Wednesday, November 13, 2013

Kemas Kabinet Bawah Pula

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:14:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Semalam aku cerita pasal kabinet gantung. Hari ni aku nak cerita pasal kabinet bawah pula. Sebelum ni aku pernah stori pasal kabinet bawah ni yang belum kemas kat sini.

Seperti yang aku mention dalam entry sebelum-sebelum ni yang kabinet bawah aku jenis takde partition. Takde dinding-dinding atau rak macam kabinet kat rumah orang lain. Kontraktor ni memang buat macam tu. Dia just pasang pintu je and takde dinding yang memisahkan ruang. Jadi menjadi sangat mencabar untuk diri aku macam mana nak menyelesaikan permasalahan ini.

Solutionnya kena beli rak la. Jadi bingung lagi sebab ade ke rak yang bersaiz besar sebab aku nak buat letak periuk belanga aku. So end up aku dapat idea untuk guna rak kasut. Mula-mula tu aku nak beli rak kasut jenis kayu kat Tesco aje. Tapi masa tu mana menyempat nak gi jelajah Tesco, so aku beli la satu rak kasut kat Econsave je. Rak kasut ni jenis plastik dan ada warna tau. Aku ambil warna merah satu. Itu yang first aku beli. Second time beli masa pergi Giant pula. tengok ada rak jenis yang sama aku beli macam kat Econsave. So aku rembat lagi. Kat Giant ni dia jual rak kasut tu terus sekali 2. Ok aku rembat sebab harga pun leih kurang je macam yang aku beli kat Econsave tu. Jadi sekarang aku dah ada 3 rak kasut untuk susun periuk belanga aku.
Inilah rak kasut yang aku beli kat Giant tu. Untuk rak ni aku buat tempat letak periuk aluminium tu dengan non-stick pan. Aku ingat nak beli lagi rak kasut ni nak bagi jadi 3 tingkat tapi tersangkut pula dengan bontot sinki. Terus tak jadi tak jadi nak beli.
Ini rak asal yang aku beli kat Econsave tu. Aku letak kat bawah dapur. Tapi kat sini takde barang sangat nak simpan sebab.....yelah sebab....pikir sendirilah. Hahahaha. Kat bawah dapur ni juga aku letak bekas beras. Mula-mula tu nak letak kat atas tapi rasa macam bekas ni gila gabak punya besar. Tu pasal aku sorok simpan kat bawah je. Kat ruangan ni juga merupakan laluan tong gas aku untuk keluar masuk. So lepas ni kalau nak tukar tong gas tu kena punggah semua yang ada kat sini baru boleh tong gas tu gerak. Ayoooo...
Ini pula keadaan dibawah sinki. See...nampak tak rak kasut warna biru yang aku buat letak periuk belanga aku tu. Tu buktinya kabinet aku ni takde partition. Untuk bawah sinki ni nasib baik muat-muat besen pemberian mak aku yang warna biru tu dan juga periuk kukus. Kalau tak jenuh gak nak cari kawasan untuk nak menyimpan sebab dua benda ni kira jenis besar punya saiz. Lepas tu aku beli rak putih Daiso tu buat letak balang-balang kuih raya dan juga bekas -bekas plastik yang lain. 
Kalau nak diikutkan ruang kat bawah ni memang besar. Saiz 2 kaki kot. Tapi jadi terencat idea nak menyusun tu sebab takde partition (alasan je....hahahaha). Memang kena kreatif betul. Nasib baik ada juga blogger kat luar sana yang share entri pasal susun atur. Jadi boleh juga dapat sedikit sebanyak idea untuk mengemas.

Nota_jari: Maaflah gambar kurang berkualiti sebab snap guna henpon je. Ahkak takde budget nak beli kamera hebat lagi. Huhuhuu

8 uncang teh :

yana Jasni said...

hehhe sama la, saya kemas pun macam ni jugak.....kemas uu..

yuyuy akley said...

Sy punya kc bawah sinki tu pun xde partition.. Nyampah btul heh.. Neway good idea guna rak kasut.. Lgpun rak kasut lebih kukuh.. Hurm boleh gak la nk g carik rak kasut hihi

cik hani said...

kemas macam ni dah ok laaa..
at least tak bersepah..

rumah saya dapur tak proper sangat sebab takde cabinet.susah nak kemas

~*irjune*~ said...

Yana jasni...saya kemas bila vitamin R berkesan je...hehhe

~*irjune*~ said...

yuyuy akley...aaa...guna rak kasut je. tapi jangan guna rak kasut yg condong tu..beli rak kasut yang tak condong...selamat mencuba

~*irjune*~ said...

cik hani...takde kabinet pun takpe janji kemas. kalau kreatif lagi ok...

Fizah said...

oo ni laa idea yg sama ngan nas tu kan...mmg bagus idea2 korang ni tau...jimat ruangggg....gudjob! :)

~*irjune*~ said...

Yup Fizah...idea guna rak kasut sebagai rak dalam kabinet dapur. Tapi Nas guna rak kayu, saya guna rak plastik aje.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea