Tuesday, March 22, 2011

Selamatkan Diri Dari Peragut

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:13:00 PM
Dah lama nak membebel pasal ragut meragut ni. Tapi baru kali ni berkesempatan. Sekarang ni banyak betul kes ragut. Dah berbuih pihak Kerajaan, pihak polis, penganalisis jenayah terkenal, Kamal Affendi dan orang awam yang prihatin bagi nasihat, bagi tips tapi ade yang tak amik hirau. Kesannya, kaki2 ragut buat tarian shuffle sbb leh kembangkan aktiviti ragut mereka.


Perasan tak, kebanyakkan mangsa ragut ni org perempuan. Orang Kelantan kata, "oang tino". Uh! bunyi yg bleh jadi double meaning. Dulu mangsa ragut ni pejalan kaki dengan penunggang motosikal. Sekarang ni pemandu kereta yang berhemah pun boleh jadi mangsa walaupun semua tingkap kereta dah ditutup rapat.

Kat sini aku bg tips untuk elakkan diri jadi mangsa ragut. Perlu diingat ini adalah tips pencegahan awal dan bukannya 100% berjaya mengelakkan anda daripada jadi mangsa ragut yang berikutnya.

Untuk pejalan kaki:
  1. pastikan anda berjalan bertentangan dengan laluan arus dan pastikan beg tangan anda dikepit disebelah dalam bukannya di sebelah tangan yg satu lagi.
  2. lagi bagus kalau anda jangan bawa handbeg. Bawa aje wallet bila nak berjalan so that peragut takkan meragut handbeg anda.
  3. Jangan pakai barang kemas yang terlalu banyak. Bahaya. Bayangkan kalau peragut tu meragut rantai, macam nak hadapi hukuman gantung aje. Bagi yang pakai tudung, mungkin satu kelebihan sbb peragut susah nak ragut rantai anda, tapi bagi yang free hair, better sorokkkan aje barang kemas anda tu ketika anda berjalan atau jogging.
  4. peragut sekarang ni bukan aje meragut di jalan raya, kawasan perumahan pun diorang boleh buat aktiviti mereka. So, be carefull. Mata anda hendaklah mengawasi setiap pergerakkan org2 disekeliling anda.
  5. Bawa aje beg plastik masa jalan2 sbb peragut tak suka nak ragut beg plastik. Tapi kalau dah banyak sangat org sarankan beng plastik, mesti satu hari nnt peragut akan meragut beg plastik plak.
  6. Kalau dah degil sangat nak bawa handbeg masa jalan2 tu, kuarkan handphone, wallet dan kunci kereta anda dan simpan dalam poket seluar atau baju kurung.

Penunggang motosikal:
  1. Ini pun satu lagi kebiasaan akibat kedegilan orang perempuan bila menunggang motosikal. Suka sangat letak beg kat raga motor tu. Kalau macam tu memang senang la nak diragut. Dah la letak beg dalam motor, pastu tali beg tu dibelit2 kat handle motor atau pun cermin sisi. Bila kene ragut, confirm la korang tertungging kena hempap motor. Memang tade akal betul.
  2. Kalau korang perasan, bawah seat motor atau skuter korang tu kan ade lobang. Kalau skuter lobang tu buat simpan helmet bila parking. So gunakan la bila menunggang. Simpan handphone dan wallet anda dalam lobang tu. Kalau lobang tu besar, boleh je simpan handbeg anda sekali.
  3. Kalau tak nak simpan dalam lobang tu, kan ke korang akan pakai sweater masa menunggng tu, simpan je handphone dan wallet tu dalam kocek sweater tu.
  4. Ada gak yg galas handbeg pastu pakai sweater masa menunggang. Ok la tu tapi tak praktikal sbb peragut still boleh nampak handbeg tu.
  5. Kalau dah takde lobang kat motor tu atau takde poket atau tak pakai sweater, korang selit je wallet ngan handphone tu kat pinggat suar korang masa menunggang. Confirm selamat.

Pemandu wanita:
  1. Ini satu hal, kebiasaan wanita suka sangat letak beg kat tempat duduk sebelah pemandu atau atas riba. Korang ingat kalau korang dah tutup tingkap tu beg korang selamat ke? Takdenye...sekalu peragut tu hayun kyu besbol je dah pecah tingkap kereta korang tu.
  2. Macam selalu, masa memandu simpan handbeg anda tu. Banyak kan pemandu wanita suka bawa kereta auto, jadi takde masalah kalau anda sorokkan beg anda tu kat bawah kaki anda. Kalau kereta manual pun boleh ape, sorok bawah seat.
  3. Bila suruh cakap macam tu kata, letak hanbeg atas peha senang nak keluarkan wallet masa bayar tol. Haaa...ye la tu...senang nak bayar toll senang gak nak suruh peragut amik beg anda. Jadi sekali lagi, keluarkan la handphone dan wallet anda tu dr dalam beg semasa memandu.
  4. Tapi jangan pula bila dah keluarkan wallet ngan handphone tu anda letak kat seat sebelah pemandu. Tak de maknanya la kalau macam tu. Jadi, letakkan la benda2 berharga tu kat tempat macam celah2 kotak gear dan handbreak ke, kat dalam kotak simpanan yg kat gear bocx tu ke.
  5. Kan ke sekarang ni semua kereta ade tempat selit majalah kat pintu tu, jadi ape salahnya letakkan barang2 berharga anda disitu.
  6. Kadang2 ade gak yang letak handbeg diorang kat tengah2 kat area handbreak tu...ok la tapi kurang praktikal sikit.
Itu aje la tips2 yang aku boleh bagi sebab aku dah amalkan dah. Alhamdulillah setakat ni masih lagi dipelihara daripada kejadian yang tak diingini. Ape pun berwaspada adalah langkah yang perlu diambil untuk elakkan peragut.

Tapi kalau peragut tu adalah seperti yang dibawah.....ok part ni aku no komen.

2 uncang teh :

Anonymous said...

I hope you will keep updating your content constantly as you have one dedicated reader here.

online pharmacy

shida said...

kalu letak kat tempat letakkai penumpang belakang rasanya ok tak?

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea