Monday, October 25, 2010

Set Pertama

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:26:00 AM
Orang lain dah lama berjinak-jinak ade set pinggan mangkuk atau set minum teh....aku pula baru terhegeh-hegeh nak beli. Itu pun lepas kene bebel dengan makcik aku....cakap aku langsung tak beli set pinggan mangkuk (dia bising sbb setiap kali dia balik Kangar dia kene guna pinggan hadiah sabun Daia je...hahha...tu la sape suruh husband dia usung sekali pinggan nasi yang mak aku bg masa pindah dulu...nasib la). Tapi aku beli set pinggan ni bukan untuk digunakan pun.....aku nak simpan sehingga sampai masa mengizinkan untuk digunakan, baru aku akan guna. Nak aku guna sekarang....minta ampun minta maaf...tak sanggup aku bila tengok adik sepupu aku yang umur 3 tahun tu macam askar jepun geledah umah je....nanti tak pasal2 habis hancur semua tu...dah la mahal...Sedangkan kucing aku pun dia boleh humban dalam pasu ikan...inikan pula set2 barang mahal aku....yaaa ampunnnn....tak sanggup aku.

Huh! membebel pula aku...ape yang nak aku citer pun dah terlupa. Berbalik pada set pinggan cawan aku tu, aku beli dengan kawan aku je. Set Akojaya...Beli pun lepas pikir 10000x tu..lepas congak tolak darap tambah bahagi...baru aku berani nak amik. Takde la mahal kalau untuk org yg kaya...tapi untuk aku yang bernafas pun dah tahap nyawa-nyawa ikan...kira mahal la juga. Lagi pula koleksi set pertama kan, mestila sayang. Cinta hati pertama... Perghhh!!! terasa bangga la juga (walaupun org lain ade set lagi mahal dr aku).

Inilah set makan malam 37 keping jenama Akojaya tu. Set Royal Garden. Bunga ros kecik2 ala English style. Pertama kali tgk gambar kat buku katalog dah jatuh cinta jatuh hati jatuh katil dah. Masa tu bulan puasa...kawan2 yang lain asyik order, aku pula tahan nafsu. Jadinya, siang malam terbayang. Lepas raya..dah tak boleh nak pujuk hati...terus masuk meminang set ni kat kawan aku....Mas kawin...ansuran boleyyy..kata kawan aku...

Royal Garden Set (credit to En. Google)

Set minum teh yang telah membuat aku jatuh cinta selalu

Aku ingat nak completekan set Royal Garden ni. Lepas ni nak belik tureen dengan set kaserol pula. Nak bagi lengkap semua. Dah dapat bayangkan, nak display dalam almari putih and letak kat ruang tamu....wah! tak sabarnya....

Nota_jari: betul-betul buat aku tak sabar nak beli dan ada rumah sendiri.


2 uncang teh :

kEruL said...

kak june...suke jugak set pinggan mangkuk tu!!! nasib boleh tahan nafsu lagi.hahahhaha...hari2 dok tgk katalog tu wakakakaka...

~*irjune*~ said...

tu la pasal kerul. ni pun tak bayo lagi ansuran nye. hehehhe....

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea