Assalamualaikum wbt
Orang cakap, kalau dah kaki shopping tu tak perlu nak jalan jauh ke mana-mana kedai semata-mata nak beli barang yang diidamkan. Sekarang ni teknologi makin canggih, kedai-kedai online bertabur kat internet, cuma klik klik dan klik aje, semua dapat. Yang penting rajin surf dan buat kajian. Kira surt kat internet ni macam window shopping kat dunia nyata.
Gitulah diri aku ni. Dah kaki shopping tapi bukan tahap shopaholic la lagi. Masih lagi boleh dikawal ketagihannya. Hahahah...
Ok..back to the story. Last two week aku dapat satu email ni pasal satu website yang offer jualan dalam talian. Aku pun tak tau mana diorang dapat email aku ni. Jadinya, aku pun pergi la ziarah website tu. Oooo...rupanya website ni menawarkan jualan kupon untuk produk dan perkhidmatan. Skroll la ke bawah dan ke bawah dan ke bawah, jadi aku berkenan la dengan satu barang ni. Look like blender tapi bukan blender. Lebih kurang mcm botol shaker tapi bukan shaker. Harga pun boleh tahan la selepas diskaun iaitu below 100. Kira ok la kalau nak try test beli. If jadi apa-apa takde la rasa kerugian sangat. Selidik sikit, rupanya ia adalah blender untuk membuat jus buah dan botol dia tu boleh terus di gunakan sebagai tumbler, dan dikenali sebagai Shake 'n Take.
Rupa kotaknye
Rupa blender dan tumbler
Kalau ade sesapa yang berminat boleh la buka ke website Streetdeal. Streetdeal ni sebenarnya hanya menjual kupon diskaun. Jadi kita kena beli kupon ni dan selepas itu kena redeem la. Tapi of course la kene regiester dulu. Selepas kita beli kupon ni secara online, pihak Streetdeal akan email kupon voucher tu kepada kita. Selepas tu kita kena save dan print, dan pergi redeem la dalam tempoh yang dah ditetapkan. Untuk sesetengah produk macam barang yang aku beli kat atas tu, aku tak perlu pun print dan pergi redeem ke kedai dia, aku cuma perlu masuk ke website sebenar yang jual barang tu, key in code belian yang ada kat atas kupon voucher tu dan selepas tu just upload kupon voucher yang aku dah save tu. Dah siap semua proses tu, kita akan dapat email confirmation daripada pihak yang jual barang tu, dan tunggulah dalam tempoh 2 minggu maka barang tu akan sampai.
Untuk barang yang aku beli tu status dia adalah free delivery in Peninsular Malaysia. Jadinya kos penghantaran adalah percuma. Ada juga barang yang tak state pasal free delivery tu, so itu maksudnya kos penghantaran kita kena bayar la. Penghantaran adalah melalui Skynet. Senangkan.
Setiap offer diskaun ni ada tempoh masa dia. Kalau dah habis tempoh tu maka dah takde offer dah la atau kene tunggu next offer kalau ada. Kiranya Streetdeal ni macam Groupon dan Stardeal. Tapi belum pernah membeli melalui Groupon atau Stardeal ni lagi.
So kalau ada yang berminat, boleh la window shopping dia sana ye.
0 uncang teh :
Post a Comment