Thursday, October 31, 2013

DIY: Doodle Dalam MS Excel

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:07:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Ish..aku tak sangka pula selain guna MS Paint untuk lukis doodle, kita boleh gak lukis doodle dalam MS Excel. Ala Excel yang kita guna untuk plot graf tu. Haaa...yang tu la. Aku tau ni pun lepas terserempak dengan blog Nurdani. Memang kreatif dia ni. Buat doodle yang hampir sama dengan muka orang yang original. Selain Excel, dia juga boleh melukis menggunakan Paint version 6.1 dan Paint Tool SAI.

Jadi, berbekalkan tutorial yang Nurdani bagi dalam blog beliau, aku pun try and error la nak lukis doodle pengantin perempuan dalam Excel ni.
Laaa...nape..korang tak percaya gambar tu aku lukis dalam Excel menggunakan segala bentuk (shape) yang ada dalam sofrware ni. Haa...ini buktinya. Tengok bawah la...
Hah...tengok betul-betul gambar tu. Segala jenis shape yang ada dalam MS Excel ni aku gabungkan untuk jadi kartun ni. Alaa...kalau korang rajin, korang mentelaah je tutorial yang  Nurdani bagi dalam blog dia untuk belajar.

Bila dah puas hati semua tu, aku copy n paste kat Paint dan save as .PNG supaya nampak cantik. Inilah hasilnya;
See..lihatlah hasil keras tangan aku untuk kali ni.Jadi ke tak doodle aku? Nilaikanlah.

4 uncang teh :

cik hani said...

Irjune.. Comelnya doodle tu. Memang betul b2b laaa.. Ok. setuju dengan doodle ni kalau jadikan doodle untuk majlis kawen kamu nanti.. like 1000x tau

~*irjune*~ said...

cik hani...ni baru doodle pengantin perempuan. Doodle pengantin lelakinya belum buat lagi. Tapi nampak sangat tak berseni sebab kasar je lukisan doodle tu.

nurdani said...

wah...pandai awak gunakan bentuk yang ada untuk buat lukisan ni. saya paling suka veil tu. style tekniknya

~*irjune*~ said...

Malunye saya...

Thanks Nurdani. Saya just follow tutorial yang awk buat tu je. Tapi takde la secomel yang macam awk buat. memang kena praktis lagi.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea