Tuesday, February 26, 2013

Kasi Cucilah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:10:00 PM
Assalamualaikum wbt

Entry pasal kekasih hati lagi iaitu rumah kesayangan ku. Kali ni pasal aktiviti mencuci rumah pula. Weekend lepas aku telah mengerjakan rumah aku untuk dicuci kasi sampai bersih walaupun grill masih belum dipasang. Ini adalah gara-gara perabot yang aku order sudah mahu dihantar selepas diperam selama sebulan lebih dalam gudang kedai perabot. Jadi nak tak nak kena la juga aku cuci rumah ni sampai berkilat.

Untuk operasi mencuci rumah ni aku telah import pekerja kontrak dari Timor Leste yang sangat murah labour charge nya. Yang penting kena belanja dia makan Domino's Pizza dan bawa dia pergi shopping ke Padang Besar. Senang aje kan.

Inilah pekerja kontrak dari Timor Leste tu. Hahahah...

Sebenarnya yang tolong aku cuci rumah ni adalah adik bongsu aku. Plan awal tu aku nak buat kerahan tenaga kat En.Syg untuk tolong cuci rumah, tapi elok-elok hari Jumaat tu adik aku call cakap nak datang Perlis naik keretapi. So, sangat suka hati la En.Syg tu sebab dia terlepas dari bala kerahan tenaga empat keratnya itu. Jadinya kami dua beradik la yang meneruskan legasi kumpulan Sabun dengan tagline mereka, "Kasi Cucilah". 

Elok-elok je adik aku sampai ke Perlis, aku bawa dia pergi makan roti canai kat Restoran Pokok Petai kat Mata Ayer. Kat sini dia hentam makan 3 keping roti canai dan aku pula 2 keping roti canai je. Nak buat keje berat kena la makan makanan yang berat. 
Restoran Pokok Petai yang sangat unik. Nak makan nasi kandar pun ada.

Lepas sarapan, balik rumah kasi rehat kejap sambil siapkan basuh kain dan selepas itu aktiviti mencuci rumah baru. Nasib baik la aku ada pinjam water jet kawan aku untuk cuci rumah. Ini amat-amat memudahkan kerja mencuci kami. Adik aku paling suka sebab dengan guna water jet ni tak payah la nak berus teruk-teruk sangat. Jadi aku sangat mengesyorkan kepada pemilik rumah baru yang nak cuci rumah tu, pakai je water jet ni, so senang kerja. Nak cuci kereta pun senang. Nak cuci longkang pun senang, tak payah nak sental-sental nak berus-berus.

Macam ni la rupa water jet tu

Habis mencuci, seperti dalam agreement kena la belanja makan pizza pula. Amik ko kami hentam beli 2 jenis pizza saiz regular siap dengan lasagna dan spaghetti. Pulun la kami dua beradik ni makan sebab masa tu dah pun pukul 5 petang. Memang kebulor benor la keadaannya.

Malam pula, aku bawa adik aku keluar makan pula. Adik aku ni jenis kena makan nasi, kalau tak dia kebuluran tak boleh nak tidur. Yang aku pun makan juga nasi tapi perut pula jadi ketat sebab dah makan pizza banyak sangat. Last-last surrender makan cuma separuh je nasi aku tu. 

Restoran ni sebenarnya port Arsenal supporter tapi adik aku gi pakai jersey ManU la pulak.

Esoknya, seperti yang dijanjikan kena la usung adik aku tu pergi  ke Padang Besar. Memborong sakan dia beli jersey dan seluar track. Maklumla futsal player. Aku pula takde la nak beli apa pun sebab macam tak berminat pula nak bershopping time tu. Last-last sebagai balasan untuk aku, adik aku belikan la selipar kartun untuk aku. Yela...dah dia belikan awek dia tudung, takkan la kat kakak dia ni takde ape-ape nak dibelikan. Jadi dapat la aku sepasang selipar kartun. Dia suruh aku pakai as selipar jalan-jalan. Ikut kepala hotak aku ni boleh je aku nak pakai tapi konfem kena tegur kalau aku pakai masa keluar makan dengan En.Syg. So sekarang selipar ni aku pakai kat opis aje la.

Selipar ku yang bermuka tigres. Comey kan....

Sebelum adik aku balik naik keretapi, aku belanja dia makan mee goreng mamak kegemaran aku. Puas hati makan sampai kenyang. Perut pun dah tinggi macam bukit seguntang, membulat aje sebab kekenyangan.

Anyway, tq ye adik sebab hang rajin mai Perlis untuk tolong aku cuci rumah. Next time datang la lagi, kita buat bbq plak kat belakang rumah baru aku.

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea