Thursday, October 24, 2013

DIY: Frame Sudu Garfu

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:42:00 PM
Assalamualaikum wbt.

Maaflah, dah takde idea nak letak tajuk macam mana. Jadinya letak je tajuk entry kali ni "Frame Sudu Garfu" je. Semoga tercapai maksudnya.

Ingat lagi frame gambar Ikea yang aku cerita kat entry ni.. Sebenarnya frame tu aku beli 3. Konon nak letak 3 frame ni dekat dinding yang sama dalam satu baris. Sekali saiz dia gabak. Jadinya hanya 2 frame je yang aku guna. Kebetulan pula satu lagi frame ni ada rosak sikit. Nak return balik jauh sangat nak pergi. Jadinya aku gam guna gam pvc je.

Bila dah tinggal satu frame ni, aku plan nak letak kat dapur je. Kan ke dapur aku tu amat membosankan tanpa apa-apa hiasan. Jadinya mengambil idea yang pernah adik aku bagi tau dulu, aku pun plan nak membingkaikan sudu garfu aku. Nama pun hiasan untuk dapur, so haruslah ada unsur-unsur dapur tu sikit.

Plan awal nak guna sudu putih plastik and then aku spray warna pink je. Tapi bila jalan-jalan kat kedai jumpa pula sudu yang siap ada warna. Pink, biru, purple. Murah n tebal pulak tu. So aku beli je 2 bungkus, satu bungkus sudu, satu bungkus lagi garfu.

Mula-mula deko tu aku buat simple je. Just guna 4 sudu dan 4 garfu. Tapi tak cantik sangat. Huduh je aku rasa. Rupanya seperti kat bawah. Seperti ada sesuatu yang kosong...sekosong kosongnya (memang banyak kosong pun).
So, malam tadi aku pun merombak la cara nak susun sudu garfu tu. Walaupun tengah sibuk nak buat bunga tisu, amik kesempatan juga untuk DIY frame ni. Maka jadilah seperti macam ini.
Yezza...aku tambah border dengan riben pink yang sama warna dengan warna sudu tu. Baki riben yang guna untuk buat hiasan kat bunga tisu. So barulah rasa tiada kekosongan lagi. Jadi buat sementara waktu sementara nak tunggu En.Syg datang tolong drill lubang untuk sangkut gambar ke dinding, aku letak dulu frame ni kat atas meja sarapan ni.
Amacam..ok tak?

15 uncang teh :

Lilynn Wifey Sham said...

wah!! great idea dear.. :)

Lilynn Wifey Sham said...

wah.. great idea .. kretif u ni.. :)

~*irjune*~ said...

tq lilynn...simple idea je..

Fizah said...

wahh 3D lagi..:)

yana Jasni said...

heheh come

cik hani said...

ijuneeeee..cantek..terbaik laa.. serius cantek. match je garpu dan riben pink tu menaikkan seri diaa

~*irjune*~ said...

Tq fizah...:D
Tq cik hani...:-D
Tq yana Jasni....welcome to my blog :D

UMIE SUE said...

kagummmmmmmmmmm..cantiiikkknyeee..suke sue tengok

~*irjune*~ said...

tq sue. simple DIY je. welcome to my blog

MamaDaniel said...

cantiknya almari ofis... :D

JaJa_NoRLiza said...

2-3 kali gosok mata...sgt2 cantik dear! saya suka!

~*irjune*~ said...

Almari opis biasa je...tq MamaDaniel for coming here.

~*irjune*~ said...

Tq Jaja_Norliza.
awk pun boleh buat. Ini pun idea adik sy, sy just merealisasikan aje ikut cara sy.

shida said...

klu frust hati2.. takut jadi cita kassim selamat.. tp ni ok la garfu plastik.. kiki.. apapun, hg mmg kreatif

~*irjune*~ said...

hahahah....pah..mana ada nak frust jd lagu kassim selamat. tu akal pendek punya manusia. Insya Allah selamat oiii...

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea