Friday, July 19, 2013

Menyusun Tudung Bawal

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:24:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Sejak dua menjak dah duduk kat rumah sendiri ni, macam-macam perkara yang perlu aku pertimbangkan. Dari sekecil-kecil hal sampai la sebesar-besar hal macam buat kabinet dapur tu. Hai...nama pun bujang so kena la uruskan semua hal tu dengan sendiri, termasuklah bab-bab kemas mengemas ni.

Masa duduk kat rumah sewa dulu atau lebih senang menyewa rumah makcik aku tu, bab menyusun dan menyimpan memang takde masalah sangat pun. Ini kerana rumah makcik aku tu tersangatlah besar. Jadi nak simpan ape pun ruangannya sangatlah mencukupi. Ini termasuklah bab menyimpan pakaian. Korang tau la kan keje gomen ni nak tak nak kena ade koleksi baju kurung yang banyak selain pakaian kasual yang lain. Ini kerana, inilah pakaian yang amat-amat digalakkan dipakai ke pejabat oleh big big big big big big bos aku. (banyak sangat big sbb bos paling besar utk puak-puak gomen adalah PM). Jadinya kalau dalam setahun tu takde baju baru at least sepasang dua (termasuk baju raya), memang tak sah la jadi staf gomen ni. Ini termasuklah diri aku sendiri. Aku rasa dalam almari aku tu ada tak lebih kurang 30 atau 40 pasang baju kurung (termasuk kurung moden) yang aku ada. Itu pun ade separuh yang aku dah buang sebab dah terkoyak, tertetas, atau zip rosak dan juga dah tak sesuai nak dipakai. Itu belum lagi baju blouse aku tu. Huhuhu...memang banyak.

Bila dah ade banyak koleksi baju tu, so tudung pun haruslah sepadan dengan warna baju. Jadinya, setiap kali beli/tempah baju baru, aku konpem akan beli tudung baru, especially kalau baju raya. Itu belum lagi yang saje-saje gatal beli tudung yang kawan-kawan jual atau tudung online. Memang bertambah la tudung aku tu. 

Sebenarnya koleksi tudung aku ni pelbagai. Aku ada tudung awning, aku ade gak selendang dan of course aku ade gak tudung bawal. Untuk selendang aku beli hanger tudung jenis bulat-bulat macam dalam gambar bawah ni dan gantung je dalam almari. Untuk tudung awning, aku lipat elok-elok dan simpan je dalam kotak kertas A4 jenama Indah Kiat yang aku ambil dari opis aku sebab takde idea nak simpan macam mana. Tapi yang aku nak cerita ni pasal nak simpan dan susun tudung bawal aku.

Hanger gantung selendang. (Ehsan Pakcik Google)

Sebelum ni masa kat rumah sewa dulu aku beli rak kain plastik untuk susun tudung aku. Masa tu aku main lipat dan susun aje janji nampak kemas. Tapi bahananya bila nak ambil tudung yang nak dipakai, kalau dah susun tinggi-tinggi nanti tudung tu akan jatuh dan berselerak juga. So, bila dah pindah rumah baru ni aku ingat aku taknak la susun macam tu dah. Lagi pun bila susun secara open konsep ni nanti tudung senang berhabuk. Plan aku untuk umah kali ni aku tak nak guna dah rak baju tu sebab tak kena dengan konsep bilik aku tu nanti. (konsep sangat la tu...ptuii).

Jadi aku minta tolong tanya kat Pakcik Google kot-kot dia tau atau ada idea macam mana nak susun tudung aku tu. Bagus Pakcik Google ni, tanya sikit je tapi dia bagi sumber jawapan punya la banyak, termasuk yang tak berkaitan dengan apa yang aku tanya tu.

Antara idea yang aku dapat untuk susun tudung bawal aku tu adalah seperti Puan Nas dari blog Apples and Oranges seperti gambar dibawah dan juga dari blog Organized Suri juga seperti gambar dibawah.



So...idea dah dapat. Kebetulan pula laci terakhir meja solek aku pun still kosong lagi, jadi aku pun susunlah tudung bawal aku dalam laci tu sementara nak beli almari baru.

susunan tudung bawal aku

Nampak tak kat line yang hujung sekali tu, ruangannya dah jadi kecik, tapi tudung still ada lagi, jadi aku terpaksa lipat tebal sedikit supaya boleh simpan. Itu pun dok ada lagi tudung kotor dalam bakul untuk dibasuh. Kalau semua tudung siap dibasuh, aku agak memang tak muat la laci ni. Jadi plan aku nak beli kabinet baju macam kat Ikea ni.


Hari tu masa pergi Ikea dan jumpa dah almari ni, tapi aku tak jadi nak ambil sebab masa tu barang dah banyak dah dan takut tak muat nak sumbat dalam kereta. Sebab masa tu aku gi borong meja kopi Lack tu sampai 3 biji. Takut pula aku kot-kot nanti tak muat. Dah la nak balik Perlis. Risau gak kalau-kalau tayar pancit sebab terlebih had muatan. Jadinya aku hold dulu niat nak beli dresser ni dengan harapan, aku boleh la survey dulu kedai perabot kat area Kangar ni, kot-kot ada yang berkenan dihati dan murah. Kalau takde yang berkenan, maka terpaksa la shoot ke Ikea gamaknya.

Ok..itu la cerita langkah pertama aku untuk menyusun atur barang-barang umah aku tu. Harap-harap semangat untuk menyusun, mengemas dan mengatur ni akan kekal dan semakin membara la.


Tuesday, July 16, 2013

Idea Susunatur

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:39:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.


Entri luahan hati dan perasaan ni sebab serabut nak kemas rumah. Ayooo...ni la yang aku malas nak berpindah - randah ni. Nak packing, lepas tu unpack pula, lepas tu nak mengemas. Aku ni pula bukannya jenis manusia yang rajin. Agak-agak macam mana dengan famili yang jenis berpindah dari satu tempat ke satu tempat ni kan? Macam famili polis dan tentera.

Sambil mengemas pun kita boleh berzikir

Kalau dah kemas tapi tak tersusun tak cantik juga. Alahaiii....dah le jenis tak reti nak susun cantik-cantik. Kalau nak bagi sepah, aku memang hebat la. Campak sana sini. Aku memang tabik la dengan manusia-manusia kat luar sana tu yang sangat sangat sangat sangat rajin dan komited untuk menyusun dan mengemas. Siap letak label lagi. Bila baca blog diorang, aku jadi kagum sangat dengan tahap kerajinan dan juga organisazing system diorang. Kalau aku....hampeh...

Gambar sekadar hiasan

Dalam mencari idea untuk menyusun dan mengemas ni, Pakcik Google memang sangat membantu. Tapi je perkataan yang sesuai, keluar la blog-blog puak-puak yang sangat rajin ni untuk kita jadikan bahan rujukan. Macam-macam idea yang aku dapat bila aku surf dan buat blogwalking kat blog diorang. Kebanyakkannya idea yang tidak memerlukan perbelanjaan yang besar pun. Janji rajin. Dan itulah yang sedang aku develop dalam diri aku sekarang ni, RAJIN. Kalau malas....tak payah nak mengeluh la kan bila tahap sepah tu teruk sangat.

Kot-kot ada manusia kat luar sana yang datang dari spesis macam aku ni yang tengah mencari-cari idea untuk menyusun dan mengemas barang-barang dirumah atau dipejabat, boleh la sama-sama kita serbu blog-blog diorang:

4. ryyhan

Sekadar menyenaraikan beberapa blogger yang aku rasa sangat-sangat komited dalam kerja-kerja menyusun dan mengemas serta memberi banyak idea dan panduan untuk menyemarakkan semangat mengemas aku. Yeeehhaaaa....

Nota_jari: Thanks to Pakcik Google atas bantuan gambar dan juga sumber rujukan.

Monday, July 15, 2013

Produk DNA Babi

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:35:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Sekadar untuk berkongsi info dengan saudara seagama. Aku dapat email daripada big bos aku mengenai surat pekeliling yang dihantar oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis berkaitan penemuan DNA babi didalam 2 produk yang diimport dari Thailand.

Dua produk ini iaitu Chikuwa (seasoned Fish Roll) dan Filament Fish Sticks yang berjenama Pasific Food Processing (PFP) merupakan produk yang dikilangkan di Songkhla, Thailand. Well, korang tau la kan, Perlis ni sempadan je dengan Thailand tu. So banyak la juga produk-produk dari negara jiran tu yang dijual disini especially di Padang Besar. 

Nasihat aku (memetik nasihat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis), berhati-hatilah dalam memilih makanan. Kalau rasa was-was dengan makanan yang dijual digerai, beli je sendiri fish roll dan fish stick jenama Malaysia yang Insya Allah dijamin halal, lepas tu korang masaklah ikut suka hati korang. Janji darah daging kita terpelihara keimanannya.

Di sini aku tepek gambar 2 produk tersebut.



Fish Roll

Filament Fish Stick

Kat sini gak aku tempek salinan pekeliling daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.

Untuk maklumat lanjut boleh terjah lama web Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis ni.

Friday, July 12, 2013

Kisah Aku Dan Kabinet Dapur

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:04:00 PM 10 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Hai kawan-kawan...
Ingat tak lagi teaser aku pasal kabinet dapur yang aku post kat sini. Ahaaa...ini sambungan dan pelengkap kepada intro tersebut la.

Panjang kisahnya tapi aku cerita pendek aje la kan. Nanti boring la pula. Aku start hunting nak cari orang untuk buat kabinet dapur ni lepas duit tabung aku cukup. Ko paham la kan, aku ni single, so sumber kewangan tu haruslah datang dari dalam tabung sendiri. Nak cukupkan macam mana tu, of course la dari sumber yang halal. Asalkan aku tak mencuri,merompak,meragut atau membunuh dah la (minta dijauhkan la). Tapi sebelum tu aku dah survey dah pasal kitchen cabinet ni. survey mulut, tanya internet, tengok iklan...macam-macam la. Dan aku decide budget untuk kitchen cabinet aku ni dalam anggaran lebih kurang 5-8 ribu. Ingat ini harga kat Kedah/Perlis tau. Bukan KL. Alaaa...dapur aku kecik aje...lebih kurang 10X8 kaki. Nak buat design island atau kaunter bar pun tak lepas. Janji boleh buat kaunter top dah ler.

Mula-mula tu aku nak buat simple aje, se'simple' dengan duit yang nak kuar la. Masa tu pergi tanya dengan satu kedai tukang pearbot ni, kalau nak simple pakai kaunter mieco la. Memang murah dan banyak pilihan warna dan corak. So minta dia buat anggaran kasar, mak oii....macam tak berbaloi je. Sebabnya mieco ni bahan asasnya adalah kayu, so lama kelamaan maybe akan kalah dengan air. Err...korang paham tak? Kalau tak paham buat-buat paham aje la. Tapi tokey tu cakap, itu anggaran kasar aje, maybe boleh jadi kurang kalau betul-betul pergi ukur. Aku pun berfikir, berapa sangatlah akan kurang kalau harga kasar pun dah lebih dari budget minimum aku. Itu belum campur aksesori lagi tu.

Lepas tu aku plan nak buat kaunter guna konkrit. Nak panggil tukang untuk buat konkrit, dan lepas tu baru nak cari kedai untuk minta pasang pintu dan rak. Ingat boleh la save budget. Tapi memang boleh save pun kalau buat macam tu. Cuma aku je yang malas nak uruskan. Nak kena deal dengan tukang lagi, pergi beli tiles sendiri, lepas tu nak kene pergi cari kedai untuk pasang pintu dan kabinet gantung. Hmmm....banyak keja la pula. So aku postpone dulu. Still boleh survey lagi.

Sembang punya sembang dengan opismate aku. Dia bagitau la dia dah buat kitchen cabinet kat rumah baru dia. Opismate aku ni lelaki, tapi excited pasal kitchen cabinet kalahkan pompuan. Jadi opismate aku pun rekemen la kedai yang dia buat kitchen cabinet dia tu. Kedai tu kat Jitra. Baru je buka dalam setahun yang lepas. Kiranya kedai baru, so still lagi cari pelanggan la kan. Bila masih cari pelanggan, maknanya boleh la dapat murah. Hahahaha....

Kawan aku tu memang rekemen kedai ni kat aku. Jadi aku pun dengan gigihnya lepas balik keje terus shoot pergi Jitra. Ala...Jitra-Kangar ni lebih kurang 45 minit juga la. Tapi sebab nak tau harga punya pasal aku pun pergi juga. Sampai kedai rupanya kedai dah nak tutup. Alamak...aku just nak tanya aje. Tapi orang kat kedai tu still lagi boleh nak layan pertanyaan aku. Tak banyak pun aku tanya, just bagi ukuran dapur dan tanya anggaran harga. Tanya itu ini begitu begini sebab hood, hob dan sinki aku dah beli sendiri. Sebab kedai nak tutup so terus aku bagi alamat rumah dan no telefon untuk minta diorang datang ukur dapur dan bagi quotation harga yang betul

Lusa, tokey kedai tu call aku cakap nak datang ukur dapur lepas aku balik kerja. Aku budget mesti sampai time maghrib la tu. So aku minta En. Syg tolong temankan aku. Bukan ape, senang la skit, kot-kot ada tercicir info boleh En.Syg backup dengar. Aku ni kalau excited nanti lupa abis. Bila dah siap ukur, siap tokey tu sketch rupa bentuk kabinet dapur tu, dia pun cakap dia nak balik nak kira. Nanti dia sms untuk bagitau harga. Masa dia tunjuk design tu dia bagi la penerangan sikit pasal material yang akan digunakan dan juga perubahan-perubahan yang akan dilakukan. Masa tu cakap kepala pili kena ubah sebab nak sesuaikan dengan design. Bila dia cakap macam tu, aku request minta dia buat sekali kepala pili untuk mesin basuh. Dia cakap okey je, cuma akan tambah kos sedikit. Aku cakap ok je, janji masuk dalam harga pakej. Sebenarnya aku dah buat wireing siap-siap untuk hood tapi rupanya silap. So tokey minta aku ubah wirering aje. Bab ni aku kena cari wireman sendiri la. Aku pun ok je sebab kebetulan aku nak tambah lampu kat dapur tu.

Dua tiga hari lepas tu, pembantu kedai tu sms aku bagi tau harga kabinet dapur without kos untuk plumbing. Tersedak la juga aku dengan kos tersebut. Tapi pembantu kedai tu, Siti nama budak tu, suruh aku datang kedai untuk tau lebih lanjut. So aku pun menapak la lagi ke Jitra untuk pergi ke kedai. Kali ni aku ajak En. Syg juga as backup untuk kutip info yang tercicir. Sampai kedai Siti bagitau la semua pasal kabinet tu. Material pintu yang akan digunakan adalah glass. Kaunter daripada konkrit. Kos untuk plumbing pun diberitahu. Aksesori asing. Kos untuk hood pun ada sebab hood sendiri jadi kena bayar untuk tebuk lubang asap. Tiles kena pilih sendiri dekat kedai tiles yang partner ngan diorang. Bincang punya bincang, tengok punya tengok....so aku pun setuju. Terus bayar downpaymen RM200. Bayaran dibuat 3 kali. Jadi pada aku ok la tu, takde la perlu nak bayar wang sedebuk depan mata.

Jadi inilah proses-proses penyiapan kitchen cabinet aku. Aku cerita melalui gambar aje la ek.

Ini masa mula-mula diorang nak buat konkrit. Sedih aku tengok diorang tebuk-tebuk lubang kat dinding yang aku dah siap cat. Rugi cat aku.

Dua tiga hari lepas tu baru diorang datang untuk pasang tiles kat atas kaunter tu. Masa ni aku dah senyum dah. Dah terbayang-bayang rupa kitchen cabinet aku tu nanti.

Keadaan bila tiles siap dipasang. Masa ni rumah aku habuk gila. Kat tepi dan bucu tu pun diorang dah kemas guna mesin supaya tak tajam. Aku suka aku suka.

Ni keadaan dapur aku bila aku start menetap kat sini. Nak bagi hilang habuk tu, dua tiga kali la juga aku mop.
Inilah rope kitchen cabinet aku. Ye, untuk kabinet dasar bentul - L tapi untuk kabinet gantung tu aku buat bentuk - I aje. Konsep kelabu. Tapi tengok betul-betul pintu kabinet bawah tu.

Yup, pintu kabinet aku ada corak. Ini pun ade cerita gak ni.

Pasal corak pintu kabinet tu. Masa pergi dengan En.Syg tu kami dah pilih dah warna untuk pintu tu. Kami pilih warna silver untuk pintu atas dan juga jalur silver-hitam (macam jalur kayu). Tapi tak lama lepas tu kedai call cakap corak jalur silver-hitam tu dah habis stok. Terpaksa la aku shoot ke Jitra. Kebetulan pula aku pun nak bayar second payment sebab kerja konkrit dah selesai. Jadi bila kena pilih lain, hmmm...memang jenuh juga nak pilih. Last-last aku pilih silver bercorak empat segi untuk pintu atas, dan juga warna bronze untuk pintu bawah (nak sesuaikan dengan kaler table top). Tapi tak lama lepas tu dapat call lagi cakap warna bronze dah habis. Kali ni aku taknak pergi kedai dah, sebab aku dah hafal semua warna dan corak pintu tu. Jadi aku buat pilihan eksekutif, aku cakap kat Siti tu aku nak corak jalur silver-hitam yang nampak bunga timbul tu. Siti pula tanya aku banyak kali betul ke sebab sebelum tu aku kurang berminat dengan corak tu. Aku cakap betul, dan muktamad. Ape nak jadi...jadilah. Dapur aku sendiri kan. Ahahhaha...

Tapi Alhamdulillah bila dah siap nampak cantik juga. Matching pula dengan warna peti sejuk aku tu. Memang konsep kelabu la. Dan matching gak dengan warna dinding aku tu. 

Owh...korang nak tau dak aku dapat inspirasi dari mana untuk kitchen cabinet aku ni. Aku dapat dari blog dapur-mamasya. 

Yes..inilah sumber inspirasi dapur aku. Lebih kurang sama kan design dia dengan design dapur aku. Cuma dapur dia konsep merah-putih, tapi dapur aku konsep kelabu.

Malam tadi lepas berbuka bertungkus lumus aku menyimpan pinggan mangkuk, periuk belangan yang dah aku beli sejak tahun 2010 lagi. Mak oii...banyak juga barang aku. Jadinya, aku hilang idea nak susun macam mana. Lagi pula untuk kabinet bawah tu takde divider langsung. Yang ada cuma aksesori simpan pinggan mangkuk, aksesori untuk simpan botol rempah dan juga laci. Untuk kabinet gantung pula, memang tinggi. Aku yang tinggi ni pun terpaksa berjengket untuk letak pinggan atas rak pinggan tu. Sekarang ni yang bahagian atas dah penuh dengan pinggan mangkuk Noritake aku, pinggan mangkuk Royal Garden (luminarc) aku, dan juga satu set gelas dan jug serta satu setengah dozen cawan untuk minuman panas. Kat dalam kotak tu still lagi penuh bekas-bekas plastik dan juga alatan memasak aku yang lain. Ruang untuk aku jadikan pantri pun aku taktau nak letak kat mana. Stok makanan kering dah berlambak dah tu. Adoyai..

Ok kepada puak-puak dari area Alor Setar, Jitra, Changloon dan juga Perlis yang plan nak buat kitchen cabinet dengan kontraktor yang aku upah ni, boleh la rempuh ke kedai bernama i-Concept Trading yang terletak di Pekan Jitra bersebelahan dengan kedai Dr. Rozmey dan dibelakang Pasaraya Yawata. Atau boleh juga call tokey kedai tu, Mr. Lee (013 4731278) atau assistant kedai tu yang bernama Cik Siti (0195907920). Buat masa sekarang aku berpuas hati dengan sercive diorang tu dan juga hasil akhir kabinet dapur aku. Tapi kalau kata aku puas hati betul-betul tu takde la sangat sebab kita tak tau ape akan jadi 2 3 bulan nanti. Kalau 2 3 bulan tu kaunter top aku berdiri teguh lagi dengan tip top, so memang la aku berpuas hati.

Total kos kabinet aku ni adalah 8.5k nett (over 500 ringgit dari budget maksimum yang asal). Free of charge open dish rack tu. Kaunter top jenis konkrit, pintu jenis glass, binaan dari aluminum (takde kayu langsung), tiles pula jenama Guocera (betul ke eja) dan 2 aksesori iaitu indoor dish rack dan bottle rack. Semua ni termasuk dalam kos tu la.

Nota_jari: plan nak cerita pendek aje, tapi jadi panjang la pula....ish ish...ijun ijun

Thursday, July 11, 2013

Malam Pertama (Bukan 18sx)

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:39:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Malam pertama? Apa yang korang fikir? Mesti ingat malam pertama tu pasal malam pertama untuk pasangan suami isteri yang baru kahwin ler tu. Sorry ye...tak de kena mengena pun. Tajuk pun aku dah letak bukan 18sx punya kategori. Ini pasal malam pertama aku tidur di rumah baru aku la.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku melepak, makan, tidur, di rumah baru aku malam tadi. First time melepak dirumah baru, dalam hati rasa sayu dan sunyi sangat. Rasa macam nak start enjin kereta dan pecut gi rumah sewa yang lama. Sunyi sangat kat kawasan rumah aku tu. Dah la sunyi, gelap pula tu sebab takde lampu jalan lagi. Tak macam kat rumah lama, nak kata bising sangat tu takde la tapi boleh la dengar bunyi kereta parents amik anak-anak balik tuisyen depan rumah auntie India tu. Tapi nak buat ape kan, barang semua dah diangkat. Memang la kat rumah lama still ada tilam bantal makcik aku untuk aku tidur, tapi nak buat ape kalau baju seluar semua dah ada kat rumah baru.

Kain baju aku main aci angkut campak dalam kereta, lepas tu campak dalam bilik.

Malam tadi juga secara rasminya aku tidur atas katil baru dan tilam baru. Arghh....nikmatnya. Sebelum ni aku tidur atas katil single je beralaskan tilam spring yang berusia 8 tahun. Bangun pagi terus lenguh bahu. Ooohhh....malam tadi juga dah rasmikan bedsheet mahal yang aku dah beli sejak 2 tahun lepas. Hahahaha. Gila berlagak tak aku. Budget macam tidur kat hotel mahal je. Tapi tak best sebab sarung bantal tu plak besar macam saiz euro sedangkan kat rumah aku bantal yang paling besar pun standard saiz je. Tapi takpe la, hentam aje la sarungkan bantal tu. 

Berkotak-kotak aksesori dan kain baju yang tak dikemas lagi.

Malam pertama, jangan harap la nak kemas rumah tu. Memang tunggang langgang. Pinggan mangkuk pun just keluarkan untuk kegunaan bila perlu  je. Nasib baik setiap kotak tu aku label kandungan dia, so takde la aku hilang ingatan mana aku simpan sudu, mana aku simpan pinggan, mana aku simpan cawan. Kain baju pun aku main angkut je campak dalam kereta. Takde nak lipat kemas-kemas. Takde nak simpan dalam beg. Satu bakul kain baju kotor aku angkut sekali dengan bakul letak dalam master bedroom. Lepas tu dalam bilik tu pun penuh dengan kotak yang aku isi dengan segala barang mekap dan aksesori aku. Takde nak susun elok-elok. Dari laci meja solek rumah lama, aku campak dalam kotak je. Situ la da buku bank aku, situ la ada passport aku, situ la ada kunci kedua kereta aku.

Bilik no 2 dah jadi stor tempat simpan barang 

Aku dah mati kutu macam mana aku nak kemas ni. Harap-harap boleh siap kemas sebelum raya

Tapi Alhamdulillah...walau ade sedikit rasa takut (bukan seram), sedikit rasa sayu, sedikit rasa sunyi, tapi aku yakin nak tidur kat rumah aku tu sebab sekarangkan bulan puasa, bulan Ramadan, so semua hantu syaitan yang kita tak nampak dah kena ikat. Melainkan hantu syaitan yang berambut hitam dan boleh pijak tanah...yang tu memang tak boleh nak ikat la. Tawakkal pada Allah je. Selain tu, aku yakin nak tidur kat rumah baru sebab adik bongsu aku dah tolong Azankan rumah aku selepas maghrib. Alhamdulillah...kita ikut cara Islam bila pindah rumah. Lepas ni aku kena la banyakkan baca Al-Quran untuk mengimarahkan rumah aku tu. Kebetulan pula sekarangkan bulan puasa, memang bagus sangatlah kita menambahkan amal ibadat kita dengan membaca Al-Quran.
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea