Tuesday, May 15, 2012

The Avengers

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:12:00 PM
Korang dah tengok ke citer The Avengers ni. Haish....ini filem sangat meletup pun korang tak tengok lagi. Rugi ooo kalau korang tak tengok lagi citer based on komik Marvel ni.


Aku pun sebenarnya baru je gi tengok weekend lepas. Sibuk punya pasal dengan acara holiday dan konvo menyebabkan aku gi tengok pun dah kira last minit punya tengok la. Tapi mantapppp.....panggung still penuh lagi.

Part paling aku suka dan nampak lawak adalah adengan Dr. Benner dtg ke kota NY naik motor masa time kena serang dengan alien tu. Hahaha...itu mmg part kelakar. Tapi dah nama pun citer ni based on komik so ape kisah kan kalau ade satu dua scene bangang dan kelakar atau tak logik.

Tapi dalam banyak2 watak ni aku rasa watak Tony Stark a.k.a Iron Man yang paling menonjol. Kadang2 macam terasa tengah menonton filem Iron Man 3 la plak (sbb watak Nick Fury dan Natasha Romanoff pernah muncul dalam Iron Man 2).

Secara keseluruhan aku amat2 berpuas hati dengan citer ni. Terasa macam nak tengok lagi pun ade gak. Tapi fulus la plak kurang budget.

Dalam kita asik sibuk buat review citer The Avengers 2012 ni, sebenarnya filem ni dah pernah dibuat  pada tahun 1952 (filem ni watak Hulk takde) dan pada tahun 1978 pula baru ade watak Hulk. Tapi dalam ketiga2 versi filem ni, aku suka nak tarik perhatian korang kat watak robot Iron Man tu. Boleh tengok tak evolusi Iron Man tu yang berkembang mengikut peredaran zaman. Hahahahaha.......

Ini Premake The Avengers tahun 1952


Ini pula The Avengers tahun 1978


Ini pula versi The Avengers 2012


Nota_jari: Credit to Google and Youtube for picture and videos

2 uncang teh :

Asma Azuani said...

yup memang best. sis dah tengok. sis paling sukaaaa iron man! paling tak suka yang panah-panah tu ntah ape ntah nama die lupa dah haha.

~*irjune*~ said...

yg panah2 tu nama dia Hawkeye aka Agent Benson. Tapi nampak smart aje bila dia start panah2. Paling tak bleh blah bila Hulk tumbok Thor lepas dia lawan dengan Loki....hahahhaha

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea