Friday, May 14, 2010

Aku Minat, Aku Suka

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:28:00 PM
Lama dah aku tak membebelkan mengeluarkan fatwa dan fahaman aku. Jadi izinkan aku nak bermadah berhelah plak kali ni.

Pernah minat sesapa tak? Pernah suka sesapa tak?

Aku....PERNAH....

Normal la kan kalau kita minat dan suka atau minat atau suka kat sesapa di dunia ni. Manusia normal pastinya ada semua perasaan tu. Org gila pun ada minat kat Siti Nurhaliza..inikan pulak kita sebagai manusia yang normal, mesti la ada yang kita minat dan ada yang kita suka.

Aku minat Siti Nurhaliza....aku suka Siti Nurhaliza...2 ayat yang berbeza tapi mungkin sama maksud cuma berbeza fahaman.

Bila kau minatkan seseorang, kau akan jadi obeses dengan org tu. Sama macam kau minat kumpul setem atau main muzik. Kau akan berusaha untuk dapat apa yang kau minat. Inilah akhirnya yang menyebabkan kita akan ada secrect admire kerana secrect admire tu minat kat kau tahap dewata raya. Senang cakap, ko mungkin akan jadi fanatik bila kau dah minat sesuatu perkara.

Lain pula bila kau sukakan seseorang. Keadaan suka tidak menyebabkan kau menjadi obses sebab mungkin kau suka kepada seseorang tu kerana ciri2 luaran yang dimilik menyebabkan kau selesa untuk mengenali dan bersamanya. Tetapi, dengan sifat suka yang berlebihan dan melampaui batasan, tak mustahil kau akan minat pada apa yang kau suka.

Contohnya, aku suka tengok permainan bola sepak, tapi aku tak minat nak bermain bola sepak sehingga sampai aku nak tahu semua peraturan, perlawanan, pemain yang glamer dalam bola sepak.

Contoh lain, aku suka lagu2 Siti Nurhaliza tapi aku tak minat pun dengan Siti Nurhaliza sehingga aku nak berhabis duit beli semua kaset2 dan cd2 lagu dia. Cukup aku dengar di radio lagu dia pun dah ok.

Aku minat membaca, jadinya aku suka membeli novel,majalah atau walau cuma sekeping kertas A4 tapi kalau ada artikel menarik pasti aku akan membaca. Dan sekarang, aku suka membaca blog2 para bloggers yang lain pulak.

Lihat, bila kita minat kita pasti akan melakukan perkara yang sama berulang kali walaupun tidak punya cukup masa berbanding dengan suka, kita cuma melakukannya apabila kita rasa kita ada masa untuk melakukannya.

Satu masa dulu aku pernah minat seseorang. Macam psiko je time tu. Aku kumpul maklumat pasal dia dan mula mengganggu kehidupan dia. Memang seronok tapi itulah perkara bangang yang pernah aku buat 12 tahun yang lalu masa aku Matrik 1 kat Mat Jiwa.

Sekarang, aku dah takde minat sapa2 dah. Tapi aku ada suka dan menyukai seseorang. Aku suka tengok dia, aku suka sembang dengan dia, aku suka sms dengan dia dan aku suka imej dia. Tapi semua ni cuma aku buat bila aku ada masa dan ada kredit nak berhubung dengan dia. Kalau aku penat, aku tido. Kalau aku malas, aku senyap.

Tapi aku takut satu hari nanti aku minat dia pulak sebabnya macam aku kata diatas, perasaan minat tu berlaku bila kita ada perasaan suka yang berlebihan terhadap sesuatu perkara.

Nota_jari: Psst! Pssst! jejaka pujaan hati ajak aku gi bercuti...hmmm....apa aku nak buat sekarang?


0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea