Tuesday, October 26, 2010

Evaluation Form

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:32:00 PM
Setiap hujung semester selepas sesi pengajaran dan pembelajaran habis, student2 kat tempat aku ini akan diberi satu evaluation form untuk menilai keberkesanan subjek tersebut. Aku rasa bukan kat tempat keje aku aje, tapi kat tempat lain pun ade juga macam ni. Ending setiap semester adalah masa menakutkan oleh setiap pengajar untuk membaca komen2 daripada student2 mereka. Kalau komen membina yang positif....bagus la tapi ade juga yang bagi komen yang negatif dan tak kurang juga yang bagi komen out of topic yang ntah ape-ape ntah. Pada yang malas nak komen, ruangan komen tu akan dibiarkan kosong aje. Ok la tu...daripada mengarut lebih baik leave it blank.

Evaluation form untuk subjek yang diajar

Aku ingat lagi masa aku belajar dulu, selalunya aku akan rate setiap lecture aku tu 3/5 yang bermaksud lecture aku tu tak lebih tak kurang. Kira in the middle la. Walaupun lecture tu adalah lecture yang paling teruk, tak pernah la aku nak hentam lecture aku tu, sbb aku amat hormat setiap guru yang mengajar aku. Pada bab komen pula, kalau aku malas nak komen aku akan biarkan kosong aje tapi kalau rajin nak habiskan dakwat pen aku...maka komen yang aku bagi selalunya komen merapu aje. Pernah sekali masa tu ending semester tu adalah sebelum menyambut Hari Kebangsaan, so ape lagi komen aku adalah ucapan selamat hari merdeka le. Ade sorang lecture aku tu suka buat bunyi "bubble" bila dia tersasul, so aku komen, "Dr...sila kurangkan bubble anda". Ahahaha...takde kaitan kan dengan subjek.

Dah 5 tahun aku keje kat sini..dan dah 4 tahun aku terlibat mengajar budak2 diploma. Jadinya dah 4 kali la (dengan mengambil kira aku cuma terlibat mengajar pada semester dua sahaja) aku kena collect evaluation form budak2 ni. Macam-macam komen yang aku dapat yang kadang2 lagi nakal dari komen aku masa belajar dulu. Ada satu yang aku ingat bila student komen kata bas tak cukup, harga makanan mahal dan macam2 lagi la komen yang takde kaitan dengan subjek yang diajar. Masa tu nak marah pun ade nak gelak pun ade.

Tapi kali ni...untuk semester ni aku dapat komen yang paling buat aku tersenyum, tersengeh sampai habis kembang lubang hidung dengan kembang punggung aku ni. Hahahahha...

Komen yang membuatkan aku lupa daratan sekejap

Nota_jari: teringat masa nakal zaman gonjeng2 dulu. hahaha

2 uncang teh :

Azi said...

Lambat lagi la hang nak kurus....hehehehehehehe....

~*irjune*~ said...

akan ku usahakan...

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea