Sunday, May 2, 2010

From Dubai with Love

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:23:00 PM
Berhabuk dah blog aku ni. Nuffnang pun dok asik tido je ntah bila nak bangun. Almaklumlah...hampir 2 minggu aku senyap sunyi nak jengok utk update blog ni gara2 tumpuan yg over utk exam master-ji aku, tapi yang akhirnya....hmmmm....

Ingat lagi entri sebelum ni pasal kat Alamanda tu? Sehari selepas tu adik aku tu kena gi outstation ke Dubai selama seminggu. So ape lagi, menari ala cak lempong la aku sbb aku boleh pesan perfume murah kat sana. Maka, bertukar tangan la duit RM 150 ke tangan adik aku utk dia belikan barang yang aku pesan tu.
Masa kat Dubai, adik aku sms kata tak jadi beli parfume sbb jadual kerja dia fix sampai tak sempat nak jalan2, so dia belikan aku satu benda yang lain plak...

Apa benda/barang yang dia belikan kat aku......mari kita lihat..

OhOOoooo....kasut Nine West.....(aku dah sengih dah time ni bila tgk kotak kasut dia).


Jom kita tengok pattern kasut dia plak...


Huuuu.....platform 5 inci...hihihi....(time ni aku dah mengekek gelak dah). Ok ...cuba teka berapa harga kasut ni?
  

Inilah pandangan hadapan platform aku ni yang berharga 79 dirham iaitu bersamaan lebih kurang RM90 duit kita (angganran aje tau).


Dan sampai sekarang aku tak dapat imagine lagi dimana dan bila aku nak pakai dan melaram dengan kasut ni? Hmmm....mungkinkah masa keje? Hmmm....yang pasti aku akan pakai juga kasut ni.

Dan sekarang barulah aku faham kenapa ramai org suka gi shopping kat Dubai, bukan sebab standard ke ape (tapi ye la kalau dah shopping kat oversea tu standard la jugakkan), tapi sebab barang branded kat sana tersangatlah murah iaitu hampir 1/4 dr harga di sini.

Nota_jari: sekarang aku tak menyesal sbb tak gi jenguk Shoe Festival bulan lepas tu.



0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea