Thursday, November 5, 2015

Aku dan Shawl

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:29:00 PM
AMARAN.
Entry ni bukan bertujuan komersial. Entry ni hanyalah entry syok sendiri dari tuan punya blog. Setiap shawl yang ditunjukkan bukan untuk dijual. Kalau anda muntah hijau lepas baca dan tengok semua gambar dalam entry ni, itu adalah masalah yang anda tanggung sendiri. 

Assalamualaikum wbt.

Haaa....sebelum apa-apa aku naikkan dahulu peringatan amaran untuk semua pihak. Mana ler nak tau kot-kot ada haters kat luar tu nak kutuk aku. 

Sekarang ni pergi mana-mana semua orang menggayakan shawl sebagai trend hijab. Ok...tak kisah tu asalkan ianya labuh menutub dada dan tak jarang...kira ok la tu kan.

Aku start pakai shawl ni area tahun 2009 macam tu. Masa tengah sambung Master-ji. Kalau balik kelas tu mesti singgah Tesco Shah Alam beli sehelai dua shawl. Masa tu shawl kecik je dan pendek. Kira cukup-cukup la tutup dada aku tu. Tengah bujang, mana pikir nak labuh-labuh. Masa tu pikir asal tutup dada sudah. Tapi shawl ni kebanyakkannya aku pakai kalau keluar outing je. Sebab malas nak melilit tu. Rasa macam payah nak adjust sana adjust sini bagi elok. Time keje tudung bawal tetap pilihan hati. Cuma kadang-kadang je bila nak naik bas ke Shah Alam tu aku gatal melilit shawl ni. Elok sampai Shah Alam shawl aku tu dah jadi rupe macam towel dah. Selekeh...hahha...

Hari berganti hari...bulan berganti bulan...tahun berganti tahun. Sekarang ni shawl dah takde saiz kecil-kecil macam dulu dah. Kalau ada pun dah tak banyak. Yang ada sekarang shawl panjang dan wide shawl. Guna shawl panjang dan wide shawl ni memang puas la melilit. Lepas tu keluar pula instant shawl. Ada yang semi-instant yang mana masih perlu melilit dan instant shawl yg hanya perlu sarung sahaja dah siap. Tak perlu brooch bagai kat bawah dagu tu. Cuma kalau nak kemas baru la letak pin. Lagi best shawl 2 muka, dimana kedua-dua hujung dah siap jahit dan hanya perlu sarung sahaja. Ada juga shawl yang berpotongan butterfly yang mana untuk bahagian bahu tu dah siap ada lengkuk, so korang ikut je bentuk butterfly tu. Shawl-shawl instant ni pula boleh adjust sama ada nak labuh atau nak singkat. Means daripada orang saiz XS hingga saiz XL boleh pakai sebab labuh menutup dada.

Jenis-jenis kain untuk buat shawl pun dah pelbagai. Asalkan kain tersebut ringan, tebal dan tak jarang serta selesa dengan cuaca Malaysia ni memang sesuai la untuk dijadikan shawl. Antara kain pilihan penjual-penjual shawl adalah kain chiffon, chiffon gojet (aku x reti eja yang ejaan betul), chiffon glitters, cotton, cotton viscose dan lycra. Ni memang jenis kain yang sangat selesa untuk dijadikan shawl ni. Lepas tu ada pula shawl ni yang hujung dia bentul empat segi tepat, curve, atau bentuk halfmoon. Ishh...macam-macam la design shawl yang ada kat pasaran sekarang.

Aku pun sebab nak ikut trend tak nak la ketinggalan nak ada koleksi shawl untuk dipakai. Daripada harga murah sampai la harga yang kurang murah. Haaa...macam mana tu? Yang murah of course la shawl RM10 yang aku baru beli 2 minggu lepas. Shawl yang kurang murah pula lebih kurang antara harga RM50-RM60 je. Ada long shawl, ada wide shawl, semi instant shawl, instant shawl dan shawl 2 muka. Yang peliknya dulu masa anak dara punya la malas nak melilit shawl ni sebab payah nak terbentuk. Tapi sekarang ni bila dah ada anak, rajin pula nak melilit. Time Umar keliting merengek-rengek nak minta dukung, time tu la aku sempat melilit shawl tu lagi. 

Ni antara shawl-shawl yang aku pakai untuk pergi kerja dan berjalan-jalan. Sila jangan muntah hijau ye.

1. Wide shawl (Kadang-kadang aku guna pashmina je untuk gantikan sebagai wide shawl ni)



2. Long shawl dan butterfly cutting







3. Halfmoon shawl

4. Semi-instant shawl, instant shawl dan shawl 2 muka








Ok....itu aje kot perkongsiang syok sendiri tuan rumah dengan pembaca yang boleh menahan muntah hijau mereka. Lain kali aku update lagi ye entry syok sendiri. Hahahahahaha

2 uncang teh :

cik hani said...

Irjune...


Kali terakhir pakai shawl tahun 2011..huhuhu

~*irjune*~ said...

cik hani...

ntah ler...tetibe lepas bersalin ni rajin pula nak melilit shawl...

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea