Thursday, July 11, 2013

Malam Pertama (Bukan 18sx)

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:39:00 AM
Assalamualaikum wbt

Malam pertama? Apa yang korang fikir? Mesti ingat malam pertama tu pasal malam pertama untuk pasangan suami isteri yang baru kahwin ler tu. Sorry ye...tak de kena mengena pun. Tajuk pun aku dah letak bukan 18sx punya kategori. Ini pasal malam pertama aku tidur di rumah baru aku la.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku melepak, makan, tidur, di rumah baru aku malam tadi. First time melepak dirumah baru, dalam hati rasa sayu dan sunyi sangat. Rasa macam nak start enjin kereta dan pecut gi rumah sewa yang lama. Sunyi sangat kat kawasan rumah aku tu. Dah la sunyi, gelap pula tu sebab takde lampu jalan lagi. Tak macam kat rumah lama, nak kata bising sangat tu takde la tapi boleh la dengar bunyi kereta parents amik anak-anak balik tuisyen depan rumah auntie India tu. Tapi nak buat ape kan, barang semua dah diangkat. Memang la kat rumah lama still ada tilam bantal makcik aku untuk aku tidur, tapi nak buat ape kalau baju seluar semua dah ada kat rumah baru.

Kain baju aku main aci angkut campak dalam kereta, lepas tu campak dalam bilik.

Malam tadi juga secara rasminya aku tidur atas katil baru dan tilam baru. Arghh....nikmatnya. Sebelum ni aku tidur atas katil single je beralaskan tilam spring yang berusia 8 tahun. Bangun pagi terus lenguh bahu. Ooohhh....malam tadi juga dah rasmikan bedsheet mahal yang aku dah beli sejak 2 tahun lepas. Hahahaha. Gila berlagak tak aku. Budget macam tidur kat hotel mahal je. Tapi tak best sebab sarung bantal tu plak besar macam saiz euro sedangkan kat rumah aku bantal yang paling besar pun standard saiz je. Tapi takpe la, hentam aje la sarungkan bantal tu. 

Berkotak-kotak aksesori dan kain baju yang tak dikemas lagi.

Malam pertama, jangan harap la nak kemas rumah tu. Memang tunggang langgang. Pinggan mangkuk pun just keluarkan untuk kegunaan bila perlu  je. Nasib baik setiap kotak tu aku label kandungan dia, so takde la aku hilang ingatan mana aku simpan sudu, mana aku simpan pinggan, mana aku simpan cawan. Kain baju pun aku main angkut je campak dalam kereta. Takde nak lipat kemas-kemas. Takde nak simpan dalam beg. Satu bakul kain baju kotor aku angkut sekali dengan bakul letak dalam master bedroom. Lepas tu dalam bilik tu pun penuh dengan kotak yang aku isi dengan segala barang mekap dan aksesori aku. Takde nak susun elok-elok. Dari laci meja solek rumah lama, aku campak dalam kotak je. Situ la da buku bank aku, situ la ada passport aku, situ la ada kunci kedua kereta aku.

Bilik no 2 dah jadi stor tempat simpan barang 

Aku dah mati kutu macam mana aku nak kemas ni. Harap-harap boleh siap kemas sebelum raya

Tapi Alhamdulillah...walau ade sedikit rasa takut (bukan seram), sedikit rasa sayu, sedikit rasa sunyi, tapi aku yakin nak tidur kat rumah aku tu sebab sekarangkan bulan puasa, bulan Ramadan, so semua hantu syaitan yang kita tak nampak dah kena ikat. Melainkan hantu syaitan yang berambut hitam dan boleh pijak tanah...yang tu memang tak boleh nak ikat la. Tawakkal pada Allah je. Selain tu, aku yakin nak tidur kat rumah baru sebab adik bongsu aku dah tolong Azankan rumah aku selepas maghrib. Alhamdulillah...kita ikut cara Islam bila pindah rumah. Lepas ni aku kena la banyakkan baca Al-Quran untuk mengimarahkan rumah aku tu. Kebetulan pula sekarangkan bulan puasa, memang bagus sangatlah kita menambahkan amal ibadat kita dengan membaca Al-Quran.

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea