Tuesday, May 11, 2010

Sekitar Majlis Bertunang Che Jimah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:19:00 PM
Selama ni keje aku cuma pegang pen merah dengan test pen aje. Sebabnya adalah kerana bidang keje aku yg melibatkan bidang teknikal dan akademik. Tetapi semua itu berubah untuk sementara waktu bila skop bidang tugas aku sudah berkembang bila aku start memegang pensel eyeliner. Hahhahahhahahha....

Sabtu minggu lepas adalah hari pertunangan adik aku si Jimjim, jadinya demi menjimatkan kos yang semakin bertambah dengan kehidupan yang semakin mencabar ni, maka akulah dengan secara tidak rasminya telah memekapkan warnakan muka yg ditadahkan oleh adik aku tu.  

Disebabkan masa aku mekap tu semua penonton sedang kusyuk dan terpegun dengan teknik mekap yang aku gunakan, maka gambar2 yang sempat di snap adalah gambar ketika aku sedang berusaha melilit tudung adik aku tu.

Jom kita enjoy tgk gambar sebelum aku terus nak membebel...

Mula2 Jimjim betulkan dulu tudung dia

Lepas tu giliran aku plak nak mengejas

Masa untuk melilit lilit

Sila abaikan anasir kurang sihat berwarna biru di belakang tu

Tgh tggu runner gi amik pin

Model over expose kat belakang berbaju biru

 
Ni namanya tgh kasi pakai susuk

Kasi kemas2 skit

Manik kat baju tu pun aku gak punya keje tu

Tadaaaa....teknik mekap dan teknik lilit menggunakan Hukum Newton ke 2 serta Hukum Tangan Kiri Fleming

Ini plak penonton2 setia yang kagum dengan kehebatan aku ketika itu...





Posing dengan hantaran tunang pulak....





Posing ramai2 dengan sepupu sepapat....


Upacara menyarung cincin....

Mula2 cincin risik

Lepas tu cincin tunang pulak

3 dulang dari pihak lelaki...




Berbalas 7 dulang dari pihak perempuan....








Apa yang Jimjim dapat sebagai tunangan org....

 




Apa yang aku dapat sebagai adat langkah batang a.k.a bendul (apa..igt aku ni kurus straight macam pokok pinang ke?)

Ini adalah pelaburan bijak untuk jimat budget untuk baju raya

Aksi selepas bergelar tunangan org....



oOo SEKIAN oOo


Nota_jari: Mekap dan lilitan tudung tajaan irjune.creation
jahitan manik...still wait for the payment..ahaks!!!!!

4 uncang teh :

dik june said...

apesal lubang idung adik iman besar sangat bik june oiii????bik june nie....

~*irjune*~ said...

dah dia posing mmg kasi lubang idung dia besar la bik jimah oiiiii

whooz said...

ijun, cuba close up sket corak manik tuh..cun laaaa

~*irjune*~ said...

huhuu...skrg tak leh nak closed up la...baju dah kat tuan empunya diri....nanti bila2 org letak yang closed up ye...

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea