucu Tok Perlis. Hahahha....terkejut ke? Bukan cucu tok Perlis betul la, tapi 3 ekor anak kucing yang comey2 belaka. Oleh sebab aku tak sempat nak bagi nama, jadi kat rumah kami gelarkan dengan gelaran cucu Tok Perlis; significant sbb aku jumpa anak kucing ni kat Perlis terus bawa balik kg kat Perak. Bab nama aku rasa tak kisah sbb nanti mak ngan ayah aku mesti bagi nama yang bang bang boom yang tak tercapai dek akal fikiran kat anak-anak kucing ni. Kalau tak percaya tunggu la.....

Cucu Tok Perlis

3 ekor anak kucing tu

Si kecik betina 1

Si kecik betina 2

Si kecik jantan

Nota_jari: Tetiba aku rindu plak kat cucu tok perlis yang tiga ekor ni. ahhahaha

Tuesday, February 15, 2011

Bila Kopi Bengang Dan Menunjuk Perasaan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:59:00 PM 2 uncang teh
Dah besar rupanya kucing aku si kopi a.k.a apon ni...Dah tahap anak teruna dah rupanya...Dulu kecik je sekarang dah besar...dah pandai nak mengorat kucing betina dah. Sekarang kalau suruh dia masuk lepak kat rumah, asik minta nak keluar je..Kalau tak bagi keluar merajuk tunjuk perasaan sebab cinta dia dihalang...wakakakka....

Nak tengok gaya apon tengah bengang sambil merajuk tunjuk perasaan...dia buat ala2 konon2 tengah tido tu...

Lepas tu dia pusing konon2 mengeliat sambil membuat renungan mata meminta simpati


Ini pula gaya tuan apon pula bila tengah bengang dan bebai sebab tak boleh nak buat assignment dan tengah tension...
Ada gaya tengah menurun sambil main dam aji tak? Hahahahaha....

Thursday, January 20, 2011

Pendaftaran Ahli Baru

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:59:00 PM 0 uncang teh
Akhirnya pada bulan ini maka bertambahlah bilangan ahli rumah aku lagi. Selasa lepas osmet aku telah berjaya kidnap seekor anak kucing dari kedai makan masa aku ngan dia balik dari lunch. Kesian kat anak kucing tu...masa nak masuk kedai dia blocking jalan...masa nak keluar dari kedai pun dia blocking jalan. Seolah-olah dia cakap.."ambil la saya, kesian la kat saya...bela la saya", (takde la dia cakap macam tu..kucing tu cuma miow2 aje...aku je buat ayat kasi gempak best skit).

Jadinya atas sifat prihatin sebagai manusia bertamadun maka aku bg persetujuan kepada osmet aku untuk bela anak kucing tu. Jadi kucing ni pun naik la kereta aku untuk dihantar pulang ke rumah aku. (Sila hati-hati dengan osmet aku sebab dia ni cat kidnapper di kedai makan...hahhahah)

Jadi kawan-kawan...diperkenalkan kucing ini yang diberi nama Maru (aku sound Maro) oleh osmet aku sendiri. Tapi oleh sebab aku ni jenis suka suki je nak panggil anak kucing ni...jadi aku panggil anak kucing ni cikenit...sebab dia kecik lagi.

alamak...minta maaf la ek...cikenit ni posing atas besen poo poo dia...almaklumlah baru lepas dimandikan oleh osmet aku....

Thursday, October 28, 2010

Growing UP

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:23:00 AM 0 uncang teh
Perhatian..ini adalah entri bergambar jadinya mungkin akan mengambil masa yang lama untuk entri ini loading keluar. Sila bersabar ye.

Satu masa dulu, exactly since 3 bulan lepas inilah budak - budak kenit yang aku ngan osmet aku bela....:





Sekarang, selepas 3 bulan.....:







Dah besar rupanya kucing2 kenit ni. Dah jadi anak teruna dah pun. Tapi nakalnya...mak aiiii...mmg riuh dengan suara aku ngan osmet dok membebel kat diorang je.

Koko yang kembang macho (evolusi pembesaran koko):










Kopi yang jambu (evolusi pembesaran kopi):











Gambar last ni dengan tetiba je koko dan kopi jadi alien.



 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea