Thursday, May 24, 2012

My Best Friend Wedding

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:17:00 AM
Assalamualaikum...

Ini entry special untuk kawan aku, Yani merangkap bestie aku gak. Selepas 12 tahun berkawan,sejak dari USM sampai sekarang, melalui susah senang bersama2, riang, suka, duka, gembira....akhirnya tanggal 20 Mei 2012 aku terpaksa melepaskan dia menjadi milik org lain. Maka pada tarikh keramat tu adalah hari terakhir aku menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang sahabat...iaitu meraikan majlis perkahwinan dia.


Kenangan aku dan dua org bestie aku masa gi bercuti ke Penang tahun lepas

Perjalanan ke rumah kawan aku si Yani tu umpama seperti alien turun ke bumi. Naik bukit turun bukit. Kiri kanan nampak kelapa sawit aje. Inilah pengalaman pertama aku pergi kenduri sampai area Felda Keratong. Walaupun kak ipar aku tu asal Keratong juga tapi masa kenduri abang aku tu dulu aku tak pergi pun. Sebelum ni bukan tak pernah pergi rumah area2 felda tapi mengikut pengalaman aku, inilah felda yang paling jauh kedalam yang pernah aku masuk. Maybe sbb ini first time aku drive sendiri kot. Sebelum ni aku kecil lagi, so ngikut aje la famili aku.

Perjalanan aku ke Keratong ni memang take time juga la. Banyak tempat gak la aku transit. Perlis-Perak-Shah Alam-Batu Pahat-Keratong-Batu Pahat-Shah Alam-Perak-Perlis. Hah...pengsan tak tengok tempat -tempat aku transit hanya semata2 nak sampai Keratong. Kalau mcm ni kawan aku tu tak hargai lagi, aku pun taktau nak kata ape dah. Penat siot travel jauh2 ni tapi demi kerana kawan seorang ni, aku hadapi juga la walaupun terasa diri ini seperti alien turun dari langit. Hehehehe...


Hadiah kahwin special untuk Yani sempena 12 tahun kami berkawan

Aku gi kenduri Yani ni of course la dengan sorang lagi bestie aku si Rafeah. Suka benor si Rafe ni bila aku mention nak tumpang tido kat rumah dia di Batu Pahat. Masa sampai kampung dia ni, terasa macam balik ke kampung sendiri la pula kat Bagan Datoh tu. Oooohhh...aku rindu nak balik rumah mbah rupanya....

Antara kami bertiga ni memang Yani yang selalu akan leading dulu. Masa habis belajar dulu, dia yang mula2 dapat keje. Masa tu aku dengan Rafe ni masih lagi terkial-kial cari keje. Time tu Yani dapat gaji riban2, kami berdua ni cuma berpuas hati dengan gaji pembantu kedai buku (aku ler tu) dan gaji kerani (Rafeah). Lepas tu Yani juga la yang awal2 tukar kereta dari Iswara 2nd hand (masa ni aku takde kereta lagi) kepada Pegeot 306 kalau tak silap aku. Dan aku serta Rafe cuma mampu tumpang aje la Pegeot itu sbb kami cuma mampu pakai Kancil je sehingga sekarang. Kad kredit pun Yani juga la yang mengajar kami guna sebab dia yang 1st time guna. Masa tu gaji aku tak mampu lagi nak amik kad kredit. So bila datang bab jodoh, Yani juga la yang lead, sedangkan aku dengan Rafe masih lagi mencari. Hahahha...nampak sangat dia lead semua benda kan. Tapi tak pe hidup kena enjoy, jangan gopoh...biar lambat sedikit tapi berbaloi. Hahahahaha

Sampai rumah Yani dah pukul 1.30 pm, kami disambut oleh mak Yani. Bila mak Yani nampak kami, nampak sangat muka terharu dia. Mungkin dia tak sangka kawan baik anak dia sanggup datang dari jauh. Aku dari Perak (actually dari Perlis) dan Rafeah pula dari Batu Pahat (satu parlimen dengan husband Yani).


Sempat snap picture dulu sebelum Yani bersanding. Macam nak amik seri pengantin tapi tengok la..mcm seri aku dah kena curi dek pengantin.

So lepas kami penuhkan perut dengan makan nasi minyak Yani, tunggu sekejap untuk meraikan pengantin, tepat pukul 3 pm kami terpaksa gerak balik ke Batu Pahat sebab mlm tu aku kena balik ke Shah Alam juga. Maklum la, adat meminjam kereta orang, kena la pulangkan on time. Ape pun aku akan sentiasa doakan kebahagiaan Yani dan husband dia semoga kekal ke akhir hayat.


Sekarang tinggallah aku dan rafeah untuk meneruskan aktiviti cuti-cuti Malaysia bersama-sama

Kepada Siti Haryani bin Razali, selamat menempuh episod baru sebuah kehidupan. Aku sayangkan kau selalu.

3 uncang teh :

Rafeah Sapari said...

syahdu ler pulak..huhu

~*irjune*~ said...

hahha...sometimes bila teringat mmg syahdu la skit.

Siti Haryani said...

terharunyer aku.. thanks girlsss...

(^_^)

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea