Saturday, November 17, 2012

Keriangan Buah Keriang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:15:00 PM
Assalamualaikum wbt.


Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, tahukah anda apa itu buah keriang? Aku nak cerita details pun tak berapa pasti tapi kalo korang google, memang ramai bloggers yang dah open entry pasal buah ni.

Bila aku google pasal buah ni rupanya nama lain buah ni adalah keriang dot dan saiznya sangat besar. Sedangkan buah keriang yang aku jumpa masa time kecil-kecil dulu saiz dia kecil sangat. Rupa-rupanya buah keriang ni ade dua jenis, dan banyak terdapat di negeri utara tanah air.

Buah keriang ni aku jumpa masa time aku kecil-kecil dulu. Masa tu ade satu pokok keriang besar sepemeluk kat tepi jalan sebelah sawah. Tapi time sawah tu ditambak untuk dibina dewan orang ramai, pokok tu pun secara tiba-tiba lenyap, kena tebang. Sekarang ni pokok keriang ni memang payah nak jumpa. Aku gelarkan spesis pokok yang dah pupus.

Masa kecil-kecil dulu asal petang lepas asar je mesti aku dengan geng sekampung beramai-ramai pergi kat pokok tu, memanjat untuk petik buah keriang. Sebelum tu dah ada yang get ready bawa air utk basuh buah tu dan garam untuk digaul dengan buah tu. Lepas makan, masing-masing menyengih tengok gigi, lidah dengan bibir dah transform jadi kaler ungu gelap.

Hai...bila ingat balik memori daun pisang masa kecil-kecil dulu memang buat aku senyum. Nakal juga aku dulu. Hehehehehe.....

Nota_jari: picture credit to Uncle Google.

Send from my Windows Phone

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea