Monday, October 4, 2010

Bawal Dari Kelantan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:56:00 AM
Ini bukan cerita pasal ikan bawal...tapi pasal tudung bawal...ekekkeke

Pertama sekali...ucapan terima kasih kepada officemate aku, Puan Adyani kerana sudi menolong membelikan tudung bawal semasa pergi outstation ke Kelantan. Walaupun tudung tu berteraskan citarasa Puan, tapi it's look so nice.

Walapun sekarang ni banyak jenis tudung ada di pasaran, tudung bawal tetap maintain No.1. Aku kenal dan sedar kewujudan bawal ni pun masa musim Matrix kat USM dulu. Ada classmate tu pakai tudung ni...cantik...warna pun sweet tapi masa tu tudung bawal masih lagi sangat nipis dan jarang. Masa tu depa kata tudung bawal yang nipis, jarang dan kaler cantik tu bawal No.1. Ada pulak bernombor2.

Dulu2, tudung bawal ni cuma ada kerawang tepi je. Almaklumlah...Kelantan kan, glamer kerawang2 ni. So tudung pun depa kasi kerawang. Kerawang nipis harga murah...Kerawang tebal harga mahal. Tapi seriring dengan peredaran masa, tudung bawal skrg ni bukan setakat jahit kerawang, ada yang dah di jahit manik, ade yang dah dijahit sulam tangan, ada dah yang dilekat batu2 warna-warni....jadi pilihan pun pelbagai.



Inilah tudung yang aku pesan kat kawan aku tu. Walaupun kat Kangar ni ade je tudung bawal ni tapi kalau kat Kelantan pilihan dia lagi banyak. Warna dan corak pun pelbagai selain daripada harganya yang murah.

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea