Saturday, August 29, 2015

35 Years of Excellence

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:11:00 PM 5 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Bulan 8..bulan kemerdekaan...bulan kelahiran aku juga. Walaupun kadang-kadang aku buat-buat lupa tapi sebenarnya aku ingat aje birthday aku ni. Tarikh azimat Allah izinkan aku bernyawa di muka bumi ni. Dan tarikh azimat mak aku bertarung antara hidup dan mati untuk lahirkan aku. 
Alhamdulillah...Allah izinkan aku untuk bernafas lagi pada tarikh ini. Doa aku semoga Allah masih akan izinkan aku untuk terus bernafas dan menikmati keindahan alam milikNya.
Inilah hadiah paling bernilai untuk aku. Alhamdulillah....Tahun lepas Allah hadiahkan aku seorang suami. Tahun ni Allah hadiahkan aku nikmat sebagai seorang ibu. Apa lagi yang aku nak selain daripada 2 orang hero kesayangan aku ni?

Amin

Tuesday, August 18, 2015

Bekal Makanan Umar Hayyan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:56:00 PM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Hari ni nak stori pasal bekal makan Umar Hayyan pula. Haiyaaa...itu pun mau celita ka? kikikiki...

Ok...tujuan aku cerita ni sebab aku tau kat luar sana ramai yang menjadikan internet sebagai rujukan. Mana ler aku nak tau kot-kot entri ni akan menjadi sumber rujukan satu hari ni.

Aku start bagi makan kat Umar masa umur dia genap 6 bulan. Makanan pertama yang masuk kat Umar adalah bubur nasi yang aku blend halus dan dicampur dengan susu ebm. Kenapa perlu campur dengan susu ebm pula? Sebab selama 6 bulan ni bayi cuma tau 1 rasa dan 1 bau sahaja iaitu susu ibu, so dengan mencampurkan susu ibu ke dalam makanan bayi takde la nanti baby jadi confused bila bab nak makan
Ini 1st time Umar makan bubur nasi. Nampak tak muka dia sedikit pelik tapi dia still suka nak makan.

Masa bulan puasa dulu aku rajin juga masak makanan Umar setiap hari. Bila bangun sahur je, sementara kami makan sahur aku masak bubur. Elok habis makan bubur pun kembang. Sekejap aje kan. 

Kenapa sekejap? Sebab aku dah blend halus beras tu. 

Macam mana nak blend halus kalau beras kena basuh dulu? Mula2 ambil beras biasa tu dan basuh bersih-bersih. Lepas tu toskan airnya. Lepas tu korang sangai sampai kering. Sangai ni maksudnya goreng tanpa minyak. Dah kering (warna beras sedikit perang), blend halus. Lepas simpan.
Gini ler rupa beras tu..

Lepas tu dah habis puasa aku jadi malas. Macam mana tak malas...paling awal jam 8.30 malam Umar dah ajak masuk tidur, lepas tu jam 7.30 pagi baru Umar lepas untuk aku gi mandi. Eh...Umar juga yang ummi salahkan. Takdelah....ummi pun malas juga. So solutionnya aku masak stok untuk 2 atau 3 hari siap-siap and then simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, aku just rendam dalam air panas untuk panaskan je. Kat pengasuh Umar pun aku pesan macam tu.

Aku memang tak follow sangat 4 days rules yang kena bagi makan puree tu. Aku terus bagi makan bubur nasi. Tekak Melayu la kan. Tapi lepas seminggu aku praktiskan bubur nasi dengan susu ibu, baru aku try mix bubur nasi dengan bahan lain macam epal, kentang, kurma, dan lobak merah. Bahan-bahan campuran ni aku jadikan puree dulu supaya senang bila nak masak aku just campak aje dalam nasi yang mendidih. Bila aku buat campuran macam ni rupanya bubur nasi tu jadi manis-manis buah gitu.

Sebenarnya aku memang follow cara mak aku pun. Teringat masa aku kecil-kecil dulu mak aku akan masakkan nasi lembik untuk adik aku yang masih baby dan bila nak makan tu mak aku letak serbuk ikan bilis. Serbuk ikan bilis tu pun mak aku buat sendiri dan aku yang kadang-kadang tolong tumbuk. Tapi untuk sesuaikan dengan keadaan sekarang, aku campur la dengan puree sikit untuk bagi rasa manis.

Umar memang kurang suka makan puree. Aku try bagi puree apple dengan susu ibu tapi dia tak berapa suka. Try juga bagi pisang lenyek dengan susu ibu, lagi la dia kurang suka. Bila aku perati rupanya Umar ni jenis yang kurang suka makanan manis. Manis-manis sikit takpe. Serupa dengan perangai abi dia. Jenis yang kurang suka manis. 

Bila umur Umar masuk 7 bulan lebih, aku start campur dengan serbuk ikan bilis. Serbuk ikan bilis ni aku buat sendiri. Cara yang sama macam buat beras tu. Basuh bersih ikan bilis yang dah dibuang tahi dengan tulang. Lepas tu sangai lepas tu blend halus. Bila aku nak blend nasi tu aku campur je ngan serbuk ni dan diblend sekali. 
Ha..ni rupa serbuk ikan bilis buatan sendiri tu.

Campur aje dalam bubur nasi yang dah masak tu

Tara...hasil yang dah siap aku masukkan dalam bekas kecil ni, bagi sejuk dulu sebelum masukkan dalam peti sejuk.

Friday, August 14, 2015

29 Syawal 1436H

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:16:00 PM 1 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Salam Jumaat kepada semua kawan-kawan. Esok dah last day bulan Syawal...so pada sesiapa yang nak buat open house tu boleh la ye jemput. Kalau dekat Insya Allah boleh pergi, kalau jauh aku telan air liur aje la. Hahahahah....
Bai..peace yo!

Wednesday, August 12, 2015

Pejabat Baru, Susunan Baru, Deko Pun Baru Juga

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:27:00 PM 1 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Hari tu aku just buat teaser untuk opis baru aku je. So hari ni setelah berpenat lelah mengemas dan mendeko...tibalah masanya untuk aku dedahkan segalanyanya...

cis...ayat tak boleh blah btul kali ni...bahasa apakah ini? (ngutuk diri sendiri)

Ha inilah opis aku buat masa ni lepas pindah jabatan. Besar bilik ni macam bilik prof, sedangkan aku ni cuma pegawai cabuk je. Tapi doa-doakanlah ye kot2 memang rezeki aku boleh gak achive sampai jawatan prof tu. Kalau compared ngan bilik lama masa kat jabatan lama dulu, lebih kurang je besar dia (baca sini). 

Cerita pasal deko bilik ni pula sebab aku dah tepu nak mendeko kat rumah sendiri. Bila dah ada baby ni, segala jenis deko macam tak masuk je dengan kehendak dan konsep yang aku nak. Last-last biarkan aje la.....penyudahnya bersepah. Bila dapat pindah masuk ke pejabat baru ni, semangat mendeko tu datang. So ape lagi, mendeko la aku sementara free ni.

barang-barang untuk deko ni datang dari opis lama (hak sendiri kan). Ada juga yang aku angkut dari rumah. Dan ada juga yang aku gatal beli baru. 

Macam wallpaper tu aku beli kat Kaison Aeon Manjung je. Wallpaper murah, segulung RM19.90 siap dengan gam (kertas sticker). Ni kes teringin sangat nak letak wallpaper kat rumah tapi tak jadi so letak kat opis aje la. Tapi disebabkan ketinggian yang tak mengizinkan, maka wallpaper aku lekat tak penuh. 

Wall shelf ni pula aku beli kat Giant Alor Setar. Masa aku teaser kat fb, ramai kawan aku tanya kat mana nak beli wall shelf ni. Diorang ingat aku beli kat Ikea, sebab aku memang peminat barang Ikea, tapi sebenarnya beli kat Giant aje pun. Harga dia berpatutan la juga, untuk satu set ni yg ada 3 size ni cuma RM33.90 aje. Kebetulan waktu aku gi beli ni ada warna merah, hitam dan putih. Sebab nak naikkan seri, aku saje pilih yang warna merah.
Haaa...kau...kat atas nampak cantik...kat bawah wayar berselirat. Aku memang bukan jenis nak mendeko atas meja sebab bila aku sibuk penggunaan meja kerja aku adalah pada tahap maksimum. Ini belum lagi aku nak letak printer bagai ni.

Yang gambar kat bawah ni pula sangat-sangat disaster. Aku dah siap lekat cantik-cantik polistrin dengan wrapping paper merah tu and then lekat kat dinding habuan untuk aku display koleksi keychain aku tu. Buat hari Khamis minggu lepas. Sekali hari Selasa semalam masuk opis polistrin tu dah terbalik terjatuh. Habis bersepah keychain-keychain aku. Buat sementara aku biarkan la dahulu sudut disaster ni sementara aku nak dapatkan idea penyelesaian untuk masalah ni.

Itulah serba sedikit cerita deko untuk opis baru ni. Nanti kalau ada apa2 update, aku update lain ye. Kepada kawan-kawan yang datang melawat.......selamat menjamu mata korang korang ye.

Wednesday, August 5, 2015

Kedai Tanpa Nama

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:23:00 PM 5 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Lai lai....peminat deko taman gaya english style dan juga peminat pokok-pokok bunga...ni ada satu kedai aku nak recommend kat korang ni. Sebelum aku bagitau kat mana lokasi kedai ni...meh layan gambar-gambar amatur yang sempat aku snap ni. Kasi korang lagi semangat nak tau pasal kedai ni.
ni masa nak masuk ke kedai ni....sempat snap dari dalam kereta

lokasi dia tepi jalan je...kedai ni takde nama

antara pokok bunga yang ada

yang bawah bangsal tu pokok orkid

aneka jenis pasu dan hiasan batu yang comel-comel

kalau jenis suka english style mesti suka dengan basikal putih ni

taknak pasu kaler...pasu takde kaler pun ada

ni anak pokok buah tin

kincir angin pun ada siap ngan ayam itik lagi

Lokasi kedai ni senang je sebab tepi jalan besar Jalan Pauh-Padang Besar, dan bersebelahan dengan Felda Rimba Mas. Kalau korang datang dari UniMAP Pauh tu...korang straight aje la sampai jumpa pos UPP and then atas skit pos UPP tu sebelah kiri jumpa Felda Rimba Mas dan sebelah tu kedai ni ler. Kedai ni takde nama so korang kena alert sikit la.

Jom pakat-pakat orang Perlis dan orang Kedah yang berhampiran bolehlah serbu kedai ni. Semua barang ni Siam mari. Harga pun berpatutan. 

Korang nak tau apa yang aku beli...aku beli pokok bunga raya kaler pepel aje...RM15 untuk anak pokok pasu kecil.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea