Saturday, November 24, 2012

Lampu Gasoline

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:03:00 AM

Assalamualaikum wbt.


Kenal ke dengan spesis lampu gasoline ni? Kalau tanya dengan budak-budak sekarang mesti diorang take time nak cam benda ni. Iyelah, kalau kita kata benda ni lampu, mesti budak-budak kata bukan, sebab tak keluar cahaya pun.

Lampu gasoline ni ada kenangan dengan diri aku. Bila tengok lampu ni mesti teringat dengan arwah mbah lanang aku. Ok..aku ni kan mix n match jadinya separuh jawa separuh banjar, separuh mak separuh ayah. Haaa....hahaha...

Dulu masa awal tahun 80an tak semua rumah ada bekalan elektrik, termasuk la rumah mbah aku. So, bila balik ke rumah mbah, petang-petang bila nak masuk maghrib mbah aku pun start la nak hidupkan lampu gasoline tu. Masa tu kalau nampak mbah aku bawa turun lampu dari penyangkut tu, aku dengan abang aku pun ready la duduk dekat-dekat mbah aku nak tengok dia hidupkan lampu gasoline tu. Kanak-kanak kan...tengok benda pelik sikit sure teruja.

Mula-mula nampak api tu kecil aje, lepas tu bila mbah aku pam minyak gas tu makin lama api tu makin besar dan jadi lampu. Lepas tu mbah aku letakkan penutup dan sangkut kembali ke penyangkut kat alang rumah. Masa tu hati pun girang bila nampak rumah mbah yang kelam kembali bercahaya. Dah macam rumah yang ada lampu elektrik je.

Tapi sekarang payah nak jumpa dah lampu gasoline ni. Lagi-lagi bila semua rumah dah mampu nak ada lampu elektrik. Kalau ada pun lampu gasoline cuma jadi barang perhiasan aje.

Al-Fatihah untuk arwah mbah lanang, Haji Selamat bin Haji Abd. Salam.

Nota_jari: credit picture to uncle Google

Send from my Windows Phone

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea