Friday, August 15, 2014

Dugaan Betul

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:57:00 PM
Assalamualaikum wbt.

Orang cakap masa mengandung ni ibu kena sihat. Sebab kalau ibu sihat, Insya Allah baby pun sihat. Aku pun harap-harap dan berdoa semoga sentiasa sihat sehinggalah sampai waktu bersalin, tak perlu nak telan-telan ubat sembarangan.

Tapi kuasa Allah takde sape yang boleh halangkan. Kita ni usahalah nak jaga kesihatan, tapi kalau Allah nak uji tu...tetap ada ujiannya. Raya baru je nak masuk minggu ketiga. Tapi macam-macam masalah kesihatan dah berlaku kat aku. Lepas raya hari tu lidah aku kena ulcer sampai tiga tempat. Sakit oooo. Lepas tu, lepas balik dari Bangi pula aku demam dan kena selesema. Dalam masa yang sama juga badan aku naik bintik merah gatal-gatal start dari area pinggang sampai ke kaki. 
Tengoklah bintik-bintik merah kat kaki aku tu. Itu sebahagian aje tu. Lagi banyak kat area peha, betis dan pinggang. Satu dua bintik ni ada la kat lengan dan belakang badan. Sangatlah tak selesa sebab gatal, especially time panas dan berpeluh. Huh....bergaru-garu la aku macam beruk. Nak kata gatal merenyam tu takde la...tapi bila dah rasa gatal, tangan ni memang tak mampu nak tahan daripada terus menggaru.

Doktor diagnose aku as allergic. Dia just bagi krim sapu je. Maka setiap masa aku sapu aje la krim tu. Kalau tak sebab mengandung, konpem ada ubat makan. Tapi bila dah mengandung ni segala jenis ubat amatlah terhad. Sekarang ni aku control tangan la daripada menggaru, dan sentiasa pastikan aku berada dalam keadaan suhu bilik. Sebab kalau panas dan berpeluh, lagi galaklah rasa nak menggaru tu.

Hopefully keadaan ni takkan jadi lama. Minta-minta cepat sembuh. Kawan-kawan doakan saya cepat sembuh ye. 

5 uncang teh :

cik hani said...

irjune..
saya doakan semoga dipermudahkan segalanya yer..
mintak-mintak sis pun sihat selalu.. Kuat semangat.. Baby pun kena kuat tau wahai si comel dalam perut tu...

~*irjune*~ said...

tq cik hani...
doa-doa minta selamat semua ye...

syazai86 said...

pembawakan baby la tu...byk2 sabar ye..time pregnant mmg byk dugaannya...

~*irjune*~ said...

Itulah pasal syazai86...minta-minta takde ape2 kesan buruk kat baby la.

whooz said...

along naik gatal2 jugak time masuk 7 bulan. area dada ke perut. pastu kat jari. kalau bersentuh dgn baju, bertambah la gatal. memang nak nangis rasa. sapu ubat klinik bagi, terus hilang. alhamdulillah

banyak2 bersabar

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea