Saturday, November 2, 2013

DIY: Doodle Si Amatur

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:11:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Fuh! baru siap buat doodle guna photoshop. Lama tinggal hal ehwal photoshop ni, so bila nak mula balik memang terkial-kial la jawabnya. Lupa habis ilmu di dada. Nasib baik la boleh recall balik dengan semua jenis online tutorial, so dapatlah juga "cuba try test" buat doodle di sini selepas try kat MS Paint dan MS Excel.

Inilah doodle aku yang aku buat kat photoshop. Berlayer-layer aku guna untuk touch up kartun doodle ni. Time nak lukis ni pun satu hal, kejap-kejap padam...keja-kejap padam. Maklumlah jenis keturunan bukan yang berseni....macam tu la.
Nampak sangat kasar hasil kerja tangan aku ni. Nak buat shading bagai, tu kena satu malam lagi nak mentelaah nota-nota dalam internet tu. Jadinya buatlah apa yang patut....2D pun jadilah, daripada tak jadi langsung. Betul tak?

Nota_jari: Esok nak buat doodle lelaki pula. Try test tengok..

Friday, November 1, 2013

Organization Personality

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:20:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Jalan-jalan gi blog Nota Ibu, ada link untuk buat kuiz personaliti susunatur kat sini. Jadi teruja nak buat la juga. Nak tau aku ni personaliti jenis apa. Bila dah buat..keputusannya adalah...aku ni jenis "Party Planner's Organization Personality"

Jadi..orang yang "party planner's organization personality" ni jenis macam mana, sila baca kat bawah ni (malas nak translate).


A Fun Personality

A Fun Personality

"Are you the first person to raise your hand in favor of getting together with friends but would rather leave the organization up to someone else? Then you might have what professional organizer Audrey Thomas calls a party planner's organization personality. Because you have an extensive list of other exciting things you'd rather be doing than, say, cleaning out your closet, staying focused on the task at hand is often challenging. Take control by taking a page from this collection of ideas (and download our free organizational checklist to keep you on track). When your storage solutions are fun to use and pretty to live with, you'll be more likely to want to get organized and to stay that way."

Jadi..korang pula jenis personaliti yang macam mana. Jom try test tengok. Enjoy the quiz

Showroom Ikea

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:52:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Aku memang suka dengan Ikea. Kalau pergi Ikea tu mesti nak tawaf satu round kat ruang pameran kat tingkat atas tu. Memang wajib walaupun sebenarnya boleh terus ke tingkat bawah untuk cari barang yang dah plan untuk dibeli. Lagi pun untuk no siri barangan Ikea tu boleh je ambil dari internetkan. Tapi ntahlah....kalau pergi Ikea tak tengok showroom dia memang rasa tak puas.

Ini adalah beberapa gambar yang sempat aku snap kat showroom Ikea tu. Tapi ini gambar hujung tahun lepas. Kalau tahun ni mesti dah berubah gaya showroom tu. 

Konsep biru putih, warna kesukaan aku. Nampak lembut je. Tapi end up rumah aku takde langsung touch up warna biru putih ni. Lari tema terus.
Kuning mustard dengan coklat gelap. Nampak ekslusif sangat. Lagi-lagi kalau letak lampu chandeliar. 
Ruang tamu rumah aku memang diinspirasikan daripada ruang ni. Tapi untuk rumah aku, aku tak letak display kabinet macam dalam gambar sebab nanti aku rasa rumah aku tu macam sesak sangat.
Merah dan biru muda. Ada berani? Aku rasa konsep ni sesuai untuk jenis yang suka gabungan konsep industri dan eklektik sebab warna-warna yang digunakan adalah bertentangan.
Moden konsep. Aku suka kat lampu gantung LED tu tapi tak beli sebab....ntahlah...taktau sebab apa. Yang aku tau...aku tak beli.
Moden English Country konsep. Sofa warna putih kelabu. Aku amik inspirasi dari sini juga untuk rumah aku. Tapi macam tak menjadi melainkan dinding yang dicat dengan warna hijau.
Ini memang ramai peminat ni. English konsep. Tapi sangat minimalis dan nampak moden. Takde serabut-serabut dengan bunga. Tapi ada ke yang berani nak guna sofa warna pink?
Pink, putih dan grey.....rasa tenang je bila tengok.
Ini gabungan warna yang selalu dilihat. Tapi memberi inspirasi juga.
Dining hall berkonsepkan English. Sape minat? Kat rumah aku, hanya meja makan je yang berwarna putih, tapi takde gaya English pun.
Dapur konsep moden. Signature dari Ikea
Sape ada ruang dapur yang besar boleh la buat dapur yang ada kaunter bar macam ni. Oh ye..sila abaikan 2 orang model dalam gambar ini.
Inspirasi dapur aku. Tapi last-last jauh panggang dari api melainkan kedudukan sinki je yang sama macam dapur rumah aku iaitu mengadap tingkap. Yang lain....nan ado.
Satu lagi inspirasi terbilang. Aku dah letak rak gantung kat dapur aku. Tapi tak deko lagi. Nanti dah siap aku cerita ok.

Ok...itu aje. Semoga boleh memberi inspirasi pada orang-orang diluar sana yang sama nasib macam aku. Hahahahaha

Thursday, October 31, 2013

DIY: Doodle Dalam MS Excel

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:07:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ish..aku tak sangka pula selain guna MS Paint untuk lukis doodle, kita boleh gak lukis doodle dalam MS Excel. Ala Excel yang kita guna untuk plot graf tu. Haaa...yang tu la. Aku tau ni pun lepas terserempak dengan blog Nurdani. Memang kreatif dia ni. Buat doodle yang hampir sama dengan muka orang yang original. Selain Excel, dia juga boleh melukis menggunakan Paint version 6.1 dan Paint Tool SAI.

Jadi, berbekalkan tutorial yang Nurdani bagi dalam blog beliau, aku pun try and error la nak lukis doodle pengantin perempuan dalam Excel ni.
Laaa...nape..korang tak percaya gambar tu aku lukis dalam Excel menggunakan segala bentuk (shape) yang ada dalam sofrware ni. Haa...ini buktinya. Tengok bawah la...
Hah...tengok betul-betul gambar tu. Segala jenis shape yang ada dalam MS Excel ni aku gabungkan untuk jadi kartun ni. Alaa...kalau korang rajin, korang mentelaah je tutorial yang  Nurdani bagi dalam blog dia untuk belajar.

Bila dah puas hati semua tu, aku copy n paste kat Paint dan save as .PNG supaya nampak cantik. Inilah hasilnya;
See..lihatlah hasil keras tangan aku untuk kali ni.Jadi ke tak doodle aku? Nilaikanlah.

Wednesday, October 30, 2013

Bekas Rempah Ratus

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:56:00 PM 8 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ada baki lebih kurang 15 minit lagi nak habis waktu kerja. Hati dah meronta-ronta nak balik. Sebelum tu sempat kot nak update blog.

Nak cerita pasal bekas rempah ratus pula. Aku simpan segala jenis rempah ni dalam bekas rempah beli kat Ikea. Aku beli bekas ni lama dah dari tahun 2009, masa tu harga dia memang mahal, tak silap aku sampai cecah RM8. Tapi sekarang ni harga dia dah jadi RM4.90 je untuk 4 biji. Lagi best bila sekarang ni bekas ni pun ada orang guna untuk dijadikan doorgift untuk majlis kenduri, so mean boleh dapat free. Huh...rugi rugi rugi.
RAJTAN Spice jar   The transparent jar makes it easy to find what you are looking for, regardless of where it is placed.
Source: Ikea Malaysia

Aku letak semua bekas rempah ratus ni dalam tray botol yang kat kabinet dapur. Ngam-ngam pula letak 7 botol dalam ni. Kiranya rempah yang aku simpan ni adalah rempah ratus yang memang selalu digunakan seperti rempah biji, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, jintan manis dan jintan putih. Aku pun takde la lagi nak label botol rempah ni sebab aku dok sorang-sorang aje kan, so boleh la tau jenis-jenis rempah tu nama apa. Tapi kalau bertambah lagi koleksi rempah tu yang aku tak cam, konpem kot aku kena label semua botol tu. 
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea