Sunday, May 16, 2010

Shahir AF8

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:03:00 AM
Aku ni bukanlah jenis yang minat dengan budak2 AF ni. Almaklumlah, aku start tercongok tengok AF btul2 pun masa AF4. Tapi bila masuk AF8 ni aku memang tak sempat nak tenok konsert AF secara life sbbnya kat umah makcik aku kat Shah Alam tu takde Astro. Jadinya, aku cuma tengok ulangan konsert je dengan beberapa babak siaran Diari AF je.

So dalam Diari AF yang babak keberapa ntah aku perasan la sorang pelajar ni, Shahir AF8, sangat nerd pada pandangan nakal aku, baik je, pastu jambu pulak. (Ok..muka Daus pun jambu gak.). Dalam otak dok recall apsal aku tak perasan dia ujud masa ulangan konsert yang aku tengok. Hohohoho....maybe sebab muka jambu kot tapi tak perasan apa yang best kat dia ni, selain suaranya....mungkin.

So..kat sini straight to the point, aku nak cakap, aku suka Shahir. Hahhahah..ok ok ok....ingat lagi entri sebelum ni pasal suka dan minat. Jadi aku cuma suka..bukan minat...ok. Jadi bila suka..tak perlu la aku nak undi mengundi ni pun. Lagi pun aku bukannya selalu tengok konsert. (Ok..minta maaf kat semua peminat Shahir.)

Aku suka kat Shahir ni sebabnya, aku suka tengok mata dia yang redup bening tu. Wah! cair beb....Menggoda gitu..auww! Lagi pula air muka dia tenang dan bersih je (sejuk ibu yang mengandung). Nasib baik la dia tu muda trang tang tang dari aku. Kalau tak..mau aku terjiwang karazzzzzz la kejap. Hahahhahaha....(pantang nampak lelaki dahi licin je aku ni). Tergoda la kejap aku ni. Hahahhahha...

Tadi tengok Trek Selebriti edisi Shahir...sempat la kejap aku berangan...alahai..bestnya kalau dapat calon laki macam dia (dapat dia pun ok gak...ahhahahha). Dah la air muka tenang...mata bening menggoda..nak marah pun tak jadi...sejuk je mata memandang. Lengan dia plak tegap...ish best tu kalau disamping dia...rasa selamat je. Hahahha...

Ok...gila bengong plak aku pasal budak Shahir ni. Ok...untuk peminat2 Shahir yang mungkin tersesat kedalam blog aku ni, ye la mana la nak tau, korang search pasal shahir kat Google ni tiba2 muncul pulak blog aku ni, so aku tempek la kat sini info pasal Shahir yang aku cilok dari official facebook dia kat internet ni.


Haaa...besar gabak info dia aku letak kat blog aku ni.

Nota_jari: Walaupun mata Shahir ini menggoda, tapi aku lagi tergoda dengan jejaka idaman kalbu aku.

2 uncang teh :

FarhanaDr said...

Hoho.. Shahir.. Muka dia penyejuk jiwa.. Oopppss.. Boleh ke gitu? ;p

~*irjune*~ said...

FahanaDr...boleh la..muka dia mmg buat kita sejuk...tenang je. hahahha

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea