Monday, December 2, 2013

Susun Beg Plastik

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:28:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Weekend tadi adalah masa untuk aku mengemas apa yang patut kat rumah tu. Kemas punya kemas, mata naik berbulu tengok beg simpanan beg plastik tersangkut kat rak simpanan aku. Dah lama nak kemas beg plastik tu tapi MALAS nak buat. Jujurkan aku. So weekend tadi dapat la sedikit kekuatan untuk aku kemas apa yang patut.
Inilah rupe tempat simpanan beg plastik aku. Dah nak muntah habis semua beg plastik tu dari tempat simpan. Keje senang kan, balik pasar ada plastik yang boleh guna just keronyok-keronyok je simpan dalam plastik biru ni. Tapi plastik biru ni pun ada jangka hayat juga. Punyalah menyumbat aje kejenye...dah terkoyak pun plastik biru tu. Sian.
Jadi aku usung plastik biru tu ke depan tv. Sambil-sambil mengadap tengok tv, sambil-sambil aku melipat plastik-plastik yang masih lagi elok untuk digunakan. Plastik ni bukan ape, aku guna untuk isi sampah je. Jadi dapatlah berjimat cermat duit belanja dapur tu daripada membeli plastik sampah aje. Betul tak?
Plastik yang siap dilipat tu aku susun dalam kotak kasut je. Tengoklah, kotak kasut pun togel aje. Orang lain gigih balut kotak kasut ni cantik-cantik...aku je yang malas. Aku susun plastik tu ikut saiz, daripada yang besar sampai ke saiz kecil. Senang nak ambil nanti. Bab nak balut kotak kasut tu nantilah dulu. Bila dah ada kertas pembalut baru kita balut ok.

9 uncang teh :

shida said...

kagum! sgt rajin kwn aku sorang ni

Petak Bunga said...

pernah buat.. tapi tak daya nak disiplin melipat tiap kali shopping.

Petak Bunga said...

pernah buat.. tapi tak daya nak disiplin melipat tiap kali shopping.

~*irjune*~ said...

shidah (pah).....biasa je mana ada yg nak dikagumkan.

~*irjune*~ said...

Petak Bunga...saya pun bukannya rajin sangat pun. Ini pun sebab ada sediit masa terluang....lepas ni konpem main aci sumbat aje

Shafiee Aiman said...

da penah buat tp kerajinan tu xlama..last2 jadi spt sediakala huhuhuhuu ~pn supik~

~*irjune*~ said...

Pn Supik....risau gak ni kalau kerajinan hanya separuh jalan. huhuhuhu

Fizah said...

kita pon lipat gaks :))

~*irjune*~ said...

hihihi....cara yang paling senang tapi memerlukan tahap kerajinan untuk melipat plastik

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea