Wednesday, July 10, 2013

Tip Kekalkan Hubungan Cinta

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:04:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Hari ini aku nak jadi Dr. Love pula. Tapi intipati entri aku kali ni aku petik dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14 Jun 2013. Time ni aku tengah kebosanan menunggu kereta aku di service. Sambil - sambil baca paper nampak artikel ni dan terasa nak berkongsi kepada yang sudi nak baca.

Tip 1: Tiga Kata Ajaib
Mungkin ini adalah kata-kata yang boleh diucapkan selamanya-lamanya. Sebaiknya, anda tidak perlu menanti si dia mengucapkan perkataan 'I Love You'. Ini kerana, anda sendiri sudah mendengar luahan cintanya melalui sikap dan tingkah lakunya

Tip 2: Hayati Hubungan Anda
Walaupun si dia sudah lama berada dalam genggaman tangan, anda masih perlu menghayati hubungan cinta ini sehinggalah anda dan pasangan benar-benar serasi dan selamat.

Tip 3: Teruskan Kehidupan Normal
Jika sebelum anda bersama dia anda begitu aktif melakukan aktiviti luar misalnya bersukan, maka teruskan aktiviti riadah itu. Perlu diingatkan, anda tidak perlu mengubah gaya hidup normal semata-mata kerana cinta si dia. Pasti , anda perlu berbincang mengenai rutin harian anda dengan si dia.

Tip 4: Jangan Terlalu Romantis
Romantis adalah sesuatu perkara yang indah dalam perhubungan. Ia adalah ramuan yang penting untuk mengekalkan perhubungan. Jadi, tidak perlu dilakukan sepanjang hari.

Tip 5: Komunikasi Secara Terbuka
Komunikasi adalah penting dalam membina kebahagiaan dalam hubungan intim. Apabila cinta anda berdua telah memasuki tahap hubungan yang stabil, ia bererti sudah tiba masanya untuk anda berkomunikasi secara dua hala tentang hal peribadi masing-masing. Bangkitkan situasi luar biasa agar si dia mengenali diri anda secara luaran dan dalaman. Begitu juga anda, cuba fahami keinginan dan peribadi pasangan.

Tip 6: Jangan Kelam Kabut
Jika naluri si dia bersikap ramah mesra dan mudah bergaul dengan masyarakat sekeliling, anda tidak perlu kelam kabut, panik dan bersifat kebudak-budakkan. Ingat hati si dia tetap milik anda.

Tip 7: Peka Perkara Sensitif
Pertimbangkan dahulu masalah jika anda ingin menyelesaikan perkara-perkara yang sensitif. Ingat situasi semasa, keadaan sekeliling dan kenali hatinya. Anda pasti tidak ingin membuatkan si dia berasa malu terutama didepan orang tuanya.

Tip 8: Biarkan Hubungan Melewati Dugaan Dan Cabaran
Perkara ini akan membuatkan hubungan anda tidak membosankan. Pelbagai cabaran hidup juga boleh dijadikan kayu pengukur untuk menguji hubungan anda. Perhatikan sikap si dia ketika berhadapan dengan masalah. Penting, cuba kawal tekanan perasaan anda agar diri tetap tenang walau apa perkara sekalipun. 

Officially Moving Out To New Home

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:27:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah...hari ni 1 Ramadan 1434H, secara rasminya aku dah pindah masuk ke rumah sendiri. Susah juga sebenarnya nak buat keputusan untuk berpindah ni. Barang-barang pula aku dah angkut sikit-sikit, tapi tuan punya diri pula still setia dengan rumah lama. Tapi klimaks untuk acara perpindahan ni bila tv dan Astro aku dah pindah ke rumah sana. Tak boleh beb...hidup tanpa tv maka hilanglah punca kebisingan rumah aku. So bila tv dah pindah, nak tak nak aku pun kena la pindah juga.


Berat hati aku nak pindah sebenarnya. Aku dah selesa dengan kawasan perumahan sekarang. Jiran-jiran pula semuanya baik-baik belaka. Diorang layan aku macam anak diorang sendiri. Walaupun aku menyewa sorang-sorang je, tapi aku rasa selamat sebab sentiasa 'dijaga' oleh jiran-jiran aku yang aku hormat macam mak ayah aku juga. Lagi satu, sepanjang 5 tahun menyewa di situ, aku rasa kawasan perumaahan aku tu antara yang selamat sebab ada 2 buah rumah sewa polis di kepala simpang rumah aku. Selamatkan.

sepahnya bilik aku time tengah packing

Tapi nak buat macam mana. Ini rumah sewa. Sana rumah sendiri. Suka macam mana pun aku dengan rumah sekarang, status tetap rumah sewa walaupun tuan rumah tu adalah makcik dan pakcik aku je. Walaupun aku bayar sewa tiap-tiap bulan, tapi bila makcik pakcik aku 'balik kampung', aku rasa kebebasan aku tersekat. Bab ni yang buat aku stress, nama aje rumah sewa, tapi macam aku merempat je bila diorang tu balik jenguk rumah.

sebahagian barang-barang aku yang dah di packing

Jadinya, pilihan yang aku ada sama ada pindah rumah sewa lain atau beli rumah. So aku decide untuk beli rumah. Dan Alhamdulillah, bulan 12 tahun lepas aku dah dapat kunci, dan aku ambil masa lebih kurang 7 bulan untuk get ready rumah aku tu supaya selesa.

So, secara rasminya cukup 5 tahun aku menyewa, akhirnya pada 1 Ramadan 1434H aku pindah masuk rumah sendiri.

Nota_jari: Aku pindah ke rumah sewa pun pada 1 Ramadan 1429H.

Tuesday, July 9, 2013

Ku Tunggu Kehadiranmu Wahai Ramadhan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:50:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Pejam celik pejam celik....rupanya kita dah sampai ke bulan Julai 2013. Terasa sekejap aje tempoh masa dari Januari ke Julai. Allahuakbar....semakin pendek hari- hari yang kita lalui sekarang ini.

Begitulah juga dengan Ramadan 1434H yang akhirnya akan menjelma kembali. Insya Allah bermula hari esok, umah Islam di Malaysia akan menyambut kehadiran Ramadan dengan penuh rasa kegembiraan. Inilah bulan yang penuh dengan keberkatan, kebahagiaan, keampunan dan juga bulan yang memberi kita peluang untuk semakin mendekatkan diri kita kepada Pencipta.

Justeru, marilah kita bersama-sama mengimarahkan bulan penuh keberkatan ini dengan rasa cinta yang tinggi kepada Allah swt. Semoga amal ibadah kita mendapat keberkatan dari-Nya.

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.

Credit picture to Google

Tuesday, July 2, 2013

Teaser 1: Kitchen Cabinet

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:12:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ini kali aku nak sembang pasal kitchen cabinet (kc) pula. Jeles ok tengok orang lain post entri pasal kc diorang, so aku pun nak join sekali juga la cerita pasal kc ni. Tapi untuk entri kali ni hanya teaser aje la. nak entry yang lengkap kena tunggu la dulu sebab kc aku tengah dalam pembinaan

Nama pun teaser, so tak perlu la sembang banyak-banyak. Tungguuuuuuuuuuuuu

Grill Rumah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:50:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Lama dah tak sembang pasal rumah baru. Maklumlah....tuan rumah tak sempat nak pindah lagi, sibuk dengan keje yang berlambak, jadinya tuan rumah still duduk kat rumah sewa, tapi barang-barang tuan rumah dah angkut ke rumah baru. Insya Allah...harap-harap sempat la tuan rumah nak sambut puasa di rumah baru.

Hari ni tuan rumah nak sembang pasal grill pula. Cat dah sembang, wirering dah cerita, langsir dah tunjuk, benda penting tak pula nak kabo.

Tuan rumah tempah grill ni kat Cina kat Kangar je. Masa mula-mula nak tempah tu, tuan rumah pening juga nak start dari mana. Bila tanya kawan-kawan diorang semua cakap, "Husband saya yang uruskan". Hmm...husband lagi. So adatla kalau jadi orang bujang ni, semua nak kena uruskan sendiri. Bila dah dapat tips dari kawan-kawan, so tuan rumah pun dengan menonongnye serbu satu kedai ni. Tanya itu ini begitu begini, dan tak lupa juga tuan rumah bagi budget tuan rumah untuk grill, Tokey Cina grill tu setuju nak datang ukur dan bagi quotation. Selepas ukur semua dan pilih design, Tokey Cina tu cakap dia boleh bagi macam budget yang tuan rumah nak tapi without grill untuk pintu depan. Tuan rumah pun pelik la apsal takde grill untuk pintu depan sebab itu yang paling penting tu. So Tokey Cina pun cakap, kalau letak grill nanti tersangkut dengan meter TNB. So betul juga apa yang Tokey tu cakap, jadi tuan rumah dapat idea untuk extend kan grill tu ke depan. Bila tuan rumah bagitau idea tu kat Tokey, Tokey pun setuju dan dia kata tak terfikir pula pasal idea tu sebelum ni. Jadinya bila dah extend ke depan, budget pun bertambah la....Ayooooo. Tepuk dahi tuan rumah. Bila balik ke rumah, tuan rumah terfikir dah letak grill extend, ape perlu lagi grill untuk tingkap depan. Esoknya tuan rumah call Tokey tu dan bagi tau. Hihihi....Tokey tu pun setuju dan terlupa yang tingkap depan tak perlu letak grill sebab dah ada grill extend tu. So jimat la sikit, dan grill tuan rumah masih dalam budget.

Jadi bila tuan rumah rasa harga grill still under budget, dan tuan rumah pula dah malas nak merayau-rayau kat Kangar nak survey harga, tuan rumah setuju aje la dengan Tokey Cina tu nak tempah grill dengan dia. Mula-mula tu tuan rumah nak minta dia siapkan grill sebelum raya Cina, tapi masa tu rumah tu banyak defect so kena dibaiki dulu. Jadinya tuan rumah minta dia pasangkan selepas raya Cina aje la, lebih kuran hujung bulan Februari. Tapi Cina ni terlebih raya la pula, dia datang untuk ambil ukuran yang betul tu bulan Mac. Haiya...ini butui butui lepas laya cina oooo.....Nak marah pun tak terlepas sebab dia datang dengan selambe nye cakap, "Kak, saya sudah habis laya".

Dua minggu lepas ukur tu, Tokey datang rumah baru untuk pasang grill. Cepat aje pun Cina ni. Tapi bila nak start tu punya la lambat. Maybe sebab tempuh dia punya raya kot. Even perniagaan tu dia punya sendiri, tapi cuti punya la lama dekat-dekat 10 hari tu.

So..inilah hasil grill tuan rumah. Amik design simple aje. Takde bunga-bunga, corak-corak pun takde, just garis-garis je. Amik cat grill kaler putih je, senang tuan rumah nak cuci.

Dah rasa macam penjara pula bila tengok dari dalam

Design grill sliding door sebelah dining area 

ini pula grill hadapan rumah tuan rumah yang di extended ke depan tu. Kan ke ada ruang untuk simpan barang kat situ. 

Ni pintu dapur. Pintu asal yang pemaju bagi pintu aluminum warna kelabu. Tuan rumah tukar pintu tu sebab pintu ni senang, kalau nak masak boleh buka bagi turun separuh. So 2 in 1, pintu dan grill.

Kos untuk grill?? Uhuk..uhuk...tersedak juga la tuan rumah nak menyebutnye walaupun harganya ngam-ngam cukup dengan budget tuan rumah. Kos keseluruhan grill ni ialah 3.5k which is still in budget (max budget ni).
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea