Sunday, November 18, 2012

Pil Maharani

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:14:00 AM
Assalamualaikum wbt.


Bila umur dah masuk era 30an ni, kena la lebih concern pasal bab kecantikan. Bukan setakat dengan cara pakai mekap aje tapi juga penjagaan dalaman. Lagi-lagi dengan status yang single ni, so tak nak la muka ni berkedut atau badan tak fit jika dah sampai seru jodoh tu. Ahaks...perasan la pula.

So, atas kesedaran yang boleh dikira lewat la juga, aku pun try la makan Pil Maharani ni. Pil ni dah lama ade kat pasaran dan aku tau dia ujud since tahun 2005. Tapi time tu umur muda remaja lagi, mana fikir bab jamu-jamu ni. Yang tau dalam otak bila dapat gaji nak beli baju, beg, kasut dan alat mekap. Nak beli barang penjagaan kesihatan...jangan harap la.

Menurut keterangan kawan aku yang jual pil ni dan testimoni daripada pengguna yang aku Google dari internet, Pil Maharani ni banyak keistimewaannya. Antaranya;

  1. Menambahkan tenaga dan darah. Menyelaras kitaran haid dan mengawal keputihan.
  2. Melegakan ketidakselesaan kitaran haid dan putus haid (monopous).
  3. Menyelaras rembesan endoktrin dan sistem pembiakan wanita.
  4. Menguatkan tenaga dan stamina.
Walaubagaimanapun, Pil Maharani ni tak sesuai diambil oleh ibu mengandung, tidak sesuai ketika selesema dan jika mengalami haid berlebihan lebih baik merujuk pada doktor yang pakar.

Perlu diingat Pil Maharani ni adalah persediaan herba yang mana bukanlah ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit. Jadinya lebih baik berjumpa doktor jika berlaku keadaan yang tidak menyenangkan.

Nota_jari: picture credit to Google.

Send from my Windows Phone

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea