Wednesday, July 10, 2013

Tip Kekalkan Hubungan Cinta

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:04:00 PM
Assalamualaikum wbt

Hari ini aku nak jadi Dr. Love pula. Tapi intipati entri aku kali ni aku petik dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14 Jun 2013. Time ni aku tengah kebosanan menunggu kereta aku di service. Sambil - sambil baca paper nampak artikel ni dan terasa nak berkongsi kepada yang sudi nak baca.

Tip 1: Tiga Kata Ajaib
Mungkin ini adalah kata-kata yang boleh diucapkan selamanya-lamanya. Sebaiknya, anda tidak perlu menanti si dia mengucapkan perkataan 'I Love You'. Ini kerana, anda sendiri sudah mendengar luahan cintanya melalui sikap dan tingkah lakunya

Tip 2: Hayati Hubungan Anda
Walaupun si dia sudah lama berada dalam genggaman tangan, anda masih perlu menghayati hubungan cinta ini sehinggalah anda dan pasangan benar-benar serasi dan selamat.

Tip 3: Teruskan Kehidupan Normal
Jika sebelum anda bersama dia anda begitu aktif melakukan aktiviti luar misalnya bersukan, maka teruskan aktiviti riadah itu. Perlu diingatkan, anda tidak perlu mengubah gaya hidup normal semata-mata kerana cinta si dia. Pasti , anda perlu berbincang mengenai rutin harian anda dengan si dia.

Tip 4: Jangan Terlalu Romantis
Romantis adalah sesuatu perkara yang indah dalam perhubungan. Ia adalah ramuan yang penting untuk mengekalkan perhubungan. Jadi, tidak perlu dilakukan sepanjang hari.

Tip 5: Komunikasi Secara Terbuka
Komunikasi adalah penting dalam membina kebahagiaan dalam hubungan intim. Apabila cinta anda berdua telah memasuki tahap hubungan yang stabil, ia bererti sudah tiba masanya untuk anda berkomunikasi secara dua hala tentang hal peribadi masing-masing. Bangkitkan situasi luar biasa agar si dia mengenali diri anda secara luaran dan dalaman. Begitu juga anda, cuba fahami keinginan dan peribadi pasangan.

Tip 6: Jangan Kelam Kabut
Jika naluri si dia bersikap ramah mesra dan mudah bergaul dengan masyarakat sekeliling, anda tidak perlu kelam kabut, panik dan bersifat kebudak-budakkan. Ingat hati si dia tetap milik anda.

Tip 7: Peka Perkara Sensitif
Pertimbangkan dahulu masalah jika anda ingin menyelesaikan perkara-perkara yang sensitif. Ingat situasi semasa, keadaan sekeliling dan kenali hatinya. Anda pasti tidak ingin membuatkan si dia berasa malu terutama didepan orang tuanya.

Tip 8: Biarkan Hubungan Melewati Dugaan Dan Cabaran
Perkara ini akan membuatkan hubungan anda tidak membosankan. Pelbagai cabaran hidup juga boleh dijadikan kayu pengukur untuk menguji hubungan anda. Perhatikan sikap si dia ketika berhadapan dengan masalah. Penting, cuba kawal tekanan perasaan anda agar diri tetap tenang walau apa perkara sekalipun. 

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea